Connect with us

Antarabangsa

Masjid di Bengaluru terima ‘ancaman bom’

Seorang lelaki tidak dikenali membuat panggilan kepada pihak polis Bengaluru, India pada malam Rabu dan mendakwa pengganas menyimpan bahan letupan di Masjid Azam di Shivajinagar di bandar itu. 

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Masjid di Bengaluru terima ‘ancaman bom’
Foto: Masjid Azam di Shivajinagar, Bengaluru yang menerima ancaman bom.
  • Seorang lelaki tidak dikenali membuat panggilan kepada pihak polis Bengaluru, India pada malam Rabu dan mendakwa pengganas menyimpan bahan letupan di Masjid Azam di Shivajinagar di bandar itu. 
  • Sekitar jam 10 malam Rabu, lelaki yang tidak dikenali itu menelefon 112, Sistem Sokongan Tindak Balas Kecemasan dan memaklumkan kepada pihak terbabit bahawa pengganas telah meletakkan bom di masjid itu.
  • Polis kini melancarkan gerakan memburu pemanggil yang membuat panggilan ke nombor kecemasan itu.

Bengaluru: Seorang lelaki tidak dikenali membuat panggilan kepada pihak polis Bengaluru, India pada malam Rabu dan mendakwa pengganas menyimpan bahan letupan di Masjid Azam di Shivajinagar di bandar itu. 

Sekitar jam 10 malam Rabu, lelaki yang tidak dikenali itu menelefon 112, Sistem Sokongan Tindak Balas Kecemasan dan memaklumkan kepada pihak terbabit bahawa pengganas meletakkan bom di masjid itu. 

Menurut laporan News 9, susulan itu Polis Shivajinagar bersama pegawai kanan polis bergegas ke tempat kejadian menggeledah seluruh premis dan mendapati tiada apa-apa yang mencurigakan.

Walau bagaimanapun, pemanggil itu tidak mendedahkan identitinya dan pihak polis juga mengisytiharkan panggilan tersebut sebagai panggilan palsu.

Polis kini melancarkan gerakan memburu pemanggil yang membuat panggilan ke nombor kecemasan itu.

Sumber: News 9

Author