Connect with us

Antarabangsa

Lapan termasuk kanak-kanak maut serangan bom kereta di Syria

Sekurang-kurangnya lapan orang termasuk tiga kanak-kanak maut dalam dua kejadian pengeboman berasingan membabitkan kenderaan yang dipasang bom di utara Syria semalam, kata seorang pemantau perang.

Wartawan TMT

Published

on

Lapan termasuk kanak-kanak maut serangan bom kereta di Syria
Foto: Tentera kerajaan Syria dilihat di bandar Manbij di utara Syria, yang terletak berhampiran sempadan dengan Turkiye.
  • Sekurang-kurangnya lapan orang termasuk tiga kanak-kanak maut dalam dua insiden pengeboman berasingan membabitkan kenderaan yang dipasang bom di utara Syria semalam, kata seorang pemantau perang.
  • Satu letupan melanda sebuah kedai membaiki kereta di Shawa, sebuah kampung berhampiran sempadan Turkiye yang dikuasai pejuang pro-Ankara, penduduk memberitahu AFP.
  • Lima orang awam termasuk tiga kanak-kanak terbunuh dan 10 yang lain cedera, kata Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria yang berpangkalan di Britain.
  • Kawasan dikawal Turkiye dan proksi Syria di utara Syria adalah tempat kejadian pembunuhan, pengeboman dan pertempuran yang disasarkan antara kumpulan bersenjata.
  • Dalam kejadian kedua, bahan letupan dipasang di dalam kenderaan membunuh tiga pejuang yang bergabung dengan Pasukan Demokratik Syria (SDF) pimpinan Kurdish di bandar Manbij, menurut Observatory.
  • Manbij adalah bekas kubu kuat kumpulan Negara Islam yang kini dipegang majlis tentera yang bergabung dengan SDF yang disokong Amerika Syarikat (AS).
  • Tiada pihak mengaku bertanggungjawab terhadap pengeboman itu.

BEIRUT: Sekurang-kurangnya lapan orang termasuk tiga kanak-kanak maut dalam dua kejadian pengeboman berasingan membabitkan kenderaan yang dipasang bom di utara Syria semalam, kata seorang pemantau perang.

Satu letupan melanda sebuah kedai membaiki kereta di Shawa, sebuah kampung berhampiran sempadan Turkiye yang dikuasai pejuang pro-Ankara, penduduk memberitahu AFP.

Lima orang awam termasuk tiga kanak-kanak terbunuh dan 10 yang lain cedera, kata Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria yang berpangkalan di Britain.

Kawasan yang dikawal oleh Turkiye dan proksi Syria di utara Syria adalah tempat kejadian pembunuhan, pengeboman dan pertempuran yang disasarkan antara kumpulan bersenjata.

Dalam kejadian kedua, bahan letupan yang dipasang di dalam kenderaan membunuh tiga pejuang yang bergabung dengan Pasukan Demokratik Syria (SDF) pimpinan Kurdish di bandar Manbij, menurut Observatory.

Manbij adalah bekas kubu kuat kumpulan Negara Islam yang kini dipegang oleh majlis tentera yang bergabung dengan SDF yang disokong Amerika Syarikat (AS).

Tiada pihak mengaku bertanggungjawab terhadap pengeboman itu.

Perang Syria meletus pada 2011 dengan penindasan kejam terhadap protes antikerajaan.

Sejak itu ia telah berkembang menjadi konflik kompleks yang membabitkan pejuang jihad dan kuasa asing, dan telah membunuh lebih setengah juta orang dan menyebabkan jutaan orang kehilangan tempat tinggal. – AFP

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Remaja ketagih vape rebah, berubah ‘biru’ dan hampir mati

Seorang bapa memberi amaran kepada ibu bapa lain tentang bahaya vape yang mengancam nyawa anak perempuan remajanya yang tiba-tiba rebah dan bertukar ‘biru’ ketika di rumah rakannya.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Kyla Blight yang menghisap vape menyamai tindakan menghisap 400 batang rokok seminggu.
  • Seorang bapa memberi amaran kepada ibu bapa lain tentang bahaya vape yang mengancam nyawa anak perempuan remajanya yang tiba-tiba rebah dan bertukar ‘biru’ ketika di rumah rakannya.
  • Daily Mail melaporkan paru-paru remaja itu ‘pecah’ disebabkan rutinnya menghisap vape yang menyamai tindakan menghisap 400 batang rokok seminggu.
  • Pada awal pagi 11 Mei, Mark Blight yang menetap di Egremont, Cumbria, England, membawa anaknya, Kyla Blight, 17, ke hospital selepas menerima panggilan telefon memberitahu anaknya rebah dan berubah ‘biru’ ketika bermalam di rumah rakannya.
  • Selepas jantungnya hampir berhenti berdegup, remaja berusia 17 tahun itu menjalani pembedahan selama lima setengah jam untuk membuang sebahagian paru-parunya.
  • Pakar perubatan menemui lepuh udara kecil dikenali sebagai  pulmonary bleb, berkembang di bahagian atas paru-parunya. Vape berlebihan dipercayai menjadi penyebab lepuh ini pecah dan paru-parunya gagal berfungsi.

Seorang bapa memberi amaran kepada ibu bapa lain tentang bahaya vape yang mengancam nyawa anak perempuan remajanya yang tiba-tiba rebah dan bertukar ‘biru’ ketika di rumah rakannya.

Daily Mail melaporkan paru-paru remaja itu ‘pecah’ disebabkan rutinnya menghisap vape yang menyamai tindakan menghisap 400 batang rokok seminggu.

Pada awal pagi 11 Mei, Mark Blight yang menetap di Egremont, Cumbria, England, membawa anaknya, Kyla Blight, 17, ke hospital selepas menerima panggilan telefon memberitahu anaknya rebah dan berubah ‘biru’ ketika bermalam di rumah rakannya.

Selepas jantungnya hampir berhenti berdegup, remaja berusia 17 tahun itu menjalani pembedahan selama lima setengah jam untuk membuang sebahagian paru-parunya.

Pakar perubatan menemui lepuh udara kecil dikenali sebagai  pulmonary bleb yang berkembang di bahagian atas paru-parunya. 

Vape berlebihan dipercayai menjadi penyebab lepuh itu pecah dan paru-parunya gagal berfungsi.

Kyla yang mula menghisap vape pada usia 15 tahun percaya tabiat itu ‘tidak berbahaya’ dan melakukan 4,000 sedutan vape seminggu menyamai nikotin 400 batang rokok.

Selepas pembedahan, Kyla menghabiskan dua minggu di hospital sebelum dibenarkan pulang ke rumah sepenuhnya.

“Saya bercakap dengan pakar bedah dan dia menyebut tentang lepuh yang boleh terbentuk pada paru-paru. 

“Mereka fikir bahawa vape pakai buanglah yang memecahkan lepuh ini dan menusuk lubang pada paru-paru anda.

“Nampaknya ia perkara yang diketahui sekarang. Dia telah melakukan banyak operasi seperti ini,” kata Blight.

Walaupun vape secara meluas dilihat lebih selamat daripada merokok, kesan jangka panjang vape masih kekal misteri.

Doktor menyatakan kebimbangan adanya gelombang penyakit paru-paru, masalah pergigian dan kanser dalam beberapa dekad yang akan datang pada mereka yang memulakan tabiat itu.

Tahun lalu, pakar pediatrik terkemuka memberi amaran bahawa kanak-kanak dimasukkan ke hospital dengan kesukaran bernafas akibat vape, di tengah-tengah wabak vape golongan belia pada tahap ‘mengganggu.’ – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending