Connect with us

Terkini

Jurubahasa Cina dinobat penerima anugerah Tokoh Bukan Islam Maal Hijrah Melaka

Lee See Pin yang merupakan jurubahasa di Mahkamah Air Keroh terpilih sebagai Tokoh Bukan Islam Maal Hijrah Melaka 1445H.

Adam Tan

Published

on

Jurubahasa Cina dinobat penerima anugerah Tokoh Bukan Islam Maal Hijrah Melaka
Foto: Jurubahasa di Mahkamah Air Keroh, Lee See Pin yang terpilih sebagai Tokoh Bukan Islam Maal Hijrah Melaka 1445H.
  • Lee See Pin yang merupakan jurubahasa di Mahkamah Air Keroh terpilih sebagai Tokoh Bukan Islam Maal Hijrah Melaka 1445H.
  • See Pin yang berumur 40 tahun itu terpilih kerana beliau menyertai banyak aktiviti sukarelawan yang dianjurkan pertubuhan dakwah.
  • Beliau aktif menyertai aktiviti sukarelawan itu sejak 10 tahun lalu kerana mahu meningkatkan nilai perpaduan dan keharmonian dalam kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.

Lee See Pin yang merupakan jurubahasa di Mahkamah Air Keroh terpilih sebagai Tokoh Bukan Islam Maal Hijrah Melaka 1445H.

See Pin yang berumur 40 tahun itu terpilih kerana beliau menyertai banyak aktiviti sukarelawan yang dianjurkan pertubuhan dakwah.

Beliau aktif menyertai aktiviti sukarelawan itu sejak 10 tahun lalu kerana mahu meningkatkan nilai perpaduan dan keharmonian dalam kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.

Katanya, aktiviti sukarelawannya termasuk menjadi pemandu pelancong ketika rumah terbuka masjid pada 2023.

“Dengan kemampuan saya (fasih berbahasa Melayu), saya hanya ingin membantu meningkatkan perpaduan antara kaum, sekaligus membina bangsa Malaysia, itu hajat saya,” katanya dipetik China Press pada Majlis Penyampaian Anugerah Ibnu Uraiqith yang disampaikan oleh Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Mohd Rustam pada 19 Julai lalu.

See Pin yang kini berkhidmat di Mahkamah Air Keroh mendapat pendidikan di SJK (C) Ping Ming dan mula berkomunikasi dengan rakan sekelasnya yang berbangsa Melayu dalam bahasa Melayu.

“Mereka juga boleh berbahasa Cina, tetapi kami lebih suka bercakap dalam bahasa Melayu,” katanya.

Sumber: China Press

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Tidak boleh tolak permohonan pasport kerana pemohon gagal kuasai bahasa Melayu – KP Imigresen

Pegawai imigresen tidak dibenarkan untuk menolak sebarang permohonan pasport hanya kerana pelanggan gagal menguasai bahasa kebangsaan, menurut Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh bagaimanapun berkata dalam melaksanakan tanggungjawab, pegawai-pegawai imigresen akan melakukan semakan rawak dari pelbagai aspek bagi mengesahkan permohonan.
  • Menurutnya, semakan itu perlu dilakukan secara profesional dan berhemah.
  • “Jabatan Imigresen komited dalam memberikan perkhidmatan yang baik kepada pelanggan dan sentiasa mengingatkan semua pegawai menyantuni pelanggan mengikut prosedur operasi standard ditetapkan jabatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
  • Satu hantaran menerusi Facebook sebelum ini tular, mengenai kekecewaan seorang lelaki tidak dapat memperbaharui pasport ibunya kerana tidak boleh berbahasa Melayu di UTC Pulau Pinang.

PUTRAJAYA — Pegawai imigresen tidak dibenarkan untuk menolak sebarang permohonan pasport hanya kerana pelanggan gagal menguasai bahasa kebangsaan, menurut Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh.

Bagaimanapun, beliau berkata dalam melaksanakan tanggungjawab, pegawai-pegawai imigresen akan melakukan semakan rawak dari pelbagai aspek bagi mengesahkan permohonan.

Namun, menurutnya semakan itu perlu dilakukan secara profesional dan berhemah.

“Jabatan Imigresen komited dalam memberikan perkhidmatan yang baik kepada pelanggan dan sentiasa mengingatkan semua pegawai untuk menyantuni pelanggan mengikut prosedur operasi standard ditetapkan jabatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, tular satu hantaran menerusi laman Facebook mengenai kekecewaan seorang lelaki tidak dapat memperbaharui pasport ibunya kerana tidak boleh berbahasa Melayu di UTC Pulau Pinang.

Ruslin memaklumkan pelanggan berkenaan telah dapat memperbaharui pasport dan mengambilnya di Pejabat UTC Pulau Pinang pada Isnin lalu. — BERNAMA

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending