Connect with us

Terkini

KKM tunggu laporan siasatan polis kes kematian kanak-kanak 10 tahun di HTAR

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih menunggu laporan siasatan polis berhubung kes kematian kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun didakwa akibat kecuaian di sebuah hospital kerajaan di Klang, Selangor baru-baru ini.

Wartawan TMT

Published

on

KKM tunggu laporan siasatan polis kes kematian kanak-kanak 10 tahun di HTAR
Foto: Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa.
  • Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih menunggu laporan siasatan polis berhubung kes kematian kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun didakwa akibat kecuaian di sebuah hospital kerajaan di Klang, Selangor baru-baru ini.
  • Menterinya Dr Zaliha Mustafa berkata beliau juga perlu mendapatkan maklumat terperinci daripada semua pihak terlibat sebelum membuat penjelasan lanjut berhubung kejadian itu.
  • “Cuma saya minta supaya rakyat di luar sana lebih berhati-hati dan mendapatkan sumber yang betul…jangan sebarkan perkara yang tidak baik kerana ia akan mewujudkan sentimen yang tidak baik,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program MADANI Afiat dan Sambutan Hari Malaria Sedunia Peringkat Kebangsaan 2023 di sini semalam.
  • Kisah Dea Maisarah Bada, 10, yang didakwa meninggal dunia semasa mendapatkan rawatan di sebuah hospital kerajaan di Klang tular di media sosial sehingga mencetuskan pelbagai persepsi orang ramai.


SUNGAI PETANI – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih menunggu laporan siasatan polis berhubung kes kematian kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun didakwa akibat kecuaian di sebuah hospital kerajaan di Klang, Selangor baru-baru ini.

Menterinya Dr Zaliha Mustafa berkata beliau juga perlu mendapatkan maklumat terperinci daripada semua pihak terlibat sebelum membuat penjelasan lanjut berhubung kejadian itu.

Sehubungan itu, katanya orang ramai diminta agar tidak menyebarkan info yang tidak sahih dan tidak terpengaruh dengan isu yang tular di media sosial kerana belum tahu cerita sebenar.

“Cuma saya minta supaya rakyat di luar sana lebih berhati-hati dan mendapatkan sumber yang betul…jangan sebarkan perkara yang tidak baik kerana ia akan mewujudkan sentimen yang tidak baik,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program MADANI Afiat dan Sambutan Hari Malaria Sedunia Peringkat Kebangsaan 2023 di sini semalam.

Kisah Dea Maisarah Bada, 10, yang didakwa meninggal dunia semasa mendapatkan rawatan di sebuah hospital kerajaan di Klang tular di media sosial sehingga mencetuskan pelbagai persepsi orang ramai.

Pihak hospital juga didakwa membuat laporan palsu berhubung kematian kanak-kanak itu dengan mengatakan mangsa sudah meninggal dunia ketika dihantar untuk mendapatkan rawatan.

Sabtu lalu, media melaporkan Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan menerima dua laporan polis berhubung kejadian tersebut dan sudah memulakan siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.

Advertisement

Sementara itu, Dr Zaliha dalam ucapan perasmiannya memaklumkan kes jangkitan malaria di negara ini terkawal.

“KKM telah berjaya mencapai sasaran Pelan Strategik Eliminasi Malaria Kebangsaan (PSEMK) 2011 hingga 2021, iaitu sifar kes malaria manusia jangkitan tempatan (indigenous) bermula 2018 dan berjaya mengekalkan pencapaian tersebut untuk lima tahun berturut-turut,” katanya.

Pada majlis sama, Zaliha turut menyampaikan Anugerah Tokoh Malaria 2023 kepada Pengasas Program Segitiga Malaria di Semenanjung Malaysia yang juga bekas Pengarah Kesihatan Kelantan Datuk Dr Pius Premaraj.

Sumber: Astro Awani

Author

Advertisement

Antarabangsa

(VIDEO) Tentera rejim zionis rogol kanak-kanak lelaki Palestin di Penjara Israel – Bekas pegawai kanan AS

Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul mendedahkan insiden tentera Israel merogol tahanan kanak-kanak lelaki di penjara Moscovia, Baitulmaqdis.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul.

KUALA LUMPUR – Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul mendedahkan insiden tentera Israel merogol tahanan kanak-kanak lelaki di penjara Moscovia, Baitulmaqdis.

Perkara itu disebutnya dalam temu ramah dengan Christiane Amanpour di CNN hari ini ketika diajukan kenyataan mengenai sifat kemanusiaan di Gaza kini pada tahap yang tidak sepatutnya boleh diterima. 

“Kamu menyebut tentang keganasan seksual, saya (merupakan) sebahagian dari proses pemeriksaan hak asasi manusia, menapis persenjataan diberikan kepada Israel.

“Organisasi kebajikan dengan nama Pertahanan Antarabangsa Kanak-kanak Palestin (DCIP) menarik perhatian kami, berkenaan satu serangan seksual atau sebenarnya satu (kes) rogol kanak-kanak lelaki berumur 13 tahun yang berlaku di penjara Israel di Moscovia di Jerusalem (Baitulmaqdis).

“Kami menyiasat dakwaan ini, kami dapati ia boleh dipercayai dan kami mempertanggungjawabkan perkara itu ke atas kerajaan Israel,” katanya.

Paul turut menceritakan tindakan tentera zionis Israel pada keesokan harinya menyerbu organisasi yang menyimpan maklumat kanak-kanak Palestin dalam tahanan rejim Israel itu.

Advertisement

“Kamu tahu apa yang berlaku keesokan harinya?, IDF (tentera rejim zionis Israel) memasuki pejabat pegawai DCIP, rampas komputer mereka, dan isytiharkan mereka sebagai sebuah entiti pengganas,” katanya kepada Amanpour.

Paul berkata kekejaman tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa pun, samada kekejaman pencabulan seksual atau apa sahaja pencabulan melampau hak asasi manusia.

Statistik DCIP menunjukkan, setakat hari ini, 156 kanak-kanak ditahan atas sebab “keselamatan”, 23 kanak-kanak ditahan atas sebab undang-undang dengan catatan kemas kini terakhir pada September lalu.

Manakala jumlah kematian kanak-kanak pada 2023 disebabkan peluru hidup dilaporkan DCIP adalah 92 mangsa dengan kemas kini terakhir pada bulan ini. – The Merdeka Times

Sumber: Youtube – CNN, Defence for Children International Palestine

 

View this post on Instagram

 

Advertisement

A post shared by THE MERDEKA TIMES (TMT) (@themerdekatimes)

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending