Connect with us

Antarabangsa

Lagi wartawan Mexico ditemui mati

Wartawan akhbar terkemuka Mexico, La Jornada ditemukan maut di Nayarit, sehari selepas dilaporkan hilang.

Wartawan TMT

Published

on

Lagi wartawan Mexico ditemui mati
Foto: Wartawan akhbar terkemuka Mexico, La Jornada, Luis Martin Sanchez Iniguez.
  • Wartawan akhbar terkemuka Mexico, La Jornada ditemukan maut di Nayarit, sehari selepas dilaporkan hilang. 
  • “Satu mayat ditemui di kampung Huachines di perbandaran Tepic, dikenal pasti sebagai Luis Martin Sanchez Iniguez berusia 59 tahun yang juga wartawan La Jornada,” kata akhbar Mexico City di laman webnya.
  • Isteri wartawan itu, Cecilia Lopez memberitahu penyiasat, dia tidak mengetahui keberadaan suaminya sejak malam Rabu dan ketika kejadian, dia berada di bandar lain melawat saudara-mara, lapor akhbar itu memetik pihak berkuasa.
  • Lopez juga dilapor memberitahu penyiasat yang pakaian pada suaminya dipakai pada hari terakhir dia melihatnya di rumah mereka, dan di dalam dompetnya ada semua barangan peribadi miliknya kecuali kad wartawan La Jornada miliknya.
  • Keluarga itu juga melaporkan, komputer, telefon bimbit, cakera keras dan selipar sandalnya hilang.
  • Wartawan La Jornada, menjadi sasaran pembunuhan sebelum ini, termasuk Miroslava Breach yang dibunuh di Chihuahua pada Mac 2017 selain Javier Valdez, yang juga penyumbang berita AFP, dibunuh di Sinaloa pada Mei tahun sama.
  • Mexico dianggap sebagai salah satu negara paling berbahaya di dunia untuk wartawan. Sejak 2000, lebih 150 wartawan dibunuh di negara itu, menurut Reporters Without Borders (RSF).

MEXICO CITY: Wartawan akhbar terkemuka Mexico, La Jornada ditemukan maut di Nayarit, sehari selepas dilaporkan hilang.

“Satu mayat ditemui di kampung Huachines di perbandaran Tepic, dikenal pasti sebagai Luis Martin Sanchez Iniguez berusia 59 tahun yang juga wartawan La Jornada,” kata akhbar Mexico City di laman webnya.

Isteri wartawan itu, Cecilia Lopez memberitahu penyiasat, dia tidak mengetahui keberadaan suaminya sejak malam Rabu dan ketika kejadian, dia berada di bandar lain melawat saudara-mara, lapor akhbar itu memetik pihak berkuasa.

Mayat Sanchez Iniguez ditemui pagi semalam di kawasan pedalaman Tepic, ibu negeri Nayarit. Maklumat tidak rasmi media tempatan berkata, mayatnya ditemui dalam bungkusan beg plastik dan mempunyai mesej di dada.

Sanchez berada di rumah pada malam Rabu dan berbual dengan isterinya menerusi panggilan telefon.

Lopez juga dilapor memberitahu penyiasat yang pakaian pada suaminya dipakai pada hari terakhir dia melihatnya di rumah mereka, dan di dalam dompetnya ada semua barangan peribadi miliknya kecuali kad wartawan La Jornada miliknya.

Keluarga itu juga melaporkan, komputer, telefon bimbit, cakera keras dan selipar sandalnya hilang.

Advertisement

Wartawan La Jornada, menjadi sasaran pembunuhan sebelum ini, termasuk Miroslava Breach yang dibunuh di Chihuahua pada Mac 2017 selain Javier Valdez, yang juga penyumbang berita AFP, dibunuh di Sinaloa pada Mei tahun sama.

Mexico dianggap sebagai salah satu negara paling berbahaya di dunia untuk wartawan. Sejak 2000, lebih 150 wartawan dibunuh di negara itu, menurut Reporters Without Borders (RSF).

Menurut kerajaan, kira-kira 13 pembunuhan wartawan dilaporkan pada 2022, namun, sehingga kini, kebanyakan pelaku jenayah itu tidak dihukum. 

Sumber: Harian Metro 

Author

Advertisement

Antarabangsa

Setiap orang awam dibunuh, 10 pejuang Palestin akan ‘dilahirkan’

Senator Amerika Syarikat (AS), Seth Moulton, yang juga Ahli Demokrat di Kongres AS, mengkritik pendirian tentera Israel mengenai pembunuhan orang awam di wilayah konflik Gaza, Palestin.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Senator Amerika Syarikat (AS) yang juga Ahli Demokrat di Kongres AS, Seth Moulton.
  • Senator Amerika Syarikat (AS), Seth Moulton, yang juga Ahli Demokrat di Kongres AS, mengkritik pendirian tentera Israel mengenai pembunuhan orang awam di wilayah konflik Gaza, Palestin.
  • Ia berkaitan dengan penilaian rejim zionis bahawa mereka “membunuh dua orang awam untuk setiap ahli Hamas”, di mana Moulton menyatakan perkara itu bukanlah sesuatu yang positif.
  • Dalam satu temu ramah televisyen, Moulton memetik kajian Jeneral bersara, Stanley McChrystal yang mengatakan bagi setiap orang awam terbunuh, 10 pejuang Palestin akan direkrut.
  • “Dengan kiraan itu, Israel setakat ini membunuh 5,000 pengganas (pejuang) Hamas tetapi dalam usaha itu, mereka telah merekrut sekitar 100,000 pengikut baru dan perkara ini buruk buat Israel,” kata Moulton.
  • Jurucakap tentera rejim Israel, Jonathan Conricus pada Isnin memberitahu CNN bahawa nisbah dua penduduk awam Palestin dibunuh untuk setiap ahli Hamas satu “nisbah positif” kerana ia membabitkan situasi pertempuran dalam bandar.

Senator Amerika Syarikat (AS), Seth Moulton, yang juga Ahli Demokrat di Kongres AS, mengkritik pendirian tentera Israel mengenai pembunuhan orang awam di wilayah konflik Gaza, Palestin.

Ia berkaitan dengan penilaian rejim zionis bahawa mereka “membunuh dua orang awam untuk setiap ahli Hamas”, di mana Moulton menyatakan perkara itu bukanlah sesuatu yang positif.

Moulton merujuk kepada sayap tentera Hamas iaitu Briged Al-Qassam.

Dalam satu temu ramah televisyen, Moulton memetik kajian Jeneral bersara, Stanley McChrystal yang mengatakan bagi setiap orang awam terbunuh, 10 pejuang Palestin akan direkrut.

“Dengan kiraan itu, Israel setakat ini membunuh 5,000 pengganas (pejuang) Hamas tetapi dalam usaha itu, mereka telah merekrut sekitar 100,000 pengikut baru dan perkara ini buruk buat Israel,” kata Moulton.

Jurucakap tentera rejim Israel, Jonathan Conricus pada Isnin memberitahu CNN bahawa nisbah dua penduduk awam Palestin dibunuh untuk setiap ahli Hamas satu “nisbah positif” kerana ia membabitkan situasi pertempuran dalam bandar.

“Kita tidak terlibat untuk menetapkan nisbah sebegitu, yang pada pendapat saya adalah (sesuatu yang) tidak enak,” kata Jurucakap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Stephane Dujarric dipetik Jordan News, mengkritik jurucakap tentera Israel itu.

Advertisement

Dujarric menekankan fokus PBB adalah untuk mencegah korban awam, walaupun mengakui cabaran-cabaran di Gaza, di mana lebih 16,000 warga Palestin terkorban sejak 7 Oktober lalu. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending