Terkini
(VIDEO) Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis dituduh laksana dasar ekstremis
Sebuah saluran Youtube dengan nama @HarapanMalaysia dikesan menyebarkan dakyah dan dakwaan melampau kononnya Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis melaksanakan dasar ekstremis menindas orang bukan Islam.
Sebuah saluran Youtube dengan nama @HarapanMalaysia dikesan menyebarkan dakyah dan dakwaan melampau kononnya Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis melaksanakan dasar ekstremis menindas orang bukan Islam.
Dalam video berbahasa Mandarin di saluran Youtube itu yang dimuat naik 12 Julai lalu, ia mendakwa empat negeri ditadbir Perikatan Nasional (PN), khususnya PAS, melaksanakan dasar ekstremis yang mundur.
Menyeru masyarakat mengundi pada pilihan raya negeri akan datang, video yang jelas menyasarkan pengundi bukan Melayu itu antara lain berkata, “Negeri-negeri ini mula melarang judi, arak, melarang konsert dan sebagainya.
“Bukan sahaja menghakis hak bukan Muslim, malah menjejaskan bidang perhotelan dan pelancongan,” kata video itu lagi.
Video itu juga menyifatkan pemimpin PN dan PAS yang melarang penganjuran Oktoberfest dan Bon Odori sebelum ini sebagai cubaan campur tangan dalam aktiviti bukan Muslim dan bukan keagamaan.
Video itu juga menyeru masyarakat menolak dasar ekstremis yang dilaksanakan PN dan PAS.
“Semua orang mestilah mengundi (untuk) memberi pengajaran kepada pemimpin PN dan PAS, menolak polisi ekstremis dan mempertahankan kepelbagaian budaya Malaysia,” demikian menurut mesej dalam video itu.
The Merdeka Times mendapati akaun Youtube @HarapanMalaysia itu diwujudkan pada 19 Mei lalu, dipenuhi video-video propaganda politik. Pemilik akaun media sosial itu belum lagi dikenal pasti. – The Merdeka Times
Sumber: Youtube @HarapanMalaysia
View this post on Instagram