Connect with us

Antarabangsa

Mahkamah Agung AS putuskan boleh menolak perkhidmatan kepada perkahwinan pasangan sejenis

Mahkamah Agung AS memutuskan bidang perniagaan tertentu di negara itu berhak menolak daripada menyediakan perkhidmatan kepada perkahwinan pasangan sejenis. 

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Mahkamah Agung AS memutuskan bidang perniagaan tertentu berhak menolak daripada menyediakan perkhidmatan kepada perkahwinan pasangan sejenis.
  • Dengan keputusan 6-3 pada 30 Jun lalu, Mahkamah Agung AS memihak kepada pereka web Lorie Smith.
  • Lorie, seorang Kristian evangelis yang menolak perkahwinan sejenis, bertindak menyaman Suruhanjaya Hak Sivil Colorado dan pegawai negeri itu pada 2016 supaya tidak dihukum atas keengganannya berkhidmat untuk pasangan perkahwinan sejenis.
  • Lorie dan peguamnya berhujah bahawa memberikan perkhidmatan kepada perkahwinan sejenis adalah satu paksaan ke atas dirinya yang bercanggah dengan kepercayaannya selain melanggar hak kebebasan bersuara di bawah Pindaan Pertama Perlembagaan AS.

Mahkamah Agung AS memutuskan bidang perniagaan tertentu di negara itu berhak menolak daripada menyediakan perkhidmatan kepada perkahwinan pasangan sejenis. 

Dengan keputusan 6-3 pada 30 Jun lalu, Mahkamah Agung AS memihak kepada pereka web Lorie Smith.

Lorie, seorang Kristian evangelis yang menolak perkahwinan sejenis, bertindak menyaman Suruhanjaya Hak Sivil Colorado dan pegawai negeri itu pada 2016 supaya tidak dihukum atas keengganannya berkhidmat untuk pasangan perkahwinan sejenis.

Lorie dan peguamnya berhujah bahawa memberikan perkhidmatan kepada perkahwinan sejenis adalah satu paksaan ke atas dirinya yang bercanggah dengan kepercayaannya selain melanggar hak kebebasan bersuara di bawah Pindaan Pertama Perlembagaan AS.

Bersama Lorie, barisan peguam dari Alliance Defending Freedom, sebuah kumpulan konservatif agama berhaluan kanan, yang turut mengalu-alukan keputusan Mahkamah Agung AS itu.

“Bukan sekadar satu kemenangan bagi Lorie Smith, kemenangan #freespeech ini bagi setiap warga Amerika,” ciap organisasi itu di Twitter yag dipetik AlJazeera.

Kumpulan hak sivil dan pengamal undang-undang dilaporkan memberi amaran bahawa keputusan Mahkamah Agung AS itu boleh menjejaskan perundangan yang bertujuan menghentikan diskriminasi.

Manakala komentar dari individu dan kumpulan yang mendokong LGBTQ menyifatkan keputusan itu sebagai satu tamparan negatif kepada hak kelompok songsang di negara tersebut.

Sumber: AlJazeera

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati ke Israel

Kumpulan bersenjata Lubnan, Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati menyasarkan 15 kedudukan tentera rejim zionis di utara Israel.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kumpulan bersenjata Lubnan, Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati menyasarkan 15 kedudukan tentera rejim zionis di utara Israel.
  • Serangan itu merupakan serangan terbesar kumpulan itu sejak tercetusnya keganasan antara kedua-dua pihak pada 8 Oktober tahun lalu, sumber Hizbullah memberitahu Al Jazeera Arabic pada Khamis.
  • Media Israel melaporkan serangan roket Hizbullah mencederakan sekurang-kurangnya dua orang dan menyebabkan 15 kebakaran.

Kumpulan bersenjata Lubnan, Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati menyasarkan 15 kedudukan tentera rejim zionis di utara Israel.

Menurut sumber Hizbullah kepada Al Jazeera Arabic semalam, serangan tersebut merupakan serangan terbesar kumpulan itu sejak tercetusnya keganasan antara kedua-dua pihak pada 8 Oktober tahun lalu.

Media Israel melaporkan serangan roket Hizbullah mencederakan sekurang-kurangnya dua orang selain mengakibatkan 15 kebakaran.

Tentera Israel dalam hantaran di platform X berkata “banyak” serangan yang dilepaskan dapat dipintas namun ada diantaranya penyebab tercetusnya kebakaran.

Dalam satu kenyataan rasmi, Hizbullah berkata operasi itu “untuk menyokong ketabahan rakyat Palestin, keberanian dan penentangan penuh bermaruah mereka di Gaza selain tindak balas terhadap pembunuhan dilakukan Zionis di Jouaiyya.”– The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending