Connect with us

Terkini

Malaysia kutuk sekeras-kerasnya serangan udara rejim Israel di Jenin, Palestin

Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan udara Israel (OPT) ke atas Jenin iaitu Wilayah Palestin yang diduduki oleh rejim itu (OPT) di Tebing Barat.

Wartawan TMT

Published

on

Malaysia kutuk sekeras-kerasnya serangan udara rejim Israel di Jenin, Palestin
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan udara Israel (OPT) ke atas Jenin iaitu Wilayah Palestin yang diduduki oleh rejim itu (OPT) di Tebing Barat.
  • Wisma Putra dalam kenyataan malam tadi memaklumkan Malaysia menggesa Israel agar segera menghentikan pertumpahan darah itu dan membenarkan penduduk Jenin mendapat akses kepada bantuan kemanusiaan dan perkhidmatan kesihatan.
  • “Malaysia juga sekali lagi menggesa Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) dan anggota komuniti antarabangsa agar mendesak rejim Israel menghentikan jenayah kejinya terhadap kemanusiaan serta dasar aparteid ke atas penduduk Palestin demi keamanan dan kestabilan sejagat.”
  • Menurut kenyataan itu, peningkatan keganasan memburukkan lagi keadaan di Jenin dan banyak nyawa terkorban disebabkan tindakan agresif Israel.
  • “Provokasi, tindakan agresif dan kekejaman berterusan dilakukan oleh rejim Israel adalah pelanggaran secara terang-terangan terhadap undang-undang antarabangsa serta kemanusiaan,” katanya.

KUALA LUMPUR: Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan udara Israel (OPT) ke atas Jenin iaitu Wilayah Palestin yang diduduki oleh rejim itu (OPT) di Tebing Barat.

Wisma Putra dalam kenyataan malam tadi memaklumkan bahawa Malaysia menggesa Israel agar segera menghentikan pertumpahan darah itu dan membenarkan penduduk Jenin mendapat akses kepada bantuan kemanusiaan dan perkhidmatan kesihatan.

Foto: Kenyataan Media yang dikeluarkan Kementerian Luar Negeri Malaysia.

“Malaysia juga sekali lagi menggesa Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) dan anggota komuniti antarabangsa agar mendesak rejim Israel menghentikan jenayah kejinya terhadap kemanusiaan serta dasar aparteid ke atas penduduk Palestin demi keamanan dan kestabilan sejagat.

“Malaysia terus kekal dengan pendirian bahawa penduduk Palestin berhak mendapat kemerdekaan dan sebuah negara yang berdaulat berdasarkan perjanjian sempadan pra-1967 dengan Baitul Maqdis Timur sebagai ibu negara,” menurut Wisma Putra.

Menurut kenyataan itu, peningkatan keganasan telah memburukkan lagi keadaan di Jenin dan banyak nyawa yang terkorban disebabkan oleh tindakan agresif Israel.

“Provokasi, tindakan agresif dan kekejaman berterusan yang dilakukan oleh rejim Israel adalah pelanggaran secara terang-terangan terhadap undang-undang antarabangsa serta kemanusiaan,” katanya.

Bernama sebelum ini melaporkan pada Isnin bahawa Israel telah melancarkan operasi ketenteraan terbesarnya di Jenin dalam tempoh lebih 20 tahun dan membunuh sekurang-kurangnya 10 penduduk Palestin serta mencederakan lebih 100 yang lain, menurut Kementerian Kesihatan Palestin.

Sumber: Bernama

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Penyanyi pro-zionis, Bruno Mars bakal adakan konsert di Malaysia

Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars.
  • Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.
  • Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.
  • “Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disahut peminat zionisnya.
  • Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.
  • Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Berita itu dikongsi penganjur, Live Nation Malaysia, menerusi platform media sosial memaklumkan jualan tiket untuk konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil itu akan dibuka pada Jumaat hadapan.

“Bruno Mars akan datang ke Kuala Lumpur September ini.

“Tidak sabar mahu berkongsi pengalaman persembahan lagu 24K Magic secara langsung,” tulis mereka menerusi platform X.

Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.

“Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disambut peminat zionisnya.

Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.

Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

Pemilik Bluestone Group’s Live Nation Israel, Guy Beser dan Shay Mor Yosef bagaimanapun berjaya membawa bintang itu ke Israel Oktober lalu.

JVP, sebuah organisasi progresif anti-zionis dalam surat terbukanya menyeru Bruno membatalkan konsertnya di negara aparteid tersebut sehingga rakyat Palestin mempunyai kesaksamaan, kebebasan dan keadilan sepenuhnya di tanah asal mereka.

“Kami amat bimbang dengan pengumuman mengenai persembahan anda yang akan datang di Tel Aviv, Israel di Yarkon Park, yang dibina di atas tanah perkampungan Palestin Al-Shaykh Muwannis yang berdepan pembersihan etnik oleh zionis.

“Kami menggesa anda membatalkan persembahan di Israel yang mengamalkan aparteid, sama seperti yang dilakukan semua artis yang beretika di Afrika Selatan semasa aparteid,” tegas JVP.

Bapa Bruno dikatakan berketurunan Yahudi manakala ibunya dari Filipina dan nenek moyangnya pula berketurunan Yahudi Hungary dan Ukraine. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending