Antarabangsa
Denmark akan letak had protes babitkan pembakaran al-Quran
Kerajaan Denmark semalam berkata pihaknya akan meletakkan had undang-undang untuk menghentikan demonstrasi melibatkan pembakaran kitab suci al-Quran dalam keadaan tertentu atas faktor kebimbangan keselamatan.
- Kerajaan Denmark semalam berkata pihaknya akan meletakkan had undang-undang untuk menghentikan demonstrasi melibatkan pembakaran kitab suci al-Quran dalam keadaan tertentu atas faktor kebimbangan keselamatan.
- Menurut laporan WION, tindakan itu dibuat selepas menerima kecaman global berhubung protes membabitkan insiden pembakaran dan mencemarkan al-Quran di Denmark dan Sweden.
- “Pembakaran itu amat menyinggung perasaan dan ia merupakan tindakan melulu dilakukan segelintir individu. Segelintir individu ini tidak mewakili nilai dibina masyarakat Denmark,” kata Menteri Luar Denmark, Lars Lokke Rasmussen dalam kenyataan berasingan.
- Ia mengakui protes yang dibenarkan di Denmark kini “dilihat sebagai sebuah negara memudahkan penghinaan dan merendahkan budaya, agama dan tradisi negara lain”.
Kerajaan Denmark semalam berkata pihaknya akan meletakkan had undang-undang untuk menghentikan demonstrasi melibatkan pembakaran kitab suci al-Quran dalam keadaan tertentu atas faktor kebimbangan keselamatan.
Menurut laporan WION, tindakan itu dibuat selepas menerima kecaman global berhubung protes membabitkan insiden pembakaran dan mencemarkan al-Quran di Denmark dan Sweden.
“Pembakaran itu amat menyinggung perasaan dan ia merupakan tindakan melulu dilakukan segelintir individu. Segelintir individu ini tidak mewakili nilai dibina masyarakat Denmark,” kata Menteri Luar Denmark, Lars Lokke Rasmussen dalam kenyataan berasingan.
“Kerajaan Denmark akan mencari kemungkinan campur tangan dalam situasi istimewa, misalnya negara, budaya dan agama lain dihina di mana ia boleh membawa kesan negatif ketara kepada Denmark dan tidak kurang dari segi keselamatan,” kata Lars.
“Ini sudah tentu mesti dilakukan dalam rangka kebebasan bersuara dilindungi perlembagaan dan dengan cara tidak mengubah hakikat bahawa kebebasan bersuara di Denmark mempunyai skop sangat luas,” kata Kerajaan Denmark dalam kenyataan kementerian luarnya.
Beberapa insiden melibatkan penodaan naskhah al-Quran itu juga meningkatkan ketegangan diplomatik di seluruh Timur Tengah dan dua negara Nordik itu.
Kerajaan Denmark menyatakan protes “mencapai tahap di mana Denmark, di banyak bahagian dunia merentasi benua, dilihat sebagai sebuah negara yang memudahkan penghinaan dan merendahkan budaya, agama dan tradisi negara lain”.
Ia menambah “tujuan utama” beberapa tindakan itu adalah untuk mencetuskan provokasi dan “boleh mendatangkan akibat ketara”.
Sumber: WION