Terkini
Dadah boleh berpindah ke bayi menerusi susu ibu
Dadah seperti amphetamine dan methamphetamine boleh berpindah dari badan ibu kepada bayi melalui susu ibu.
- Dadah seperti amphetamine dan methamphetamine boleh berpindah dari badan ibu kepada bayi melalui susu ibu.
- Pegawai Perubatan Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Ahmad Samhan Awang berkata sekiranya seorang ibu itu mengambil dadah dan didapati positif, maka bayi yang masih menyusu badan pun berisiko positif dadah.
- Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas insiden membabit bayi berusia setahun 10 bulan yang didapati positif dadah ketika menerima rawatan di Hospital Taiping pada Selasa lalu.
- Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid sebelum ini dilaporkan berkata pegawai perubatan hospital berkenaan memaklumkan kepada beliau bahawa bayi itu positif dadah amphetamine dan methamphetamine, manakala ibu bayi itu didapati positif dadah jenis methamphetamine.
KUALA LUMPUR – Dadah seperti amphetamine dan methamphetamine boleh berpindah dari badan ibu kepada bayi melalui susu ibu.
Pegawai Perubatan Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Ahmad Samhan Awang berkata sekiranya seorang ibu itu mengambil dadah dan didapati positif, maka bayi yang masih menyusu badan pun berisiko positif dadah.
“Ada kemungkinan ibu sebenarnya telah mengambil kedua-dua dadah iaitu amphetamine dan methamphetamine. Sebab itu bayi positif amphetamine dan methamphetamine.
“Tetapi kenapa ibu hanya positif methamphine saja? Ada kemungkinan amphetamine dalam badan ibu sudah terkumuh dari badan ibu dan menyebabkan keputusan jadi negatif,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times pada Jumaat.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas insiden membabit bayi berusia setahun 10 bulan yang didapati positif dadah ketika menerima rawatan di Hospital Taiping pada Selasa lalu.
Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid sebelum ini dilaporkan berkata pegawai perubatan hospital berkenaan memaklumkan kepada beliau bahawa bayi itu positif dadah amphetamine dan methamphetamine, manakala ibu bayi itu didapati positif dadah jenis methamphetamine.
Mengulas lanjut, Dr Samhan berkata dadah jenis amphetamine dan methamphetamine boleh memberi kesan kepada sistem saraf pusat.
Beliau berkata antara risiko boleh berlaku terhadap bayi sekiranya terdedah dengan dadah dalam jangka masa panjang adalah perkembangan tumbesaran lambat seperti sukar berjalan, susah bercakap (delayed speech) dan kemampuan kognitif lemah.
Katanya, dadah turut memberi kesan terhadap gangguan saraf seperti kerosakan saraf kekal pada sel saraf dan otak selain gangguan tidur seperti insomnia dan gangguan perilaku iaitu hiperaktif juga anxiety (kecelaruan keresahan).
Dalam perkembangan lain, ibu kepada bayi perempuan yang dikesan positif dadah dibebaskan dengan jaminan polis pada Khamis lalu.
Razlam berkata jaminan diberikan kepada wanita berusia 22 tahun itu atas faktor anaknya yang masih memerlukan penjagaan ibu. –The Merdeka Times
Terkini
Bertenang, warga Palestin tetamu kita – Menteri Agama
Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.
- Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.
- Menteri Agama, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata orang ramai tidak sepatutnya membuat penilaian hanya berdasarkan tindakan segelintir individu sahaja.
- “Mereka (rakyat Palestin) adalah tetamu kita dan kita perlu memberi ruang kepada mereka untuk bertenang.
- “Kita perlu memahami rakyat Palestin tertekan dengan keadaan di negara mereka. Keberadaan mereka di sini tanpa keluarga boleh menyebabkan mereka berasa tidak tenang,” katanya dipetik media tempatan selepas merasmikan Majlis Pengisytiharan Diri Solat Jumaat pertama Masjid Az-Zahrawi Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.
- Terdahulu, tular di media sosial sekumpulan warga Palestin membuat kekecohan di Wisma Transit Kuala Lumpur sehingga menyebabkan kerosakan terhadap beberapa barangan di premis itu.
- Kumpulan itu dilaporkan tidak berpuas hati dengan tindakan pasukan keselamatan yang tidak membenarkan salah seorang daripada mereka untuk menginap di luar pusat berkenaan.
KUALA LUMPUR – Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata orang ramai tidak sepatutnya membuat penilaian hanya berdasarkan tindakan segelintir individu sahaja.
“Mereka (rakyat Palestin) adalah tetamu kita dan kita perlu memberi ruang kepada mereka untuk bertenang.
“Kita perlu memahami rakyat Palestin tertekan dengan keadaan di negara mereka. Keberadaan mereka di sini tanpa keluarga boleh menyebabkan mereka berasa tidak tenang,” katanya dipetik media tempatan selepas merasmikan Majlis Pengisytiharan Diri Solat Jumaat pertama Masjid Az-Zahrawi Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.
Mohd Na’im turut mengajak semua rakyat berdoa supaya rakyat Palestin diberikan kekuatan, kesabaran dan ketenangan.
Katanya, kerajaan akan terus berusaha dan memberi perhatian khusus terhadap perkara itu supaya insiden sedemikian tidak berulang.
Terdahulu, tular di media sosial tindakan sekumpulan warga Palestin membuat kekecohan di Wisma Transit Kuala Lumpur sehingga menyebabkan kerosakan terhadap beberapa barangan di premis itu.
Kumpulan itu dilaporkan tidak berpuas hati dengan tindakan anggota pasukan keselamatan yang tidak membenarkan salah seorang daripada mereka untuk menginap di luar pusat berkenaan. — The Merdeka Times
-
Antarabangsa3 days ago
Arab Saudi, Qatar, UAE, Bahrain dan Kuwait tidak benar AS guna pangkalan udara serang Iran
-
Terkini3 days ago
(VIDEO) Saham MAHB: BlackRock sah miliki GIP – ARMADA BERSATU
-
Antarabangsa3 days ago
(VIDEO) Profesor Iran ‘sekolahkan’ wartawan Sky News
-
Antarabangsa3 days ago
Hentikan sekatan ke atas Afghanistan – Menteri Luar Russia