Connect with us

Antarabangsa

Hantaran media sosial pengguna dimanipulasi untuk latih AI

Orang ramai digesa agar lebih berwaspada selepas enjin carian internet, Google mengemas kini polisi privasinya hujung minggu lalu yang akan membolehkan syarikat itu mengumpul dan menganalisis maklumat pengguna internet untuk melatih model kepintaran buatannya (AI), lapor akhbar Metro UK, Selasa lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Hantaran media sosial pengguna dimanipulasi untuk latih AI
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Orang ramai digesa agar lebih berwaspada selepas enjin carian internet, Google mengemas kini polisi privasinya hujung minggu lalu yang akan membolehkan syarikat itu mengumpul dan menganalisis maklumat pengguna internet untuk melatih model kepintaran buatannya (AI), lapor akhbar Metro UK, Selasa lalu.
  • Syarikat gergasi teknologi itu berkata, ia akan menggunakan maklumat dikongsikan orang ramai untuk meningkatkan perkhidmatan dan membangunkan produk janaan AI yang baharu.
  • Pada asasnya, Google telah mengemas kini bahagian polisi privasinya, di mana enjin carian itu menyatakan ia mengumpulkan maklumat tentang orang ramai daripada sumber yang boleh diakses secara umum. 
  • Maklumat itu termasuk yang dikumpulkan menerusi hantaran umum yang dimuat naik pengguna laman media sosial.
  • Syarikat itu telah menggantikan bahagian polisi ‘bahasa’ tersebut dengan polisi ‘melatih model AI Google’ sambil menambah, ia akan digunakan untuk membangunkan produk tambahan seperti Bard dan Cloud AI.
  • Minggu ini, pemilik Twitter, Elon Musk mengehadkan bilangan ciapan yang boleh dibaca oleh pengguna sebagai langkah untuk menyukarkan syarikat AI mengumpul dan memanipulasi data-data dari platform tersebut.

MOUNTAIN VIEW, CALIFORNIA – Orang ramai digesa agar lebih berwaspada selepas enjin carian internet, Google mengemas kini polisi privasinya hujung minggu lalu yang akan membolehkan syarikat itu mengumpul dan menganalisis maklumat pengguna internet untuk melatih model kepintaran buatannya (AI), lapor akhbar Metro UK, Selasa lalu.

Syarikat gergasi teknologi itu berkata, ia akan menggunakan maklumat dikongsikan orang ramai untuk meningkatkan perkhidmatan dan membangunkan produk janaan AI yang baharu.

Pada asasnya, Google telah mengemas kini bahagian polisi privasinya, di mana enjin carian itu menyatakan ia mengumpulkan maklumat tentang orang ramai daripada sumber yang boleh diakses secara umum. 

Maklumat itu termasuk yang dikumpulkan menerusi hantaran umum yang dimuat naik pengguna laman media sosial.

Sebelum ini, polisi itu hanya menyebut tentang penggunaan data untuk melatih bahasa dan ciri-ciri pada fungsi Google Translate.

Namun kini, syarikat itu telah menggantikan bahagian polisi ‘bahasa’ tersebut dengan polisi ‘melatih model AI Google’ sambil menambah, ia akan digunakan untuk membangunkan produk tambahan seperti Bard dan Cloud AI.

Google Bard adalah alat chatbot berkuasa AI yang direka oleh Google untuk mensimulasikan perbualan manusia menggunakan pemprosesan bahasa semula jadi dan pembelajaran mesin.

Selain menambah carian Google, Bard boleh diintegrasikan ke dalam tapak web, platform mesej atau aplikasi untuk memberikan respons bahasa semula jadi yang realistik kepada soalan pengguna.

Sementara itu, Cloud AI pula merupakan satu konsep baharu yang mula dilaksanakan oleh syarikat-syarikat teknologi dengan menggabungkan AI dengan pengkomputeran awan.

Dalam pada itu, Chatbot AI seperti Bard Google, ChatGPT milik syarikat OpenAI dan sistem AI generatif lain mencipta kandungan menggunakan sejumlah besar data yang dimanipulasi daripada internet termasuk yang tersedia secara umum di platform media sosial.

Ancaman dicetuskan AI itu telah menyebabkan beberapa platform media sosial terpaksa mengubah polisi mereka bagi mencegah data pengguna daripada dimanipulasi.

Minggu ini, pemilik Twitter, Elon Musk mengehadkan bilangan ciapan yang boleh dibaca oleh pengguna sebagai langkah untuk menyukarkan syarikat AI mengumpul dan memanipulasi data-data dari platform tersebut.

Elon menyalahkan syarikat AI seperti OpenAI, Microsoft Bing dan Google Bard kerana cuba memanipulasi data untuk melatih model bahasa mereka.

Pada bulan lepas, laman perkongsian pendapat, Reddit turut mengenakan bayaran untuk akses kepada program Application Programming Interface (API) miliknya supaya syarikat AI tidak boleh menggunakannya sebagai ‘alat bantu mengajar percuma’ untuk model bahasanya. 

Sumber: Kosmo

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Penyanyi pro-zionis, Bruno Mars bakal adakan konsert di Malaysia

Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars.
  • Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.
  • Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.
  • “Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disahut peminat zionisnya.
  • Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.
  • Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Berita itu dikongsi penganjur, Live Nation Malaysia, menerusi platform media sosial memaklumkan jualan tiket untuk konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil itu akan dibuka pada Jumaat hadapan.

“Bruno Mars akan datang ke Kuala Lumpur September ini.

“Tidak sabar mahu berkongsi pengalaman persembahan lagu 24K Magic secara langsung,” tulis mereka menerusi platform X.

Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.

“Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disambut peminat zionisnya.

Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.

Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

Pemilik Bluestone Group’s Live Nation Israel, Guy Beser dan Shay Mor Yosef bagaimanapun berjaya membawa bintang itu ke Israel Oktober lalu.

JVP, sebuah organisasi progresif anti-zionis dalam surat terbukanya menyeru Bruno membatalkan konsertnya di negara aparteid tersebut sehingga rakyat Palestin mempunyai kesaksamaan, kebebasan dan keadilan sepenuhnya di tanah asal mereka.

“Kami amat bimbang dengan pengumuman mengenai persembahan anda yang akan datang di Tel Aviv, Israel di Yarkon Park, yang dibina di atas tanah perkampungan Palestin Al-Shaykh Muwannis yang berdepan pembersihan etnik oleh zionis.

“Kami menggesa anda membatalkan persembahan di Israel yang mengamalkan aparteid, sama seperti yang dilakukan semua artis yang beretika di Afrika Selatan semasa aparteid,” tegas JVP.

Bapa Bruno dikatakan berketurunan Yahudi manakala ibunya dari Filipina dan nenek moyangnya pula berketurunan Yahudi Hungary dan Ukraine. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending