Connect with us

Terkini

DUN Melaka lulus Akta Anti Lompat Parti

Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka hari ini meluluskan Akta Anti Lompat Parti yang dinamakan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan Negeri Melaka (Pindaan) 2023.

Wartawan TMT

Published

on

DUN Melaka lulus Akta Anti Lompat Parti
Foto: Bangunan Dewan Undangan Negeri di Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka.
  • Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka hari ini meluluskan Akta Anti Lompat Parti yang dinamakan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan Negeri Melaka (Pindaan) 2023.
  • Usul mengenai akta berkenaan dibentangkan Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dengan menetapkan setiap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang keluar daripada parti disertainya ketika pilihan raya, perlu mengosongkan kerusi dimenangi mereka.
  • Pada pindaan terbabit, ADUN berkenaan boleh menyertai pilihan raya berbanding sebelum ini yang menetapkan mereka menunggu selama lima tahun untuk membolehkan beliau bertanding semula dalam pilihan raya.
  • Ab Rauf berkata, pindaan dalam Perlembagaan Negeri Melaka itu membabitkan beberapa perkara baharu termasuk pertukaran parti politik oleh ADUN yang layak mengikut Perkara 12, disenaraikan dalam Perkara 13A bahawa mereka akan kehilangan kelayakan sebagai ahli Dewan.
  • Perkara 13A dalam Perlembagaan Negeri Melaka (Pindaan) 2023 juga memperuntukkan apabila seseorang ADUN hendaklah terhenti daripada jawatan itu dan kerusinya hendaklah dikosongkan sebaik sahaja satu tarikh kekosongan luar jangka disahkan oleh Speaker DUN di bawah Fasal (3).

AYER KEROH: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka hari ini meluluskan Akta Anti Lompat Parti yang dinamakan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan Negeri Melaka (Pindaan) 2023.

Usul mengenai akta berkenaan dibentangkan Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dengan menetapkan setiap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang keluar daripada parti disertainya ketika pilihan raya, perlu mengosongkan kerusi dimenangi mereka.

Bagaimanapun, pada pindaan terbabit, ADUN berkenaan boleh menyertai pilihan raya berbanding sebelum ini yang menetapkan mereka menunggu selama lima tahun untuk membolehkan beliau bertanding semula dalam pilihan raya.

Ab Rauf berkata, pindaan dalam Perlembagaan Negeri Melaka itu membabitkan beberapa perkara baharu termasuk pertukaran parti politik oleh ADUN yang layak mengikut Perkara 12, disenaraikan dalam Perkara 13A bahawa mereka akan kehilangan kelayakan sebagai ahli Dewan.

Beliau berkata, Perkara 13A dalam Perlembagaan Negeri Melaka (Pindaan) 2023 juga memperuntukkan apabila seseorang ADUN hendaklah terhenti daripada jawatan itu dan kerusinya hendaklah dikosongkan sebaik sahaja satu tarikh kekosongan luar jangka disahkan oleh Speaker DUN di bawah Fasal (3).

Katanya, perkara yang sama juga terpakai bagi calon BEBAS yang dipilih sebagai ADUN, menyertai suatu parti politik.

“Mana-mana ADUN yang melepaskan keahliannya, boleh untuk bertanding semula dalam pilihan raya pada bila-bila masa selepas dia melepaskan keahliannya sebagai ADUN.

“Tiada sebarang implikasi kewangan yang diperlukan bagi tujuan pindaan Enakmen ini,” katanya ketika membentangkan usul pada Persidangan Kedua Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka ke-15 di Seri Negeri, di sini hari ini.

Usul berkenaan kemudiannya mendapatkan sokongan semua ADUN yang hadir, termasuk dua wakil pembangkang.

Ab Rauf berkata, selepas pindaan ini dikuatkuasakan, mana-mana ADUN yang melompat parti menyebabkan terlucut jawatannya sebagai ADUN, tidak lagi disekat untuk bertanding semula dalam pilihan raya.

“Kerajaan negeri turut mengambil langkah untuk meminda Perlembagaan Negeri Melaka bagi menyelaraskan undang-undang Negeri Melaka dengan undang-undang di peringkat Persekutuan. Ini juga bagi membawa dimensi baharu dalam politik tanah air kita.

“Serentak itu, Kerajaan Negeri melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) meluluskan cadangan Pindaan Perkara 6 dan 7A Perlembagaan Negeri Melaka berkenaan dan kuat kuasa undang-undang antilompat parti pada 14 Jun lalu.

“Pada 5 Julai pula, Jawatankuasa Perlembagaan Negeri meluluskan cadangan bagi pindaan Perkara 6 dan 7A Perlembagaan Negeri Melaka dan draf RUU Perlembagaan Negeri Melaka (Pindaan) 2023,” katanya.

Sumber: Buletin TV3

Author

Terkini

Tidak boleh tolak permohonan pasport kerana pemohon gagal kuasai bahasa Melayu – KP Imigresen

Pegawai imigresen tidak dibenarkan untuk menolak sebarang permohonan pasport hanya kerana pelanggan gagal menguasai bahasa kebangsaan, menurut Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh bagaimanapun berkata dalam melaksanakan tanggungjawab, pegawai-pegawai imigresen akan melakukan semakan rawak dari pelbagai aspek bagi mengesahkan permohonan.
  • Menurutnya, semakan itu perlu dilakukan secara profesional dan berhemah.
  • “Jabatan Imigresen komited dalam memberikan perkhidmatan yang baik kepada pelanggan dan sentiasa mengingatkan semua pegawai menyantuni pelanggan mengikut prosedur operasi standard ditetapkan jabatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
  • Satu hantaran menerusi Facebook sebelum ini tular, mengenai kekecewaan seorang lelaki tidak dapat memperbaharui pasport ibunya kerana tidak boleh berbahasa Melayu di UTC Pulau Pinang.

PUTRAJAYA — Pegawai imigresen tidak dibenarkan untuk menolak sebarang permohonan pasport hanya kerana pelanggan gagal menguasai bahasa kebangsaan, menurut Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh.

Bagaimanapun, beliau berkata dalam melaksanakan tanggungjawab, pegawai-pegawai imigresen akan melakukan semakan rawak dari pelbagai aspek bagi mengesahkan permohonan.

Namun, menurutnya semakan itu perlu dilakukan secara profesional dan berhemah.

“Jabatan Imigresen komited dalam memberikan perkhidmatan yang baik kepada pelanggan dan sentiasa mengingatkan semua pegawai untuk menyantuni pelanggan mengikut prosedur operasi standard ditetapkan jabatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, tular satu hantaran menerusi laman Facebook mengenai kekecewaan seorang lelaki tidak dapat memperbaharui pasport ibunya kerana tidak boleh berbahasa Melayu di UTC Pulau Pinang.

Ruslin memaklumkan pelanggan berkenaan telah dapat memperbaharui pasport dan mengambilnya di Pejabat UTC Pulau Pinang pada Isnin lalu. — BERNAMA

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending