Connect with us

Antarabangsa

Kemboja larang jual, minum alkohol semasa pilihan raya umum

Kerajaan Kemboja mengeluarkan arahan melarang penjualan dan meminum semua jenis alkohol selama dua hari, pada 22 dan 23 Julai, sempena pilihan raya umum di negara Asia Tenggara itu.

Wartawan TMT

Published

on

Kemboja larang jual, minum alkohol semasa pilihan raya umum
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kerajaan Kemboja melarang penjualan dan meminum semua jenis alkohol selama dua hari, pada 22 dan 23 Julai, sempena pilihan raya umum di negara Asia Tenggara itu.
  • Arahan itu ditandatangani Perdana Menteri Samdech Techo Hun Sen dan dikeluarkan kepada media pada Jumaat, ia bertujuan mencegah gangguan sosial dan memastikan pilihan raya pada 23 Julai berjalan dalam suasana bebas dan adil tanpa keganasan dan intimidasi.
  • “Semua rakyat Kemboja, warga asing, peniaga dan penjual di Kemboja… mesti menggantung penjualan dan minum arak sehari sebelum hari pilihan raya dan pada hari pilihan raya pada 22 hingga 23 Julai,”  menurut arahan itu.

PHNOM PENH, 21 Julai (Bernama-Xinhua) — Kerajaan Kemboja mengeluarkan arahan melarang penjualan dan meminum semua jenis alkohol selama dua hari, pada 22 dan 23 Julai, sempena pilihan raya umum di negara Asia Tenggara itu.

Ditandatangani oleh Perdana Menteri Samdech Techo Hun Sen dan dikeluarkan kepada media pada Jumaat, arahan itu bertujuan mencegah gangguan sosial dan memastikan pilihan raya pada 23 Julai berjalan dalam suasana bebas dan adil tanpa keganasan dan intimidasi.

“Semua rakyat Kemboja, warga asing, peniaga dan penjual di Kemboja…mesti menggantung penjualan dan minum arak sehari sebelum hari pilihan raya dan pada hari pilihan raya pada 22 hingga 23 Julai,” menurut arahan itu.

Sebanyak 18 parti politik akan bertanding untuk merebut 125 kerusi Dewan Rakyat dan lebih 9.7 juta orang layak mengundi, menurut Jawatankuasa Pilihan Raya Kebangsaan (NEC).

Pada pilihan raya umum lima tahun lepas, Parti Rakyat Kemboja (CPP) pimpinan Hun Sen memenangi kesemua 125 kerusi yang dipertandingkan. — BERNAMA-XINHUA

Sumber: Bernama 

Author

Antarabangsa

Mahkamah EU putuskan pejabat kerajaan boleh haramkan pemakaian simbol agama termasuk tudung

Mahkamah Keadilan Kesatuan Eropah (EU) pada Selasa memutuskan bahawa pejabat kerajaan di organisasi berkenaan boleh melarang kakitangan memakai simbol keagamaan seperti tudung walaupun mereka tidak berjumpa dengan orang ramai.

Wartawan TMT

Published

on

Mahkamah EU putuskan pejabat kerajaan boleh haramkan pemakaian simbol agama termasuk tudung
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Mahkamah Keadilan Kesatuan Eropah (EU) pada Selasa memutuskan pejabat kerajaan di organisasi berkenaan boleh melarang kakitangan memakai simbol keagamaan seperti tudung walaupun mereka tidak berjumpa dengan orang ramai.
  • “Peraturan sedemikian boleh dikenakan untuk mewujudkan persekitaran pentadbiran yang neutral sepenuhnya,” kata mahkamah.
  • Penghakiman itu diperoleh daripada kes dikemukakan seorang kakitangan di pejabat kerajaan tempatan Belgium.
  • Kakitangan itu mencabar larangan memakai tudung dikenakan terhadapnya kerana menyifatkan ia melanggar kebebasan beragama dan berasa didiskriminasi.
  • Mahkamah berpangkalan di Luxembourg berkata, larangan sebarang tanda yang mendedahkan kepercayaan falsafah atau agama tidak mendiskriminasi jika ia diguna secara umum dan sembarangan kepada semua kakitangan pentadbiran itu.

Brussels: Mahkamah Keadilan Kesatuan Eropah (EU) pada Selasa memutuskan bahawa pejabat kerajaan di organisasi berkenaan boleh melarang kakitangan memakai simbol keagamaan seperti tudung walaupun mereka tidak berjumpa dengan orang ramai.

“Peraturan sedemikian boleh dikenakan untuk mewujudkan persekitaran pentadbiran yang neutral sepenuhnya,” kata mahkamah.

Penghakiman itu diperoleh daripada kes yang dikemukakan oleh seorang kakitangan di pejabat kerajaan tempatan Belgium.

Kakitangan itu mencabar larangan memakai tudung dikenakan terhadapnya kerana menyifatkan ia melanggar kebebasan beragama dan berasa didiskriminasi.

Mahkamah yang berpangkalan di Luxembourg itu berkata, larangan sebarang tanda yang mendedahkan kepercayaan falsafah atau agama tidak mendiskriminasi jika ia digunakan secara umum dan sembarangan kepada semua kakitangan pentadbiran itu.

Lagipun, ia terhad kepada perkara yang sangat diperlukan.

Keputusan yang sah untuk pejabat sektor awam di seluruh EU menyokong penghakiman mahkamah EU sebelumnya yang mendapati larangan sedemikian sah di tempat kerja sektor swasta.

Advertisement

Ia berkata, mahkamah negara harus memutuskan kebolehgunaan larangan itu.

Pejabat awam juga boleh mempunyai dasar mengehadkan larangan itu kepada pekerja yang berhadapan dengan orang ramai, atau memutuskan untuk membenarkan pemakaian tanda agama atau falsafah kepercayaan boleh dilihat.

“Setiap negara anggota, dan mana-mana badan infra-negeri dalam rangka kerja kecekapannya, mempunyai margin budi bicara dalam mereka bentuk neutraliti perkhidmatan awam yang ingin dipromosikan di tempat kerja, bergantung pada konteksnya sendiri.

“Bagaimanapun, objektif itu mesti diteruskan dengan cara yang konsisten dan sistematik.

“Langkah yang diambil untuk mencapainya mesti dihadkan kepada apa yang sangat diperlukan,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Advertisement

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending