Terkini
Gaji minimum RM1,500 cukup untuk bantu pekerja capai simpanan persaraan
Gaji minimum RM1,500 mencukupi untuk membantu pekerja mencapai simpanan RM240,000 menjelang persaraan untuk dibelanjakan selama 20 tahun.

- Gaji minimum RM1,500 mencukupi membantu pekerja mencapai simpanan RM240,000 menjelang persaraan untuk dibelanjakan selama 20 tahun.
- Bercakap kepada Utusan Malaysia, penganalisis ekonomi, Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai berkata, ini kerana pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang menyumbang 2.4 peratus daripada gaji bulanan boleh mempunyai simpanan kira-kira RM200,000 pada usia 55 tahun jika mereka bekerja sejak usia 25 tahun.
- Menurut beliau, ia tidak termasuk kenaikan gaji dan dividen tahunan yang berkonsepkan compounding atau konsep keuntungan atas keuntungan yang membolehkan dividen itu dilaburkan semula sekali gus meningkatkan lagi jumlah simpanan pencarum.
- Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, minimum simpanan yang diperlukan untuk hidup dalam tempoh 20 tahun selepas bersara dengan anggaran perbelanjaan RM1,000 sebulan adalah RM240,000.
PETALING JAYA: Gaji minimum RM1,500 mencukupi untuk membantu pekerja mencapai simpanan RM240,000 menjelang persaraan untuk dibelanjakan selama 20 tahun.
Bercakap kepada Utusan Malaysia, penganalisis ekonomi, Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai berkata, ini kerana pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang menyumbang 2.4 peratus daripada gaji bulanan boleh mempunyai simpanan kira-kira RM200,000 pada usia 55 tahun jika mereka bekerja sejak usia 25 tahun.
Menurut beliau, ia tidak termasuk kenaikan gaji dan dividen tahunan yang berkonsepkan compounding atau konsep keuntungan atas keuntungan yang membolehkan dividen itu dilaburkan semula sekali gus meningkatkan lagi jumlah simpanan pencarum.
“Sebagai contoh gaji RM1,500 dengan kadar 2.4 peratus sebulan, jadi mereka menyumbang RM360 sebulan, setahun sudah RM4,300 dan jika dapat pulangan enam peratus, akhir tahun pertama sudah jadi RM4,600.
“Dengan konsep compounding, RM4,600 ini dalam tempoh 15 tahun boleh jadi kira-kira RM100,000, tetapi ada masa 15 tahun lagi jika mereka mula bekerja dari usia 25 tahun.
“Kalau gaji RM3,000 sebulan, setahun ada RM8,640, dapat dividen enam peratus, akhir tahun pertama sudah RM9,000 dan dalam masa 15 tahun pekerja itu akan ada RM200,000.
“Jika mencarum usia 25, maka usia 40 sudah ada dekat RM200,000 dan kalau terus mencarum, dengan mudah mempunyai baki simpanan lebih semasa bersara,” katanya ketika dihubungi semalam.
Kelmarin media melaporkan, sejumlah 70 peratus daripada 8.7 juta ahli aktif KWSP tidak mempunyai simpanan mencukupi bagi menampung perbelanjaan selepas bersara.
Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, minimum simpanan yang diperlukan untuk hidup dalam tempoh 20 tahun selepas bersara dengan anggaran perbelanjaan RM1,000 sebulan adalah RM240,000.
Namun menurut beliau, setakat Mei 2023 hanya 30 peratus pencarum KWSP yang mencapai simpanan asas mengikut umur 55 tahun iaitu RM240,000.
Barjoyai berkata, pihaknya percaya kebanyakan pencarum boleh mencapai jumlah RM240,000 sekiranya tidak menggunakan simpanan tersebut untuk tujuan lain selain untuk bersara.
Bagaimanapun katanya, kebanyakan penyimpan KWSP pada masa kini menggunakan wang caruman untuk membeli rumah atau melabur dalam amanah saham, maka itu yang menyebabkan kebocoran dalam sistem.
“Gaji RM1,200 kalau pekerja itu tidak usik pun boleh mencapai (simpanan minimum), jadi kena elakkan kebocoran dan kena ada disiplin.
“Tetapi kalau beli rumah itu tidak mengapa sebab pulangan modal ke atas rumah atau kenaikan harga rumah lebih tinggi daripada enam peratus setahun (dividen KWSP), jadi lebih baik laburkan kepada rumah daripada terus simpan di KWSP.
“Cuma, kalau melabur amanah saham itu risiko besar sebab statistik menunjukkan semua orang yang mengeluarkan caruman dan melabur di amanah saham, semua rugi dan tidak masuk semula di KWSP,” katanya.
Pada masa sama, Barjoyai berkata, pencarum yang sudah mencapai umur persaraan disyorkan untuk terus menyimpan di KWSP dengan mengeluarkan caruman secara berkala atau bulanan.
Katanya, ini kerana langkah itu membantu pencarum mendapat dividen daripada jumlah simpanan terkumpul kerana wang simpanan masih kekal.
“Misalnya kalau kita bersara dan ada RM250,000 dan dividen tahunan lebih kurang enam peratus, jadi dividen sahaja dapat RM15,000 dan jika dibahagikan dengan 12 bulan, dapat RM1,250.
“Jadi simpanan RM250,000 masih kekal dan setiap tahun dapat pulangan yang boleh digunakan untuk tampung perbelanjaan manakala simpanan pula untuk tunaikan ibadah haji atau kecemasan,” katanya.
Sumber: Utusan Malaysia
Terkini
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

- Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu di mana hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
- Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
- Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
- Tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
- Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.
Marang: Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.
Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya dia gagal membayar denda berkenaan.
Bagaimanapun, hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 8(1)(i) akta yang sama.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Superintendan Othman Ibrahim, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).
Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki menggantung dan mengibar bendera Israel di sebuah premis sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.
Turut tular di media sosial beberapa keping gambar menunjukkan bendera rejim Zionis itu digantung dengan tertuduh turut memiliki rekod lampau berkaitan kes dadah.
Tertuduh kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan dadah mengikut Seksyen 39C ADB 1952 yang bermula sebulan lalu serta turut dikenakan satu sebatan.
Sumber: Harian Metro
-
Terkini2 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini2 days ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini4 days ago
(VIDEO) Wee Ka Siong terkejut ‘dimarahi’ Menteri Pendidikan di Dewan Rakyat
-
Antarabangsa3 days ago
PBB siasat, rayu bukti dakwaan keganasan seksual oleh Hamas