Antarabangsa
Islam secara rasminya agama paling pesat berkembang di dunia
Masyarakat Islam dunia dianggarkan mencapai jumlah 2,006,931,770 sehingga April lalu, lapor laman web Populasi Muslim Global.

- Masyarakat Islam dunia dianggarkan mencapai jumlah 2,006,931,770 sehingga April lalu, lapor laman web Populasi Muslim Global.
- Umat Islam mewakili lebih 25 peratus daripada 8 billion populasi global di mana Islam juga merupakan agama kedua terbesar di dunia selepas agama Kristian.
- Laporan Pusat Penyelidikan Pew pada 2017 menunjukkan umat Islam adalah “kumpulan agama paling pesat berkembang di dunia” yang meramalkan Islam akan mengatasi Kristian sebagai agama terbesar di dunia.
- “Umat Islam akan berkembang lebih dua kali lebih pantas berbanding keseluruhan penduduk dunia antara 2015 dan 2060, dan pada separuh kedua abad ini, berkemungkinan akan mengatasi Kristian sebagai kumpulan agama terbesar di dunia,” kata laporan itu.
Masyarakat Islam dunia dianggarkan mencapai jumlah 2,006,931,770 sehingga April lalu, lapor laman web Populasi Muslim Global.
Menurut laporan Morocco World News (MWN), umat Islam mewakili lebih 25 peratus daripada 8 billion populasi global di mana Islam juga merupakan agama kedua terbesar di dunia selepas agama Kristian.
Islam adalah agama rasmi di 26 negara di seluruh Asia dan Afrika selain merupakan agama paling pesat berkembang di dunia.
Laporan Pusat Penyelidikan Pew pada 2017 menunjukkan umat Islam adalah “kumpulan agama paling pesat berkembang di dunia” yang meramalkan Islam akan mengatasi Kristian sebagai agama terbesar di dunia.
“Umat Islam akan berkembang dua kali lebih pantas berbanding keseluruhan penduduk dunia antara 2015 dan 2060, dan pada separuh kedua abad ini, berkemungkinan akan mengatasi Kristian sebagai kumpulan agama terbesar di dunia,” kata laporan itu.
Laporan itu turut menambah bahawa bayi dilahirkan oleh ibu bapa beragama Islam akan mula melebihi jumlah yang dilahirkan oleh penganut Kristian menjelang tahun 2035.
Dalam pada itu, penduduk dunia juga dijangka meningkat sebanyak 32 peratus dalam beberapa dekad akan datang.
Penduduk Islam dianggarkan akan meningkat sebanyak 70 peratus daripada 1.8 billion pada 2015 kepada hampir 3 billion pada 2060.
Di samping itu, laporan itu turut menjangkakan pertukaran agama akan ‘menghalang’ pertumbuhan agama Kristian sekitar anggaran 72 juta individu antara 2015 dan 2060.
Bagaimanapun, laporan itu mencadangkan pertukaran agama tidak akan mempunyai “kesan bersih negatif” ke atas pertumbuhan penduduk Islam.
“Umat Islam ditemui di setiap rantau di dunia,” kata Populasi Muslim Global menyatakan jumlah tertinggi masyarakat Islam ditemui di rantau Asia-Pasifik.
Indonesia adalah rumah kepada komuniti Islam terbesar di dunia dengan lebih daripada 240,977,000 orang Islam diikuti Pakistan (+230 juta), India (+219 juta), Bangladesh (+156 juta), dan Nigeria (+113 juta), menurut laporan itu.
Sumber: MWN
Antarabangsa
Setiap orang awam dibunuh, 10 pejuang Palestin akan ‘dilahirkan’
Senator Amerika Syarikat (AS), Seth Moulton, yang juga Ahli Demokrat di Kongres AS, mengkritik pendirian tentera Israel mengenai pembunuhan orang awam di wilayah konflik Gaza, Palestin.

- Senator Amerika Syarikat (AS), Seth Moulton, yang juga Ahli Demokrat di Kongres AS, mengkritik pendirian tentera Israel mengenai pembunuhan orang awam di wilayah konflik Gaza, Palestin.
- Ia berkaitan dengan penilaian rejim zionis bahawa mereka “membunuh dua orang awam untuk setiap ahli Hamas”, di mana Moulton menyatakan perkara itu bukanlah sesuatu yang positif.
- Dalam satu temu ramah televisyen, Moulton memetik kajian Jeneral bersara, Stanley McChrystal yang mengatakan bagi setiap orang awam terbunuh, 10 pejuang Palestin akan direkrut.
- “Dengan kiraan itu, Israel setakat ini membunuh 5,000 pengganas (pejuang) Hamas tetapi dalam usaha itu, mereka telah merekrut sekitar 100,000 pengikut baru dan perkara ini buruk buat Israel,” kata Moulton.
- Jurucakap tentera rejim Israel, Jonathan Conricus pada Isnin memberitahu CNN bahawa nisbah dua penduduk awam Palestin dibunuh untuk setiap ahli Hamas satu “nisbah positif” kerana ia membabitkan situasi pertempuran dalam bandar.
Senator Amerika Syarikat (AS), Seth Moulton, yang juga Ahli Demokrat di Kongres AS, mengkritik pendirian tentera Israel mengenai pembunuhan orang awam di wilayah konflik Gaza, Palestin.
Ia berkaitan dengan penilaian rejim zionis bahawa mereka “membunuh dua orang awam untuk setiap ahli Hamas”, di mana Moulton menyatakan perkara itu bukanlah sesuatu yang positif.
Moulton merujuk kepada sayap tentera Hamas iaitu Briged Al-Qassam.
Dalam satu temu ramah televisyen, Moulton memetik kajian Jeneral bersara, Stanley McChrystal yang mengatakan bagi setiap orang awam terbunuh, 10 pejuang Palestin akan direkrut.
“Dengan kiraan itu, Israel setakat ini membunuh 5,000 pengganas (pejuang) Hamas tetapi dalam usaha itu, mereka telah merekrut sekitar 100,000 pengikut baru dan perkara ini buruk buat Israel,” kata Moulton.
Jurucakap tentera rejim Israel, Jonathan Conricus pada Isnin memberitahu CNN bahawa nisbah dua penduduk awam Palestin dibunuh untuk setiap ahli Hamas satu “nisbah positif” kerana ia membabitkan situasi pertempuran dalam bandar.
“Kita tidak terlibat untuk menetapkan nisbah sebegitu, yang pada pendapat saya adalah (sesuatu yang) tidak enak,” kata Jurucakap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Stephane Dujarric dipetik Jordan News, mengkritik jurucakap tentera Israel itu.
Dujarric menekankan fokus PBB adalah untuk mencegah korban awam, walaupun mengakui cabaran-cabaran di Gaza, di mana lebih 16,000 warga Palestin terkorban sejak 7 Oktober lalu. – The Merdeka Times
-
Terkini4 days ago
Kredit e-Madani dilarang pindah atau tebus tunai, akaun boleh disekat
-
Terkini3 days ago
(VIDEO) Tular rakyat Malaysia gesa Kedutaan Israel dibuka di negara ini
-
Antarabangsa2 days ago
Israel akui sukar tewaskan Hamas
-
Antarabangsa2 days ago
(VIDEO) Tentera rejim zionis rogol kanak-kanak lelaki Palestin di Penjara Israel – Bekas pegawai kanan AS