Antarabangsa
Kecelaruan jantina, remaja perempuan bunuh diri kerana gagal jadi lelaki
Seorang remaja berusia 14 tahun nekad membunuh diri pada Januari lalu gara-gara tidak dibenarkan mengikuti rawatan mengubah jantina di Australia.
- Noah O’Brien, 14, yang dilahirkan sebagai wanita itu mahu mengenal pasti dirinya sebagai lelaki.
- Dia yang gagal untuk mendapatkan rawatan mengubah jantina itu bimbang untuk kembali ke sekolah dengan identiti jantina baharu pilihannya, lalu nekad membunuh diri pada Januari lalu.
- Ibunya, Lauren percaya yang kematiannya berpunca dari pihak hospital yang cuba menafikan Noah dari menerima rawatan mengubah jantina.
Seorang remaja berusia 14 tahun nekad membunuh diri pada Januari lalu gara-gara tidak dibenarkan mengikuti rawatan mengubah jantina di Australia.
Memetik laporan Daily Mail, Noah O’Brien yang dilahirkan sebagai wanita itu mahu mengenal pasti dirinya sebagai lelaki.
Ibunya, Lauren O’Brien memberitahu yang Noah melakukan tindakan nekad itu kerana bimbang untuk kembali ke sekolah dengan identiti jantina baharu pilihannya itu.
Enam bulan sebelum Noah membunuh diri, dia menulis sepucuk surat kepada ibu bapanya memaklumkan yang dia enggan menjadi seorang wanita lagi.
Dia juga menyekat pemakanannya sebagai usaha untuk melambatkan permulaan akil baligh.
Dia dimasukkan ke Hospital Kanak-kanak Westmead di barat Sydney dan dibenarkan keluar selepas sehari dengan cadangan untuk mendapatkan sokongan bagi isu jantina.
Lauren cuba untuk mendapatkan surat rujukan dari doktor, namun mendapati yang Noah terpaksa diletakkan dalam senarai menunggu kerana dia telah mula akil baligh.
Noah turut dirawat bagi masalah anoreksia di hospital yang sama.
Selepas beberapa usaha Lauren untuk memastikan anaknya menerima rawatan mengubah jantina menemui jalan buntu, Noah semakin tertekan dengan tarikh sesi persekolahan baharu semakin hampir.
Susulan itu, Noah mengambil keputusan untuk membunuh diri pada Januari lalu.
Lauren percaya yang kematian anaknya berpunca dari pihak hospital yang cuba menafikan Noah dari menerima rawatan mengubah jantina.
Sumber: Daily Mail