Antarabangsa
China haramkan import makanan Jepun
Kastam China mengharamkan import makanan dari 10 wilayah Jepun berikutan rancangan Tokyo untuk melepaskan air sisa nuklear yang dirawat ke lautan.

- Kastam China mengharamkan import makanan dari 10 wilayah Jepun berikutan rancangan Tokyo untuk melepaskan air sisa nuklear yang dirawat ke lautan.
- Penyaluran air terkumpul Jepun, yang dirancang selama beberapa dekad, dari kemudahan nuklear Fukushima yang musnah itu sudah diluluskan oleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) sebagai memenuhi piawaian global.
- Kementerian Luar China semalam berkata laporan IAEA tidak boleh digunakan sebagai ‘lampu hijau’ bagi pelan pelepasan air dengan memberi amaran mengenai risiko yang tidak diketahui kepada kesihatan manusia.
- Pihak berkuasa kastam China berkata pihaknya akan mengharamkan import bahan makanan dari sepuluh wilayah Jepun termasuk Fukushima kerana kebimbangan keselamatan serta menjalankan ujian radiasi yang ketat pada makanan dari seluruh Jepun.
- “Kastam China akan mengekalkan tahap kewaspadaan yang tinggi,” kata pihak berkuasa dalam satu kenyataan di aplikasi WeChat, tanpa menyatakan senarai wilayah Jepun yang terjejas oleh larangan itu.
BEIJING – Kastam China mengharamkan import makanan dari 10 wilayah Jepun berikutan rancangan Tokyo untuk melepaskan air sisa nuklear yang dirawat ke lautan.
Penyaluran air terkumpul Jepun, yang dirancang selama beberapa dekad, dari kemudahan nuklear Fukushima yang musnah itu sudah diluluskan oleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) sebagai memenuhi piawaian global.
Pelepasan itu dijangka bermula pada musim panas ini tetapi ditentang beberapa jiran serantau termasuk Beijing yang secara lantang mengecam rancangan itu terutama dalam kalangan komuniti nelayan yang takut pelanggan enggan membeli tangkapan mereka.
Kementerian Luar China semalam berkata laporan IAEA tidak boleh digunakan sebagai ‘lampu hijau’ bagi pelan pelepasan air dengan memberi amaran mengenai risiko yang tidak diketahui kepada kesihatan manusia.
Pihak berkuasa kastam China berkata pihaknya akan mengharamkan import bahan makanan dari sepuluh wilayah Jepun termasuk Fukushima kerana kebimbangan keselamatan serta menjalankan ujian radiasi yang ketat pada makanan dari seluruh Jepun.
“Kastam China akan mengekalkan tahap kewaspadaan yang tinggi,” kata pihak berkuasa dalam satu kenyataan di aplikasi WeChat, tanpa menyatakan senarai wilayah Jepun yang terjejas oleh larangan itu.
Kira-kira 1.33 juta meter padu air bawah tanah, air hujan dan air yang digunakan untuk penyejukan sudah dikumpulkan di tapak Fukushima yang sedang ditamatkan operasi selepas beberapa reaktor mengalami keruntuhan susulan tsunami 2011 yang merosakkan loji itu dengan teruk.
Operator loji TEPCO merawat air melalui sistem pemprosesan ALPS bagi membuang hampir semua unsur radioaktif kecuali tritium dan merancang untuk mencairkannya sebelum membuangnya ke lautan secara beransur-ansur selama beberapa dekad.
China hari ini turut memaklumkan Jepun masih mempunyai banyak masalah dari segi kesahihan lambakan lautan, kebolehpercayaan peralatan pembersihan serta kesempurnaan rancangan pemantauan. – AFP
Sumber: Utusan Malaysia
Antarabangsa
AS hantar 15,000 bom, 57,000 peluru meriam kepada rejim penjajah zionis Israel
Sejak 7 Oktober, Amerika Syarikat (AS) menghantar ribuan senjata dan artileri kepada negara sekutunya Israel dalam menentang Hamas.

- Sejak 7 Oktober, Amerika Syarikat (AS) menghantar ribuan senjata dan artileri kepada negara sekutunya Israel dalam menentang Hamas.
- Menurut Wall Street Journal, kemasukan senjata itu termasuk 15,000 bom dan 57,000 peluru meriam, yang dibawa pesawat kargo tentera C-17 sejurus selepas permulaan konflik di Semenanjung Gaza dan berterusan sejak beberapa hari lalu, kata laporan eksklusif itu, memetik sumber pegawai AS.
- Senarai senjata api yang dihantar AS kepada Israel, terdiri daripada lebih 5,400 bom MK84, 5,000 bom MK82 tidak berpandu, 1,000 bom berdiameter kecil GBU-39 dan 3,000 JDAM yang menukar bom tidak berpandu kepada peluru berpandu tepat, katanya.
Gaza: Sejak 7 Oktober, Amerika Syarikat (AS) menghantar ribuan senjata dan artileri kepada negara sekutunya Israel dalam menentang Hamas.
Menurut Wall Street Journal, kemasukan senjata itu termasuk 15,000 bom dan 57,000 peluru meriam, yang dibawa pesawat kargo tentera C-17 sejurus selepas permulaan konflik di Semenanjung Gaza dan berterusan sejak beberapa hari lalu, kata laporan eksklusif itu, memetik sumber pegawai AS.
“AS sebelum ini tidak mendedahkan jumlah senjata dihantar ke Israel mahupun pemindahan 100 BLU-109, 2,000 paun bom bunker-buster,” katanya.
Bom bunker-buster terkenal dengan keupayaannya menembusi jauh ke dalam struktur yang padat sebelum meletup.
Senarai senjata api yang dihantar AS kepada Israel, terdiri daripada lebih 5,400 bom MK84, 5,000 bom MK82 tidak berpandu, 1,000 bom berdiameter kecil GBU-39 dan 3,000 JDAM yang menukar bom tidak berpandu kepada peluru berpandu tepat, katanya.
Tentera Israel meneruskan pengeboman di Semenanjung Gaza awal Jumaat selepas mengisytiharkan penamatan jeda kemanusiaan selama seminggu.
Sekurang-kurangnya 193 rakyat Palestin terbunuh dan 652 cedera dalam serangan udara itu, menurut Kementerian Kesihatan Gaza.
Sejak 7 Oktober, lebih 15,000 rakyat Palestin, kebanyakannya kanak-kanak dan wanita terbunuh dalam serangan kejam Israel, sebagai membalas serangan mengejut Hamas.
Sumber: Harian Metro
-
Terkini3 days ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini3 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini3 days ago
Peguam bidas Justice For Sisters kecam penubuhan pusat pemulihan LGBT di Johor
-
Antarabangsa4 days ago
PBB siasat, rayu bukti dakwaan keganasan seksual oleh Hamas