Connect with us

Terkini

Isu Taman Rekreasi Kolam Ayer Panas: Terpaksa berniaga tanpa lesen disebabkan tidak diluluskan DBKL

29 peniaga di Medan Selera Taman Ayer Panas di sini bimbang akan nasib tempat perniagaan mereka yang tidak diberikan pelanjutan tempoh berniaga di medan selera itu.

Ashraff Zamell

Published

on

Isu Taman Rekreasi Kolam Ayer Panas: Terpaksa berniaga tanpa lesen disebabkan tidak diluluskan DBKL
Foto: Peniaga-peniaga di Medan Selera Taman Ayer Panas. Kuala Lumpur ketika ditemui semalam.
  • 29 peniaga di Medan Selera Taman Ayer Panas di sini bimbang akan nasib tempat perniagaan mereka yang tidak diberikan pelanjutan tempoh berniaga di medan selera itu.
  • Penyelaras Medan Selera Taman Rekreasi Kolam Air Panas, Mohd Radzi Jaafar berkata mereka terpaksa berniaga tanpa lesen disebabkan permohonan lesen perniagaan baharu ditolak oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sejak Mac lalu.
  • “Kami tidak tahu status nasib kami, sebab tiada sebarang rundingan dengan mana-mana pihak, daripada DBKL dan kerajaan semasa.
  • “Kami ingin dibela, kalaulah tanah ini milik orang dan lesen tidak dapat diperbaharui lagi disebabkan oleh tanah orang. Jadi kami nak tahu soal masa depan kami sebagai peniaga yang bekerja di sini sejak sekian lama,” katanya ketika ditemui The Merdeka Times di Medan Selera Ayer Panas semalam.

KUALA LUMPUR – 29 peniaga di Medan Selera Taman Ayer Panas di sini bimbang akan nasib tempat perniagaan mereka yang tidak diberikan pelanjutan tempoh berniaga di medan selera itu.

Sertai Newsletter kami. Laporan Terkini & Pantas

form-article-Mailchimp


Dengan menyertai newsletter kami, anda bersetuju dengan polisi privasi kami.

Penyelaras Medan Selera Taman Rekreasi Kolam Air Panas, Mohd Radzi Jaafar berkata mereka terpaksa berniaga tanpa lesen disebabkan permohonan lesen perniagaan baharu ditolak oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sejak Mac lalu.

“Kami tidak tahu status nasib kami, sebab tiada sebarang rundingan dengan mana-mana pihak, daripada DBKL dan kerajaan semasa.

“Yang kegelisahan timbul pada kami, tanah ini telah dimiliki dan disahkan oleh pihak DBKL.

“Kami ingin dibela, kalaulah tanah ini milik orang dan lesen tidak dapat diperbaharui lagi disebabkan oleh tanah orang. Jadi kami nak tahu soal masa depan kami sebagai peniaga yang bekerja di sini sejak sekian lama,” katanya ketika ditemui The Merdeka Times di Medan Selera Taman Ayer Panas semalam.

Beliau berharap DBKL dapat segera mengaturkan perbincangan rasmi antara penduduk, DBKL dan Setiausaha Politik (SUPOL) Perdana Menteri untuk membincangkan lebih lanjut mengenai status mereka.

Katanya, Taman Rekreasi Ayer Panas juga telah dibiarkan dan tidak diselenggarakan sehingga menyebabkan taman itu tidak digunakan lagi untuk beriadah. 

“Kita tengoklah, taman-taman ini tidak diuruskan lagi, rumput sudah naik-naik kerana tiada pengurusan. Dulu cantik, ramai orang riadah. Tapi sekarang ini, tidak terpeliharalah,” katanya. 

Tinjauan The Merdeka Times di tempat kejadian mendapati bangunan-bangunan DBKL yang ditinggalkan serta sampah sarap dan saluran paip yang bocor sehingga menyebabkan kawasan dilimpahi air yang bertakung.

Foto: Pejabat Taman DBKL yang ditinggalkan beserta limpahan air disebabkan paip yang bocor.

 

Foto: Bangunan usang yang dibiarkan kosong beserta sampah sarap.

Sebelum ini, tular di WhatsApp menunjukkan beberapa kain rentang mengenai ketidakpuasan penduduk tempatan terhadap DBKL yang menjual Taman Rekreasi Ayer Panas kepada syarikat swasta.

Berdasarkan aduan pembaca, The Merdeka Times pada April lalu melaporkan mengenai kebimbangan penduduk sekitar Taman Kejiranan Ayer Panas mengenai keadaan terkini Taman Rekreasi Kolam Ayer Panas yang dalam keadaan terbiar dan menyedihkan. – The Merdeka Times.

Foto: Kain rentang ketidakpuasan masyarakat terhadap DBKL.

Author

Sokong Kami TheMerdekaTimes dengan bantu perjalanan kami di sini

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Anugerah E50 SME Corp: PMKS berdaya saing diseru rebut peluang sertai

Pengiktirafan diterima menerusi Anugerah Enterprise 50 atau lebih dikenali dengan Anugerah E50 oleh SME Corporation Malaysia (SME Corp) membolehkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan dikenal pasti sebagai berdaya saing, maju dan boleh dipercayai dalam menjalin rantaian sama ada dengan syarikat besar tempatan atau pelabur luar negara.

Hidayah Sani

Published

on

Anugerah E50 SME Corp: PMKS berdaya saing diseru rebut peluang sertai
Foto: Majlis Pelancaran Program Enterprise 50 (E50) 2024 di Aloft Kuala Lumpur Sentral.
  • Pengiktirafan diterima menerusi Anugerah Enterprise 50 atau lebih dikenali dengan Anugerah E50 oleh SME Corporation Malaysia (SME Corp)  membolehkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan dikenal pasti sebagai berdaya saing, maju dan boleh dipercayai dalam menjalin rantaian sama ada dengan syarikat besar tempatan atau pelabur luar negara.
  • Pengerusi SME Corp Malaysia, Tan Sri Bernard Giluk Dompok berkata pengiktirafan diberikan menjadi penanda aras yang penting buat PMKS untuk mengukur prestasi perniagaan mereka berdasarkan piawaian industri menerusi penilaian kewangan dan  pengurusan perniagaan oleh Deloitte Malaysia.
  • “Oleh itu, saya ingin menyeru PMKS yang terpilih agar merebut peluang keemasan ini untuk menjadi di antara 50 PMKS terunggul di Malaysia.
  • “Pada tahun ini, pencalonan bagi Anugerah E50 akan dibuka sehingga 30 Jun 2024. Kemuncak bagi Program E50 ini adalah Majlis Anugerah E50 yang dijadualkan pada Oktober nanti,” katanya di Majlis Pelancaran Program Enterprise 50 (E50) 2024 di Aloft Kuala Lumpur Sentral, hari ini.

KUALA LUMPUR — Pengiktirafan diterima menerusi Anugerah Enterprise 50 atau lebih dikenali dengan Anugerah E50 oleh SME Corporation Malaysia (SME Corp) membolehkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan dikenal pasti sebagai berdaya saing, maju dan boleh dipercayai dalam menjalin rantaian sama ada dengan syarikat besar tempatan atau pelabur luar negara.

Sertai Newsletter kami. Laporan Terkini & Pantas

form-article-Mailchimp


Dengan menyertai newsletter kami, anda bersetuju dengan polisi privasi kami.

Pengerusi SME Corp Malaysia, Tan Sri Bernard Giluk Dompok berkata anugerah itu berjaya mewujudkan perspektif kecemerlangan dengan mencapai satu tanda aras kualiti tinggi.

Beliau berkata pengiktirafan diberikan menjadi penanda aras yang penting buat PMKS untuk mengukur prestasi perniagaan mereka berdasarkan piawaian industri menerusi penilaian kewangan dan pengurusan perniagaan oleh Deloitte Malaysia.

“Sepertimana tahun-tahun sebelum ini, SME Corp. Malaysia akan menjemput PMKS yang layak untuk menyertai Anugerah E50 pada tahun ini, iaitu syarikat-syarikat yang telah menerima penarafan 4-Bintang dan 5-Bintang di bawah Program Penarafan Daya Saing PKS untuk Peningkatan atau SCORE.

“Oleh itu, saya ingin menyeru PMKS yang terpilih agar merebut peluang keemasan ini untuk menjadi di antara 50 PMKS terunggul di Malaysia.

“Pada tahun ini, pencalonan bagi Anugerah E50 akan dibuka sehingga 30 Jun 2024. Kemuncak bagi Program E50 ini adalah Majlis Anugerah E50 yang dijadualkan pada Oktober nanti,” katanya di Majlis Pelancaran Program Enterprise 50 (E50) 2024 di Aloft Kuala Lumpur Sentral, hari ini.

Majlis itu dirasmikan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick yang turut mengucapkan syabas ke atas SME Corp. Malaysia kerana berjaya menganjurkan program itu secara berterusan sejak 1997.

Bagi tahun ini, syarikat ingin menyertainya perlu mengemukakan pencalonan mereka secara dalam talian melalui Sistem Bersepadu Penarafan Insentif PMKS (MyBPI) sebelum tarikh tutup pada 30 Jun 2024.

Syarat kelayakan Anugerah E50 adalah memenuhi definisi PMKS dan diperbadankan di Malaysia dengan sekurang-kurangnya 40 peratus ekuiti tempatan; mendapat penarafan empat dan lima bintang di bawah SCORE; tidak disenaraikan di Bursa Malaysia; mempunyai penyata kewangan beraudit tiga tahun terkini dan anak syarikat tidak layak jika syarikat induk mengambil bahagian.

Untuk maklumat lanjut mengenai program Anugerah E50, boleh layari laman sesawang www.e50.com.my. — The Merdeka Times

Author

Sokong Kami TheMerdekaTimes dengan bantu perjalanan kami di sini

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending