Connect with us

Antarabangsa

Lebih 17,000 ditahan pihak berkuasa Saudi cuba tunai haji tanpa permit

Lebih 17,000 individu ditahan pihak berkuasa keselamatan Arab Saudi kerana cuba menunaikan haji tahunan tanpa permit setakat 30 Jun lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Lebih 17,000 ditahan pihak berkuasa Saudi cuba tunai haji tanpa permit
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Lebih 17,000 individu ditahan pihak berkuasa keselamatan Arab Saudi kerana cuba menunaikan haji tahunan tanpa permit setakat 30 Jun lalu.
  • Pengarah Keselamatan Awam dan Ketua Jawatankuasa Keselamatan Haji, Lt. Jeneral Mohammed Al-Bassami berkata seramai 17,615 individu ditahan, termasuk 9,509 pelanggar peraturan residensi, kerja dan keselamatan sempadan serta penganjur 105 kempen haji palsu di negara itu.
  • Individu-individu terbabit juga dirujuk kepada pendakwa raya untuk tindakan selanjutnya.

RIYADH: Lebih 17,000 individu ditahan pihak berkuasa keselamatan Arab Saudi kerana cuba menunaikan haji tahunan tanpa permit setakat 30 Jun lalu.

Pengarah Keselamatan Awam dan Ketua Jawatankuasa Keselamatan Haji, Lt. Jeneral Mohammed Al-Bassami berkata seramai 17,615 individu ditahan, termasuk 9,509 pelanggar peraturan residensi, kerja dan keselamatan sempadan serta penganjur 105 kempen haji palsu di negara itu.

Menurut laporan Arab News yang memetik agensi berita Saudi, individu-individu terbabit juga dirujuk kepada pendakwa raya.

Mohammed berkata 202,695 individu tidak mempunyai permit haji dihantar pulang dari pintu masuk Makkah dan 128,999 kenderaan tidak berlesen untuk memasuki Makkah dan tapak suci itu turut dikembalikan.

Beliau berkata 33 individu mengangkut jemaah haji yang tidak memiliki permit haji ditangkap dan dirujuk kepada jawatankuasa pentadbiran bermusim di bawah Direktorat Am Passport di pintu masuk ke Makkah untuk melaksanakan peraturan terhadap mereka.

Sumber: Arab News

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Remaja ketagih vape rebah, berubah ‘biru’ dan hampir mati

Seorang bapa memberi amaran kepada ibu bapa lain tentang bahaya vape yang mengancam nyawa anak perempuan remajanya yang tiba-tiba rebah dan bertukar ‘biru’ ketika di rumah rakannya.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Kyla Blight yang menghisap vape menyamai tindakan menghisap 400 batang rokok seminggu.
  • Seorang bapa memberi amaran kepada ibu bapa lain tentang bahaya vape yang mengancam nyawa anak perempuan remajanya yang tiba-tiba rebah dan bertukar ‘biru’ ketika di rumah rakannya.
  • Daily Mail melaporkan paru-paru remaja itu ‘pecah’ disebabkan rutinnya menghisap vape yang menyamai tindakan menghisap 400 batang rokok seminggu.
  • Pada awal pagi 11 Mei, Mark Blight yang menetap di Egremont, Cumbria, England, membawa anaknya, Kyla Blight, 17, ke hospital selepas menerima panggilan telefon memberitahu anaknya rebah dan berubah ‘biru’ ketika bermalam di rumah rakannya.
  • Selepas jantungnya hampir berhenti berdegup, remaja berusia 17 tahun itu menjalani pembedahan selama lima setengah jam untuk membuang sebahagian paru-parunya.
  • Pakar perubatan menemui lepuh udara kecil dikenali sebagai  pulmonary bleb, berkembang di bahagian atas paru-parunya. Vape berlebihan dipercayai menjadi penyebab lepuh ini pecah dan paru-parunya gagal berfungsi.

Seorang bapa memberi amaran kepada ibu bapa lain tentang bahaya vape yang mengancam nyawa anak perempuan remajanya yang tiba-tiba rebah dan bertukar ‘biru’ ketika di rumah rakannya.

Daily Mail melaporkan paru-paru remaja itu ‘pecah’ disebabkan rutinnya menghisap vape yang menyamai tindakan menghisap 400 batang rokok seminggu.

Pada awal pagi 11 Mei, Mark Blight yang menetap di Egremont, Cumbria, England, membawa anaknya, Kyla Blight, 17, ke hospital selepas menerima panggilan telefon memberitahu anaknya rebah dan berubah ‘biru’ ketika bermalam di rumah rakannya.

Selepas jantungnya hampir berhenti berdegup, remaja berusia 17 tahun itu menjalani pembedahan selama lima setengah jam untuk membuang sebahagian paru-parunya.

Pakar perubatan menemui lepuh udara kecil dikenali sebagai  pulmonary bleb yang berkembang di bahagian atas paru-parunya. 

Vape berlebihan dipercayai menjadi penyebab lepuh itu pecah dan paru-parunya gagal berfungsi.

Kyla yang mula menghisap vape pada usia 15 tahun percaya tabiat itu ‘tidak berbahaya’ dan melakukan 4,000 sedutan vape seminggu menyamai nikotin 400 batang rokok.

Selepas pembedahan, Kyla menghabiskan dua minggu di hospital sebelum dibenarkan pulang ke rumah sepenuhnya.

“Saya bercakap dengan pakar bedah dan dia menyebut tentang lepuh yang boleh terbentuk pada paru-paru. 

“Mereka fikir bahawa vape pakai buanglah yang memecahkan lepuh ini dan menusuk lubang pada paru-paru anda.

“Nampaknya ia perkara yang diketahui sekarang. Dia telah melakukan banyak operasi seperti ini,” kata Blight.

Walaupun vape secara meluas dilihat lebih selamat daripada merokok, kesan jangka panjang vape masih kekal misteri.

Doktor menyatakan kebimbangan adanya gelombang penyakit paru-paru, masalah pergigian dan kanser dalam beberapa dekad yang akan datang pada mereka yang memulakan tabiat itu.

Tahun lalu, pakar pediatrik terkemuka memberi amaran bahawa kanak-kanak dimasukkan ke hospital dengan kesukaran bernafas akibat vape, di tengah-tengah wabak vape golongan belia pada tahap ‘mengganggu.’ – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending