Connect with us

Antarabangsa

Meta didenda RM61.7 juta, kerana kumpul data peribadi pengguna

Mahkamah Australia memerintahkan pemilik Facebook, Meta untuk membayar denda berjumlah A$20 juta bersamaan RM61.7 juta atas kesalahan mengumpul data peribadi pengguna.

Published

on

Meta didenda RM61.7 juta, kerana kumpul data peribadi pengguna
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Mahkamah Australia memerintahkan pemilik Facebook, Meta untuk membayar denda berjumlah A$20 juta bersamaan RM61.7 juta atas kesalahan mengumpul data peribadi pengguna.
  • Meta didapati melakukan perkara itu menerusi applikasi telefon pintar tanpa mendedahkan motif sebenar tindakannya.
  • Mahkamah Persekutuan Australia turut memerintahkan Meta melalui syarikat subsidiarinya, Facebook Israel dan aplikasi yang telah dihentikan operasi, Onavo, untuk membayar kos guaman sebanyak A$400,000 kepada Suruhanjaya Persaingan dan Pengguna Australia (ACCC) yang memfailkan tuntutan berkenaan.

AUSTRALIA: Mahkamah Australia memerintahkan pemilik Facebook, Meta untuk membayar denda berjumlah A$20 juta bersamaan RM61.7 juta atas kesalahan mengumpul data peribadi pengguna.

Meta didapati melakukan perkara itu menerusi aplikasi telefon pintar tanpa mendedahkan motif sebenar tindakannya.

Mahkamah Persekutuan Australia turut memerintahkan Meta melalui syarikat subsidiarinya, Facebook Israel dan aplikasi yang telah dihentikan operasi, Onavo, untuk membayar kos guaman sebanyak A$400,000 kepada Suruhanjaya Persaingan dan Pengguna Australia (ACCC) yang memfailkan tuntutan berkenaan.

Pada awal 2016 hingga akhir 2017, Facebook mengiklankan Onavo sebagai platform buat orang ramai menyimpan maklumat peribadi mereka dengan selamat.

Ia turut digunakan untuk mengumpul lokasi, masa dan kekerapan mereka menggunakan aplikasi telefon pintar lain dan laman sesawang yang mereka lawati untuk tujuan pengiklanan dan komersial.

Sumber: Buletin TV3

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author