Connect with us

Antarabangsa

Letupan bom menjelang Hari Asyura, enam maut di Syria

Sekurang-kurang enam maut dan ramai lagi mangsa cedera dalam letupan bom, semalam, berhampiran makam Saidatina Zainab di Damsyik yang merupakan tempat ziarah tumpuan pengikut fahaman Syiah di Syria, menurut pihak berkuasa.

Wartawan TMT

Published

on

Letupan bom menjelang Hari Asyura, enam maut di Syria
Foto: Kereta yang diletupkan berhampiran makam Saidatina Zainab di Damsyik yang merupakan tempat ziarah tumpuan pengikut fahaman Syiah di Syria.
  • Sekurang-kurang enam maut dan ramai lagi mangsa cedera dalam letupan bom, semalam, berhampiran makam Saidatina Zainab di Damsyik yang merupakan tempat ziarah tumpuan pengikut fahaman Syiah di Syria, menurut pihak berkuasa.
  • Agensi berita Syrian Arab News Agency (SANA) melaporkan Kementerian Dalam Negeri Syria mengesahkan enam kematian hingga kini berbanding lima pada peringkat awal, manakala lebih 20 mangsa cedera.
  • Kementerian itu memaklumkan sebuah motosikal meletup berhampiran sebuah teksi, dan menyifatkannya sebagai kes pengeboman oleh pengganas.

DAMSYIK: Sekurang-kurang enam maut dan ramai lagi mangsa cedera dalam letupan bom, semalam, berhampiran makam Saidatina Zainab di Damsyik yang merupakan tempat ziarah tumpuan pengikut fahaman Syiah di Syria, menurut pihak berkuasa.

Insiden berlaku di selatan ibu negara ini menjelang upacara tahunan menyambut Hari Asyura.

Agensi berita Syrian Arab News Agency (SANA) melaporkan Kementerian Dalam Negeri Syria mengesahkan enam kematian hingga kini berbanding lima pada peringkat awal, manakala lebih 20 mangsa cedera.

Kementerian itu memaklumkan sebuah motosikal meletup berhampiran sebuah teksi, dan menyifatkannya sebagai kes pengeboman oleh pengganas.

Menurutnya lagi, Menteri Kesihatan Syria, Hassan al-Ghobash turut melawat mangsa yang cedera di hospital.

Terdahulu, sumber di Hospital Al-Sadr memberitahu AFP bahawa 10 mangsa yang mengalami kecederaan dikejarkan ke kemudahan kesihatan itu selepas berlaku letupan bom berhampiran makan berkenaan.

Stesen televisyen melaporkan letupan itu dipercayai berlaku akibat bom yang diletakkan di dalam sebuah teksi boleh individu tidak dikenal pasti.

Seorang penjawat awam hanya dikenali sebagai Ibrahim berumur 39 tahun pula memberitahu AFP, orang ramai mendengar bunyi letupan yang kuat lalu bertempiaran lari menyelamatkan diri, sebelum ambulans tiba dan pasukan keselamatan menutup kawasan terbabit.

Katanya, letupan berlaku ‘berhampiran sebuah bangunan keselamatan terletak kira-kira 600 meter dari makam Saidatina Zainab’. 

Sumber : Berita Harian

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Jordan, Palestin dan Israel ‘bersama di langit’ untuk saya – Narendra Modi

Perdana Menteri India, Narendra Modi mendakwa Jordan, Palestin dan Israel mempunyai perbezaan ketara tetapi negara itu “bersama di langit” untuk dirinya.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Perdana Menteri India, Narendra Modi.

Perdana Menteri India, Narendra Modi mendakwa Jordan, Palestin dan Israel mempunyai perbezaan ketara tetapi negara itu “bersama di langit” untuk dirinya.

Modi berkata demikian dalam temubual eksklusif “The Biggest Interview Of 2024” bersama India Today disiarkan hari ini di platform Youtube.

“Raja Jordan dapat tahu saya akan ke Palestin, dia jalur keturunan (Nabi) Muhammad, dia (Raja Jordan) berkata, “En Modi kamu tidak boleh ke sana begini, kamu tetamu saya. Kamu akan naik helikopter saya dan makan di rumah saya.”

“Saya pergi ke rumahnya, kami makan dan berbual. (Dengan) Helikopter Jordan, destinasi Palestin dan iringan jet Israel. Dunia (adalah) berbeza buat tiga negara ini, tetapi untuk Modi, semuanya bersama di langit,” dakwa Perdana Menteri India itu.

Dalam wawancara itu, Modi turut berkongsi usahanya untuk menghentikan pertempuran di Gaza pada Ramadan dan Israel cuba untuk akur yang akhirnya menyebabkan mereka hanya bertempur dua atau tiga hari sahaja.

“Di Gaza ketika Ramadan, saya hantar perutusan khas ke Israel. Dia berjumpa dengan Perdana Menteri Israel dan memberitahunya bahawa tidak sepatutnya Gaza dibom ketika Ramadan.

“Beliau (Israel) cuba akur. Mereka hanya bertempur dua tiga hari di bulan Ramadan. Tetapi saya telah menghantar utusan khas.

“Di sini (India) kamu menuduh saya bermain politik terhadap Muslim. Tapi Modi berusaha untuk hentikan pengeboman di Gaza. Saya tidak mahu publisiti untuk hal ini,” kata Modi.

India kini berdepan pilihanraya umum dan kenyataan Modi dipercayai bertujuan untuk memancing pengundi Muslim di negara majoriti Hindu itu. – The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending