Antarabangsa
Messi ledak dua gol tewaskan Atlanta
Lionel Messi meneruskan impak segeranya di Amerika Syarikat dengan meledak dua gol dalam kemenangan 4-0 Inter Miami ke atas Atlanta United.

- Lionel Messi meneruskan impak segeranya di Amerika Syarikat dengan meledak dua gol dalam kemenangan 4-0 Inter Miami ke atas Atlanta United.
- Kemenangan berkenaan membawa pasukan Major League Soccer (MLS) itu ke pusingan kalah mati Piala Liga.
- Pemenang Piala Dunia bersama Argentina itu memulakan karier di Amerika Syarikat dengan meledak gol kemenangan pada penampilan sulungnya menentang kelab Mexico, Cruz Azul pada Jumaat lalu.
- Piala Liga adalah kejohanan yang menampilkan pasukan terbaik MLS dan Liga MX Mexico, dan dua kemenangan meletakkan Miami di tangga teratas kumpulan.
FORT LAUDERDALE, Amerika Syarikat – Lionel Messi meneruskan impak segeranya di Amerika Syarikat dengan meledak dua gol dalam kemenangan 4-0 Inter Miami ke atas Atlanta United.
Kemenangan berkenaan membawa pasukan Major League Soccer (MLS) itu ke pusingan kalah mati Piala Liga.
Pemenang Piala Dunia bersama Argentina itu memulakan karier di Amerika Syarikat dengan meledak gol kemenangan pada penampilan sulungnya menentang kelab Mexico, Cruz Azul pada Jumaat lalu.
Kini pada perlawanan pertamanya menentang pesaing MLS, Messi ternyata sukar dikawal Atlanta dengan pemain sayap Finland, Robert Taylor turut meledak dua gol untuk Inter Miami.
Piala Liga adalah kejohanan yang menampilkan pasukan terbaik MLS dan Liga MX Mexico, dan dua kemenangan meletakkan Miami di tangga teratas kumpulan.
Messi tidak menunggu lama untuk membuka jaringan, meletakkan pasukannya di depan pada minit kelapan selepas mendapat umpanan bekas rakan sepasukan Barcelona, Sergio Busquets.
Pemenang tujuh kali Ballon d’Or itu kemudian menambah jaringan pada minit ke-22, hasil kombinasi dengan Taylor yang kemudian meledak dua gol lagi menerusi gerakan dicetus Messi.
“Setiap kali Leo mendapat bola, beberapa pemain bersedia di belakangnya dan ia membuka ruang untuk setiap orang.
“Dia boleh melakukan apa saja dengan bola. Dia mampu mengawalnya dalam ruang yang sempit, dan membuat keputusan tepat pada setiap masa.
“Dia menambah kualiti pasukan. Dia adalah pemain terbaik dunia, dapat beraksi dengannya adalah impian yang menjadi kenyataan,” kata Taylor.
Sumber: Berita Harian
Antarabangsa
Penyakit usus merebak dalam kalangan tentera zionis Israel
Tentera rejim zionis Israel mengalami peningkatan penyakit pencernaan, demikian lapor akhbar Ibrani “Yedioth Ahronoth” Isnin lalu.

- Tentera rejim zionis Israel mengalami peningkatan penyakit pencernaan, demikian lapor akhbar Ibrani “Yedioth Ahronoth” Isnin lalu.
- Sejak bermulanya peperangan di Gaza, sumbangan makanan mula diterima tentera Israel dan ia menyebabkan peningkatan penyakit usus dalam kalangan tentera.
- Keputusan ujian dijalankan ke atas tentera mendedahkan adanya bakteria yang menyebabkan disentri (keradangan dan gangguan usus), sekaligus menyebabkan cirit birit teruk dan meningkatnya suhu badan.
- Akhbar itu juga memetik doktor merawat tentera-tentera berkenaan mendakwa sumbangan bahan makanan dengan keadaan atau cara penyimpanannya, selain faktor pengangkutan dan penyediaannya menjadi punca kepada jangkitan itu.
GAZA – Tentera rejim zionis Israel mengalami peningkatan penyakit pencernaan, demikian lapor akhbar Ibrani “Yedioth Ahronoth” Isnin lalu.
Sejak bermulanya peperangan di Gaza, sumbangan makanan mula diterima tentera Israel dan ia menyebabkan peningkatan penyakit usus dalam kalangan tentera.
Keputusan ujian dijalankan ke atas tentera mendedahkan adanya bakteria yang menyebabkan disentri (keradangan dan gangguan usus), sekaligus menyebabkan cirit birit teruk dan meningkatnya suhu badan.
Akhbar itu juga memetik doktor merawat tentera-tentera berkenaan yang mendakwa sumbangan bahan makanan dengan keadaan atau cara penyimpanannya, selain faktor pengangkutan dan penyediaannya menjadi punca kepada jangkitan itu.
Pengarah Unit Penyakit Berjangkit Hospital Assuta di Ashdod, Dr Tal Brosh menjelaskan situasi luar jangka dihadapi tentera-tentera rejim zionis itu.
“Cirit-birit merebak di kawasan-kawasan perkumpulan tentera di selatan dan kemudiannya (merebak) sesama tentera yang berperang di Gaza.
“Jangkitan dengan bakteria Shigella yang menyebabkan disenteri telah didiagnos dan ia merupakan penyakit yang sangat serius.
“Penyakit itu juga merebak dalam kalangan tentera di Gaza, dan jangkitan bakteria Shigella boleh terjadi melalui hubungan langsung sesama individu (direct contact) atau melalui makanan,” katanya dipetik Jordan News.
Sumber: Jordan News
-
Terkini2 days ago
Kredit e-Madani dilarang pindah atau tebus tunai, akaun boleh disekat
-
Terkini1 day ago
(VIDEO) Tular rakyat Malaysia gesa Kedutaan Israel dibuka di negara ini
-
Terkini2 days ago
Warganegara Malaysia wajib fasih Bahasa Melayu, tiada kompromi – Menteri KDN
-
Terkini2 days ago
DBKL tarik balik larangan jual arak