Connect with us

Antarabangsa

Jepun tetap teruskan rancangan lepas sisa nuklear ke laut walaupun dikritik

Pelepasan air terawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke lautan pada musim panas ini akan diteruskan seperti yang dirancang, tetapi tarikh sebenar masih belum diputuskan, lapor Agensi Anadolu.

Wartawan TMT

Published

on

Jepun tetap teruskan rancangan lepas sisa nuklear ke laut walaupun dikritik
Foto: Kilang nuklear Jepun.
  • Pelepasan air terawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke lautan pada musim panas ini akan diteruskan seperti dirancang, tetapi tarikh sebenar masih belum diputuskan, lapor Agensi Anadolu.
  • “Air yang dirawat akan dilepaskan ke lautan berdasarkan peraturan keselamatan,” kata Ketua Setiausaha Kabinet Jepun Matsuno Hirokazu.
  • Hirokazu berkata, kerajaan Jepun “memperhebat usahanya untuk meningkatkan kesedaran tentang langkah keselamatan yang menyeluruh melalui mesej di kaca televisyen dan iklan dalam talian,” menurut laporan NHK News.
  • Pelan pelepasan air Jepun yang diumumkan pada April 2021, menerima kritikan hebat daripada China, Korea Selatan, Korea Utara, Taiwan, dan organisasi antarabangsa, termasuk PBB, menurut laporan.
  • Cadangan itu, bagaimanapun, disokong Amerika Syarikat, selepas perbincangan bertahun-tahun mengenai lebi

ISTANBUL: Pelepasan air terawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke lautan pada musim panas ini akan diteruskan seperti yang dirancang, tetapi tarikh sebenar masih belum diputuskan, lapor Agensi Anadolu.

“Air yang dirawat akan dilepaskan ke lautan berdasarkan peraturan keselamatan,” kata Ketua Setiausaha Kabinet Jepun Matsuno Hirokazu.

Hirokazu berkata, kerajaan Jepun “memperhebat usahanya untuk meningkatkan kesedaran tentang langkah keselamatan yang menyeluruh melalui mesej di kaca televisyen dan iklan dalam talian,” menurut laporan NHK News.

Tokyo akan membuat “keputusan menyeluruh mengenai tarikh pelepasan, mempertimbangkan pelbagai faktor dan memastikan keselamatan dan reputasi.”

Pelan pelepasan air Jepun yang diumumkan pada April 2021, menerima kritikan hebat daripada China, Korea Selatan, Korea Utara, Taiwan, dan organisasi antarabangsa, termasuk PBB, menurut laporan.

Cadangan itu, bagaimanapun, disokong Amerika Syarikat, selepas perbincangan bertahun-tahun mengenai lebih 1 juta tan air yang disimpan di kompleks nuklear Fukushima sejak bencana 2011.

Meskipun berdepan kritikan, Jepun bulan lepas memulakan suntikan air laut ke dalam terowong saliran di Loji Kuasa Nuklear Fukushima Daiichi, menandakan permulaan awal pelepasan air sisa radioaktif yang telah dirawat ke lautan.

Sumber: Free Malaysia Today

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Penyanyi pro-zionis, Bruno Mars bakal adakan konsert di Malaysia

Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars.
  • Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.
  • Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.
  • “Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disahut peminat zionisnya.
  • Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.
  • Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Berita itu dikongsi penganjur, Live Nation Malaysia, menerusi platform media sosial memaklumkan jualan tiket untuk konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil itu akan dibuka pada Jumaat hadapan.

“Bruno Mars akan datang ke Kuala Lumpur September ini.

“Tidak sabar mahu berkongsi pengalaman persembahan lagu 24K Magic secara langsung,” tulis mereka menerusi platform X.

Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.

“Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disambut peminat zionisnya.

Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.

Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

Pemilik Bluestone Group’s Live Nation Israel, Guy Beser dan Shay Mor Yosef bagaimanapun berjaya membawa bintang itu ke Israel Oktober lalu.

JVP, sebuah organisasi progresif anti-zionis dalam surat terbukanya menyeru Bruno membatalkan konsertnya di negara aparteid tersebut sehingga rakyat Palestin mempunyai kesaksamaan, kebebasan dan keadilan sepenuhnya di tanah asal mereka.

“Kami amat bimbang dengan pengumuman mengenai persembahan anda yang akan datang di Tel Aviv, Israel di Yarkon Park, yang dibina di atas tanah perkampungan Palestin Al-Shaykh Muwannis yang berdepan pembersihan etnik oleh zionis.

“Kami menggesa anda membatalkan persembahan di Israel yang mengamalkan aparteid, sama seperti yang dilakukan semua artis yang beretika di Afrika Selatan semasa aparteid,” tegas JVP.

Bapa Bruno dikatakan berketurunan Yahudi manakala ibunya dari Filipina dan nenek moyangnya pula berketurunan Yahudi Hungary dan Ukraine. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending