Connect with us

Terkini

KKDW berhasrat naikkan gaji minimum lepasan TVET

Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) berhasrat menaikkan gaji minimum lepasan Pendidikan Teknikal Dan Latihan Vokasional (TVET) daripada RM1,500 kepada RM2,000.

Wartawan TMT

Published

on

KKDW berhasrat naikkan gaji minimum lepasan TVET
Foto: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (tiga dari kanan) melawat pameran pada Program Sentuhan Kasih Desa Peringkat Negeri Pulau Pinang. Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (dua dari kanan) dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow (kanan).
  • Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) berhasrat menaikkan gaji minimum lepasan Pendidikan Teknikal Dan Latihan Vokasional (TVET) daripada RM1,500 kepada RM2,000.
  • Menteri berkenaan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata TVET bukan sahaja mengajar subjek konvensional malah harus memastikan tenaga kerja yang kompeten seiring dengan revolusi industri 4.0 (IR 4.0).
  • “Apa yang saya lakukan ialah transformasi… untuk kita bergerak mengorak langkah baharu ke arah IR 4.0. Kerajaan komited untuk tingkatkan TVET.”
  • “Insya-Allah, satu dasar baharu oleh Menteri Pendidikan (Fadhlina Sidek) dengan kerjasama Menteri Pendidikan Tinggi (Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin), kerjasama 10 lagi kementeriaan untuk kita rombak dan kita akan menjadi negara maju, insya-Allah, di bawah pimpinan Perdana Menteri Kerajaan MADANI,” katanya kepada pemberita selepas sesi bual bicara komuniti TVET di Ekspo TVET@KKDW 2023 bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini, semalam.

KEPALA BATAS, 16 Julai (Bernama) — Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) berhasrat menaikkan gaji minimum lepasan Pendidikan Teknikal Dan Latihan Vokasional (TVET) daripada RM1,500 kepada RM2,000.

Menteri berkenaan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata TVET bukan sahaja mengajar subjek konvensional malah harus memastikan tenaga kerja yang kompeten seiring dengan revolusi industri 4.0 (IR 4.0).

“Apa yang saya lakukan ialah transformasi… untuk kita bergerak mengorak langkah baharu ke arah IR 4.0. Kerajaan komited untuk tingkatkan TVET.

“Insya-Allah, satu dasar baharu oleh Menteri Pendidikan (Fadhlina Sidek) dengan kerjasama Menteri Pendidikan Tinggi (Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin), kerjasama 10 lagi kementerian untuk kita rombak dan kita akan menjadi negara maju, insya-Allah, di bawah pimpinan Perdana Menteri Kerajaan MADANI,” katanya kepada pemberita selepas sesi bual bicara komuniti TVET di Ekspo TVET@KKDW 2023 bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini, semalam.

Ahmad Zahid, yang juga Timbalan Perdana Menteri, berkata sebanyak 92.5 peratus lepasan TVET berjaya mendapat pekerjaan.

Terdahulu, Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan syarikat Ni Hsin EV Tech Sdn Bhd memeterai memorandum persefahaman bagi menjalin kerjasama strategik untuk meningkatkan aspek keusahawanan serta penguasaan teknikal yang menjurus kepada bidang teknousahawan, kajian serta latihan teknikal industri berimpak tinggi dalam bidang kenderaan elektrik (EV) dan litium bateri bagi lepasan universiti itu.

Sumber: Bernama

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

(VIDEO) NATO perlu elak “double-standard” dalam isu Gaza, Ukraine – PM Sepanyol

Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) harus jelas dalam tindakannya untuk tidak bersikap “dwistandard” (double standard) dalam isu peperangan di Ukraine dan Gaza, kata Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez.

Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) harus jelas dalam tindakannya untuk tidak bersikap “dwistandard” (double standard) dalam isu peperangan di Ukraine dan Gaza, kata Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez.

Sanchez berkata perkara itu penting untuk menyampaikan kepada semua pihak bahawa apa dipertahankan NATO bukan hanya undang-undang antarabangsa, tetapi pendirian yang konsisten.

Beliau juga menggesa gencatan senjata kekal dilakukan di Gaza supaya “malapetaka kemanusiaan” yang disaksikan di wilayah Palestin itu dapat dihentikan.

“Ia sangat penting untuk rakyat kita fahami bahawa apa yang kita pertahankan di Gaza dan di Ukraine bukan sahaja (berkenaan) undang-undang antarabangsa, tetapi kita (sendiri) ada kedudukan yang konsisten.

“Kedudukan konsisten politik jelas bahawa kita tidak mengamalkan dwistandard. 

“Jadi jika kita memberitahu rakyat kita bahawa kita menyokong Ukraine kerana kita mempertahankan undang-undang antarabangsa, ia sama dengan apa yang kita perlu lakukan terhadap Gaza,” kata Sanchez dalam klip video disiarkan Al Jazeera ketika berucap di Sidang Kemuncak NATO di Washington, Amerika Syarikat, semalam.

Media melaporkan Ketua NATO, Jens Stoltenberg dalam ucapan akhirnya di sidang sama langsung tidak menyebut mengenai serangan rejim Israel ke atas rakyat Palestin di Gaza.

Insiden itu berlaku ketika beberapa pemimpin memberi amaran bahawa berdiam diri mengenai situasi di Gaza boleh menjejaskan komitmen perikatan ketenteraan itu terhadap hak asasi manusia. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending