Antarabangsa
Kecelaruan dunia barat, seorang lagi lelaki bakal bertanding di Miss Universe
Pertandingan ratu cantik, Miss Universe Netherlands baru sahaja mengumumkan seorang lelaki transgender pertama sebagai pemenangnya pada Sabtu lalu, demikian lapor Fox News.

- Miss Universe Netherlands mengumumkan Rikki Valerie Kolle, 22, seorang lelaki transgender sebagai pemenangnya pada Sabtu lalu.
- “Ia seperti tidak benar, tetapi saya boleh memanggil diri saya Miss Netherland 2023. Ia adalah perjalanan pendidikan yang indah… Tidak dapat digambarkan dengan kata-kata betapa bangga dan gembiranya saya. Membanggakan komuniti saya membuktikan ia boleh dilakukan” – Transgender, Rikki Valerie Kolle.
- Sejak beberapa tahun lalu, lelaki transgender dilihat mula diterima dalam pertandingan ratu cantik yang dikhususkan untuk wanita semulajadi.
Pertandingan ratu cantik, Miss Universe Netherlands baru sahaja mengumumkan seorang lelaki transgender pertama sebagai pemenangnya pada Sabtu lalu, demikian lapor Fox News.
Kemenangan Rikki Valerie Kolle, 22, itu sekaligus ‘melayakkannya’ bertanding mewakili negara itu di pertandingan Miss Universe yang bakal berlangsung di El Salvador.
“Saya berjaya,” kata Rikki yang juga seorang pelakon dan peragawan itu menerusi satu hantaran di Instagramnya.
“Ia seperti tidak benar, tetapi saya boleh memanggil diri saya Miss Netherland 2023. Ia adalah perjalanan pendidikan yang indah… Tidak dapat digambarkan dengan kata-kata betapa bangga dan gembiranya saya. Membanggakan komuniti saya membuktikan ia boleh dilakukan”.
Sejak beberapa tahun lalu, lelaki transgender dilihat mula diterima dalam pertandingan ratu cantik yang dikhususkan untuk wanita semulajadi.
Memetik laporan Washington Post, Miss Universe 2018 menyaksikan Angela Ponce sebagai lelaki transgender pertama bertanding di pentas ratu cantik antarabangsa itu mewakili Sepanyol.

Foto: Angela Ponce, Miss Spain 2018.
Pada 2021, seorang peserta lelaki Kataluna Enriquez, 27, ditabalkan sebagai Miss Nevada Amerika Syarikat menewaskan 21 peserta wanita lain.

Foto: Kataluna Enriquez, Miss Nevada 2021.
Jenna Talackova pula mencatat sejarah sebagai lelaki transgender pertama menyertai ratu cantik di Miss Universe Kanada 2021 sebelum digugurkan kelayakan di peringkat akhir Miss Vancouver sejurus jantina sebenarnya diketahui pihak penganjur, demikian lapor Daily Mail.

Foto: Jenna Talackova, Miss Canada 2012
Sumber: Fox News, Washington Post, Daily Mail
Antarabangsa
Lelaki Israel rayu Netanyahu terima, kebumi jasad keluarganya terbunuh di Gaza
Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.

- Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim Israel.
- Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.
- “Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.
- Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.
- Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.
Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.
Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.
“Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.
Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.
Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.
The Times Of Israel melaporkan kononnya kumpulan pembebasan Palestin, Hamas membuat dakwaan itu yang menurut mereka sebahagian kempen peperangan psikologi. – The Merdeka Times
Sumber: Shehab News, Roya News, The Times Of Israel
-
Terkini2 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini1 day ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini4 days ago
(VIDEO) Wee Ka Siong terkejut ‘dimarahi’ Menteri Pendidikan di Dewan Rakyat
-
Antarabangsa3 days ago
PBB siasat, rayu bukti dakwaan keganasan seksual oleh Hamas