Connect with us

Antarabangsa

Cadangan penempatan pasukan pengaman ditolak Kementerian Luar Sudan

Kementerian Luar Sudan menolak cadangan Pihak Berkuasa Antara Kerajaan Mengenai Pembangunan (IGAD) untuk menempatkan pasukan pengaman di negara itu bagi menghentikan pertempuran antara tentera Sudan dan pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF).

Wartawan TMT

Published

on

Cadangan penempatan pasukan pengaman ditolak Kementerian Luar Sudan
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kementerian Luar Sudan menolak cadangan Pihak Berkuasa Antara Kerajaan Mengenai Pembangunan (IGAD) untuk menempatkan pasukan pengaman di negara itu bagi menghentikan pertempuran antara tentera Sudan dan pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF).
  • Dalam satu kenyataan pada Selasa, kementerian itu mengecam sebarang percubaan untuk mengerahkan pasukan pengaman di Sudan dan memberi amaran bahawa tindakan itu dianggap sebagai menceroboh.
  • “Kenyataan akhir Kuartet (IGAD) (di sidang kemuncak IGAD di Addis Ababa) untuk mempertimbangkan kemungkinan mengerahkan pasukan pengaman melindungi orang awam dan memastikan aliran bantuan kemanusiaan.
  • “Dalam hal ini, kerajaan Sudan menegaskan bahawa bantuan kemanusiaan yang disediakan oleh badan antarabangsa telah disalurkan dan sampai kepada mereka yang memerlukan dan kerajaan Sudan tetap berusaha untuk meringankan penderitaan rakyat dan mengatasi semua kekangan dalam hal ini.
  • “Dengan ini kerajaan Sudan mengesahkan enggan menerima penempatan mana-mana tentera asing ke Sudan dan akan menganggap mereka sebagai penceroboh,” menurut kementerian itu, lapor Agensi Anadolu.

KHARTOUM – Kementerian Luar Sudan menolak cadangan Pihak Berkuasa Antara Kerajaan Mengenai Pembangunan (IGAD) untuk menempatkan pasukan pengaman di negara itu bagi menghentikan pertempuran antara tentera Sudan dan pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF).

Dalam satu kenyataan pada Selasa, kementerian itu mengecam sebarang percubaan untuk mengerahkan pasukan pengaman di Sudan dan memberi amaran bahawa tindakan itu dianggap sebagai menceroboh.

“Kenyataan akhir Kuartet (IGAD) (di sidang kemuncak IGAD di Addis Ababa) untuk mempertimbangkan kemungkinan mengerahkan pasukan pengaman melindungi orang awam dan memastikan aliran bantuan kemanusiaan.

“Dalam hal ini, kerajaan Sudan menegaskan bahawa bantuan kemanusiaan yang disediakan oleh badan antarabangsa telah disalurkan dan sampai kepada mereka yang memerlukan dan kerajaan Sudan tetap berusaha untuk meringankan penderitaan rakyat dan mengatasi semua kekangan dalam hal ini.

“Dengan ini kerajaan Sudan mengesahkan enggan menerima penempatan mana-mana tentera asing ke Sudan dan akan menganggap mereka sebagai penceroboh,” menurut kementerian itu, lapor Agensi Anadolu.

Kenyataan itu turut menyelar ucapan Presiden Kenya William Ruto dan Perdana Menteri Ethiopia Abiy Ahmed pada sidang kemuncak IGAD yang menggesa penempatan tentera serta mengisi jurang keselamatan dan kepimpinan di Sudan akibat pertempuran yang berterusan.

“Kehadiran delegasi Sudan ke Addis Ababa sebelum permulaan mesyuarat dan hubungannya terlebih dahulu dengan penganjur mesyuarat mengesahkan hasrat Sudan untuk melibatkan diri dalam mencari penyelesaian kepada krisis semasa. Apa yang dinyatakan dalam kenyataan akhir Kuartet mengenai ketiadaan delegasi kami adalah tidak tepat dan tidak realistik.

“Demi kredibiliti, dijangkakan kenyataan Kuartet menunjukkan bahawa tiada penyertaan delegasi kerajaan Sudan adalah disebabkan oleh bantahan yang jelas terhadap jawatan presiden Kuartet Presiden William Ruto,” menurut kementerian itu.  

Sumber: Buletin TV3

Author

Antarabangsa

Derita ekonomi perang Gaza, Samsung Next tarik diri dari Israel

Samsung Next menutup operasinya di Israel dan mengalihkan aktivitinya ke luar negara kerana kemerosotan ekonomi dialami Israel akibat peperangan berterusan ke atas Gaza, lapor The New Arab.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Samsung Next menutup operasinya di Israel dan mengalihkan aktivitinya ke luar negara kerana kemerosotan ekonomi dialami Israel akibat peperangan berterusan ke atas Gaza, lapor The New Arab.
  • Firma yang merupakan inovasi cawangan syarikat Korea Samsung mengumumkan kepada kakitangannya bahawa ia akan menutup operasinya di hab teknologi serantau, Tel Aviv.
  • “Keputusannya, walaupun sukar, tidak mengurangkan pencapaian yang telah kami capai bersama selama hampir sedekad,” termasuk melabur dalam 70 syarikat dan syarikat pemula Israel, demikian kandungan e-mel dipetik penerbitan teknologi Israel CTech dalam laporan The New Arab pada 12 April lalu.
  • Pejabat Amerika Syarikat akan mengambil alih pelanggan dan pelaburan serantau syarikat dalam proses yang dijangka bermula menjelang musim luruh dan menyediakan sumber serta nasihat kepada pasukan itu, kata e-mel itu.
  • Ia berlaku selepas kesukaran ekonomi Israel sejak serangan 7 Oktober tahun lalu dan peperangan ke atas Gaza, termasuk dalam sektor teknologi.

Samsung Next menutup operasinya di Israel dan mengalihkan aktivitinya ke luar negara kerana kemerosotan ekonomi dialami Israel akibat peperangan berterusan ke atas Gaza, lapor The New Arab.

Firma yang merupakan inovasi cawangan syarikat Korea Samsung mengumumkan kepada kakitangannya bahawa ia akan menutup operasinya di hab teknologi serantau, Tel Aviv.

“Keputusannya, walaupun sukar, tidak mengurangkan pencapaian yang telah kami capai bersama selama hampir sedekad,” termasuk melabur dalam 70 syarikat dan syarikat pemula Israel, demikian kandungan e-mel dipetik penerbitan teknologi Israel CTech dalam laporan The New Arab pada 12 April lalu.

Pejabat Amerika Syarikat akan mengambil alih pelanggan dan pelaburan serantau syarikat dalam proses yang dijangka bermula menjelang musim luruh dan menyediakan sumber serta nasihat kepada pasukan itu, kata e-mel itu.

Ia berlaku selepas kesukaran ekonomi Israel sejak serangan 7 Oktober tahun lalu dan peperangan ke atas Gaza, termasuk dalam sektor teknologi.

Amaran berkenaan pertumbuhan Israel melarat sejak permulaan serangannya ke atas Gaza dengan penguncupan ekonomi hampir 20 peratus dalam tempoh suku terakhir 2023.

Industri pelancongan Israel juga dilaporkan terjejas disebabkan peperangan itu. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending