Connect with us

Terkini

Iklan promosi vape ‘Selayang Ku Sayang’ dipasang secara haram – MPS

Iklan vape ‘Selayang Ku Sayang’ di papan iklan elektronik Majlis Perbandaran Selayang (MPS) di Persimpangan Taman Greenwood yang tular di media sosial minggu lalu dinaikkan secara haram tanpa kelulusan pihak berkuasa tempatan (PBT) terbabit.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Iklan promosi vape ‘Selayang Ku Sayang’ dipasang secara haram – MPS
Foto: Iklan vape ‘Selayang Ku Sayang’ di papan iklan elektronik Majlis Perbandaran Selayang (MPS) di Persimpangan Taman Greenwood.
  • Iklan vape ‘Selayang Ku Sayang’ di papan iklan elektronik Majlis Perbandaran Selayang (MPS) di Persimpangan Taman Greenwood yang tular di media sosial minggu lalu dinaikkan secara haram tanpa kelulusan pihak berkuasa tempatan (PBT) terbabit.
  • MPS dalam kenyataannya bertarikh 14 Julai lalu berkata, ini kerana tiada permohonan diterima atau kelulusan diberikan kepada pemilik iklan bagi visual iklan vape di papan elektronik itu.
  • Sehubungan itu, MPS  telah mengarahkan pemilik papan iklan elektronik itu untuk menurunkan visual iklan tersebut dengan serta merta.
  • “Pengiklanan berkaitan minuman keras dan rokok di papan elektronik adalah dilarang sama sekali,” kata MPS dalam kenyataan berhubung iklan vape di papan elektronik di kawasan Selayang itu.
  • The Merdeka Times sebelum ini melaporkan Public Health Malaysia menerusi hantaran di Facebook berkongsi gambar papan iklan didakwa mempromosikan vape di sekitar jalan raya kawasan itu.

KUALA LUMPUR — Iklan vape ‘Selayang Ku Sayang’ di papan iklan elektronik Majlis Perbandaran Selayang (MPS) di Persimpangan Taman Greenwood yang tular di media sosial minggu lalu dinaikkan secara haram tanpa kelulusan pihak berkuasa tempatan (PBT) terbabit.

MPS dalam kenyataannya bertarikh 14 Julai lalu berkata, ini kerana tiada permohonan diterima atau kelulusan diberikan kepada pemilik iklan bagi visual iklan vape di papan elektronik itu.

Sehubungan itu, MPS  telah mengarahkan pemilik papan iklan elektronik itu untuk menurunkan visual iklan tersebut dengan serta merta.

“Ingin ditegaskan juga bahawa sebarang visual iklan perlu mendapat kelulusan terlebih dahulu dengan mematuhi syarat yang ditetapkan termasuk penggunaan bahasa dari Dewan Bahasa dan Pustaka serta pengiklanan berkaitan minuman keras dan rokok di papan elektronik adalah dilarang sama sekali,” kata MPS dalam kenyataan berhubung iklan vape di papan elektronik di kawasan Selayang itu.

The Merdeka Times pada Jumaat lalu melaporkan Public Health Malaysia dalam hantarannya di Facebook berkongsi gambar papan iklan itu yang didakwa mempromosikan vape di sekitar jalan raya Selayang.

Public Health Malaysia yang pernah menyifatkan vape dihalalkan sebagai sejarah hitam dalam kawalan tembakau di Malaysia berkata, promosi vape yang ‘jelik’ itu adalah kesan daripada tiada undang-undang untuk melarang tindakan berkenaan.

Rata-rata netizen mengkritik iklan itu yang disifatkan mempromosi penyakit dan bukan langkah bertamadun selain menuntut penjelasan MPS mengenai kelulusan siaran papan iklan itu. 

MPS menegaskan kegagalan mendapatkan kelulusan bagi paparan iklan seperti insiden itu berisiko dikenakan tindakan undang-undang di bawah UUK 7, Undang-Undang Kecil Iklan (Majlis Perbandaran Selayang) 2007. 

Kenyataan itu berkata tindakan notis untuk menurunkan iklan tanpa kelulusan juga boleh diambil mengikut UUK 21 (1)(c), Undang-Undang Kecil Iklan (Majlis Perbandaran Selayang) 2007.

MPS turut mengingatkan pemilik papan iklan elektronik di bawah pentadbiran MPS untuk mematuhi undang-undang dan peraturan ditetapkan sebelum memaparkan sebarang iklan di papan iklan elektronik. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *