Connect with us

Terkini

Lebih fleksibel, Malaysia perlu laksanakan e-voting

Sudah sampai masanya Malaysia melakukan pembaharuan segera dalam sistem pilihan raya dengan melaksanakan proses mengundi secara elektronik atau e-voting.

Wartawan TMT

Published

on

#antarabangsa #singapura #rogol #adik #kanakkanak #lelaki #penjara #sebatan #themerdekatimes Tekan link di bawah untuk ikuti kami di semua media sosial (FB, Twitter, Instagram, Tiktok, Telegram, Youtube, LinkedIn). https://linktr.ee/themerdekatimes https://themerdekatimes.com/news/2023/07/rogol-dua-adik-ketika-kanak-kanak-lelaki-dihukum-penjara-lebih-15-tahun-dan-sebatan/
Foto: Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin.
  • Sudah sampai masa Malaysia buat pembaharuan segera dalam sistem pilihan raya dengan melaksanakan proses mengundi secara elektronik atau e-voting.
  • Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berkata, e-voting dilaksanakan di beberapa negara lebih 20 tahun lalu antaranya Australia, Belgium, Brazil, Estonia, Perancis, Jerman, India, Itali, Namibia, Belanda, Norway, Peru dan Switzerland.
  • “Jadi untuk melaksanakan proses pembuangan undi secara dalam talian pun bukanlah suatu yang mustahil. Jika selama ini kita percaya dengan keselamatan transaksi perbankan secara dalam talian melibatkan ribuan ringgit, mengapa kita tidak boleh mempunyai sistem yang selamat untuk menghantar satu undi dari satu rakyat ketika pilihan raya,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
  • “Pengundi boleh mengundi di mana sahaja mereka berada kerana sistem pengundian sekarang memakan banyak perbelanjaan, tenaga dan masa serta komitmen tambahan.
  • “Tiada lagi isu perlu keluar dari rumah untuk membuang undi. Jika banjir sekalipun, undian masih boleh dilakukan. Halangan kos untuk pulang ke kampung untuk mengundi juga tidak lagi akan berlaku,” katanya.

KUANTAN – Sudah sampai masanya Malaysia melakukan pembaharuan segera dalam sistem pilihan raya dengan melaksanakan proses mengundi secara elektronik atau e-voting.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berkata, e-voting sudah dilaksanakan di beberapa buah negara lebih 20 tahun lalu antaranya Australia, Belgium, Brazil, Estonia, Perancis, Jerman, India, Itali, Namibia, Belanda, Norway, Peru dan Switzerland.

“Apabila kita bercakap tentang sistem secara dalam talian ini, saya percaya majoriti rakyat sudah dibiasakan melakukan semua benda secara dalam talian seperti membayar bil utiliti, memperbaharui insurans kenderaan, membayar saman, membeli belah, melakukan urusan perbankan dan membayar zakat fitrah kesemuanya di hujung jari.

“Jadi untuk melaksanakan proses pembuangan undi secara dalam talian pun bukanlah suatu yang mustahil. Jika selama ini kita percaya dengan keselamatan transaksi perbankan secara dalam talian melibatkan ribuan ringgit, mengapa kita tidak boleh mempunyai sistem yang selamat untuk menghantar satu undi dari satu rakyat ketika pilihan raya,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, tidak menjadi halangan besar untuk negara melaksanakan proses mengundi secara e-voting menerusi kewujudan pelbagai jenis teknologi moden pada masa kini termasuk capaian internet isi rumah yang meningkat kepada 96 peratus pada 2022 menerusi kajian Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Tambahnya, menerusi e-voting, proses pengundian akan menjadi lebih fleksibel terutama pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“Pengundi boleh mengundi di mana sahaja mereka berada kerana sistem pengundian sekarang memakan banyak perbelanjaan, tenaga dan masa serta komitmen tambahan.

“Tiada lagi isu perlu keluar dari rumah untuk membuang undi. Jika banjir sekalipun, undian masih boleh dilakukan. Halangan kos untuk pulang ke kampung untuk mengundi juga tidak lagi akan berlaku,” katanya.

Mohd Sharkar berpendapat negara tidak boleh berterusan melaksanakan proses undi mengikut cara lama dengan bersusah payah pergi ke tempat mengundi, beratur panjang menunggu giliran demi menunaikan tanggungjawab kepada negara.

Oleh itu, kerajaan dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu melakukan kajian mendalam terhadap cadangan ini bagi membolehkan proses mengundi secara e-voting dapat dilaksanakan pada PRU16 akan datang.

“Biarpun terdapat banyak perbahasan tentang tahap keberkesanan proses mengundi secara e-voting, namun ia boleh membawa banyak faedah dan manfaat kepada negara dan rakyat.

“Antara lain mengurangkan jumlah kesilapan atau kerosakan yang berlaku pada kertas undi, selain dapat meningkatkan jumlah pengundi kerana ia boleh dilakukan di mana-mana lokasi,” katanya. 

Sumber: MalaysiaGazette

Author

Antarabangsa

Penyanyi pro-zionis, Bruno Mars bakal adakan konsert di Malaysia

Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars.
  • Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.
  • Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.
  • “Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disahut peminat zionisnya.
  • Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.
  • Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Berita itu dikongsi penganjur, Live Nation Malaysia, menerusi platform media sosial memaklumkan jualan tiket untuk konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil itu akan dibuka pada Jumaat hadapan.

“Bruno Mars akan datang ke Kuala Lumpur September ini.

“Tidak sabar mahu berkongsi pengalaman persembahan lagu 24K Magic secara langsung,” tulis mereka menerusi platform X.

Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.

“Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disambut peminat zionisnya.

Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.

Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

Pemilik Bluestone Group’s Live Nation Israel, Guy Beser dan Shay Mor Yosef bagaimanapun berjaya membawa bintang itu ke Israel Oktober lalu.

JVP, sebuah organisasi progresif anti-zionis dalam surat terbukanya menyeru Bruno membatalkan konsertnya di negara aparteid tersebut sehingga rakyat Palestin mempunyai kesaksamaan, kebebasan dan keadilan sepenuhnya di tanah asal mereka.

“Kami amat bimbang dengan pengumuman mengenai persembahan anda yang akan datang di Tel Aviv, Israel di Yarkon Park, yang dibina di atas tanah perkampungan Palestin Al-Shaykh Muwannis yang berdepan pembersihan etnik oleh zionis.

“Kami menggesa anda membatalkan persembahan di Israel yang mengamalkan aparteid, sama seperti yang dilakukan semua artis yang beretika di Afrika Selatan semasa aparteid,” tegas JVP.

Bapa Bruno dikatakan berketurunan Yahudi manakala ibunya dari Filipina dan nenek moyangnya pula berketurunan Yahudi Hungary dan Ukraine. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending