Terkini
Bekas ADUN dipercayai kahwin sejenis bukan lagi mewakili DAP – Chong Eng
Kerajaan Perpaduan tidak sesekali menyokong serta mengiktiraf golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di negara ini.

- Kerajaan Perpaduan tidak sesekali menyokong serta mengiktiraf golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di negara ini.
- Sehubungan itu, tindakan pihak yang menggunakan isu perkahwinan sejenis dipercayai bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Balik Pulau yang tular di media sosial kononnya disokong kerajaan adalah tidak berasas.
- Pengerusi Jawatankuasa Wanita, Pembangunan Keluarga, Keterangkuman Gender dan Agama Selain Islam Pulau Pinang, Chong Eng, berkata beliau sedar bahawa ada pihak yang sedang menggunakan isu itu sebagai modal politik yang ia patut dihentikan.
- Beliau ditemui pemberita selepas Majlis Pelancaran Rapat Umum Wanita Bangkit di Tapak Ekspo Seberang Jaya, yang turut dihadiri Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, di sini hari ini.
BUTTERWORTH: Kerajaan Perpaduan tidak sesekali menyokong serta mengiktiraf golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di negara ini.
Sehubungan itu, tindakan pihak yang menggunakan isu perkahwinan sejenis dipercayai bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Balik Pulau yang tular di media sosial kononnya disokong kerajaan adalah tidak berasas.
Pengerusi Jawatankuasa Wanita, Pembangunan Keluarga, Keterangkuman Gender dan Agama Selain Islam Pulau Pinang, Chong Eng, berkata beliau sedar bahawa ada pihak yang sedang menggunakan isu itu sebagai modal politik yang ia patut dihentikan.
“Untuk makluman, bekas ADUN itu difahamkan berada di Amerika Syarikat (AS) selepas lama meninggalkan Malaysia yang beliau tidak lagi mewakili DAP selepas berundur dari politik.
“Kita juga tidak mengetahui apa-apa (perkara peribadi) yang dilakukan dia (bekas ADUN terbabit) selepas pergi ke negara itu.
“Ingin saya tegaskan bahawa kerajaan sekarang juga tidak menyokong LGBT dan janganlah guna isu ini sebagai modal politik,” katanya ketika diminta mengulas berhubung perkahwinan sejenis membabitkan dua wanita yang didakwa berlaku di sebuah premis di Balik Pulau, baru-baru ini.
Beliau ditemui pemberita selepas Majlis Pelancaran Rapat Umum Wanita Bangkit di Tapak Ekspo Seberang Jaya, yang turut dihadiri Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, di sini hari ini.
Eng yang juga Ketua Wanita DAP berkata, kerajaan negeri komited dalam memperkasakan agenda wanita terutamanya dalam menjaga maruah wanita, menghapuskan keganasan terhadap wanita, menghentikan gangguan seksual dan perkahwinan di bawah umur.
“Kita akan terus membawa agenda wanita ini selepas gabungan Pakatan Harapan (PH) menerajui Pulau Pinang untuk penggal seterusnya apabila menang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kelak,” katanya.
Baru-baru ini, tular di media sosial perkahwinan sejenis memaparkan dua wanita membabitkan warga tempatan dan luar negara bercumbu di sebuah premis inap desa persendirian di Balik Pulau.
Menerusi hantaran tular itu, perkahwinan terbabit dikatakan berlangsung bulan lalu dan dihadiri ahli keluarga serta teman rapat.
Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman, dilaporkan berkata pihaknya akan menjalankan siasatan berhubung dakwaan berkenaan.
Tegasnya, tindakan akan diambil mengikut undang-undang berikutan negara ini melarang LGBT.
Sumber: Berita Harian
Terkini
Kredit e-Madani dilarang pindah atau tebus tunai, akaun boleh disekat
Kerajaan menegaskan nilai kredit eMADANI tidak boleh digunakan bagi pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai.

- Kerajaan menegaskan nilai kredit eMadani tidak boleh digunakan bagi pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai.
- Sebaliknya, Kementerian Kewangan (MOF) berkata, ia hanya boleh digunakan untuk pembelian secara fizikal melalui e-dompet yang terlibat iaitu MAE, Setel, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet atau QR DuitNow di 1.8 juta peruncit atau perniagaan di seluruh negara.
- “Ini bagi mengelakkan penerima manfaat eMADANI daripada menjadi mangsa penipuan‘scam’ dan sekali gus hilang kredit eMADANI mereka.
- “Pihak Kerajaan akan mengambil langkah tegas termasuk menyekat akaun yang terlibat dan melucutkan hak kredit penerima eMADANI jika terdapat laporan bagi mana-mana kes yang melibatkan pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai,” katanya dalam kenyataan hari ini.
PUTRAJAYA – Kerajaan menegaskan nilai kredit eMADANI tidak boleh digunakan bagi pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai.
Sebaliknya, Kementerian Kewangan (MOF) berkata, ia hanya boleh digunakan untuk pembelian secara fizikal melalui e-dompet yang terlibat iaitu MAE, Setel, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet atau QR DuitNow di 1.8 juta peruncit atau perniagaan di seluruh negara.
Menurut MOF, pihaknya tidak akan bertanggungjawab jika terdapat sebarang kehilangan kredit akibat daripada pemindahan peer-to-peer atau penebusan tunai itu, justeru orang ramai dinasihatkan sentiasa berwaspada dengan tawaran perkhidmatan berkenaan oleh pihak tidak bertanggungjawab di platform media sosial.
“Ini bagi mengelakkan penerima manfaat eMADANI daripada menjadi mangsa penipuan ‘scam’ dan sekali gus hilang kredit eMADANI mereka.
“Pihak Kerajaan akan mengambil langkah tegas termasuk menyekat akaun yang terlibat dan melucutkan hak kredit penerima eMADANI jika terdapat laporan bagi mana-mana kes yang melibatkan pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Jelas MOF, program eMADANI diluncurkan bertujuan untuk menggalakkan ekonomi digital dan memupuk budaya pembayaran tanpa tunai.
Pendaftaran program eMADANI dibuka sehingga 20 Februari 2024 dan akan memanfaatkan seramai 10 juta rakyat dewasa yang layak, meliputi golongan B40 dan M40.
Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM1 bilion bagi program berkenaan seperti diumumkan pada majlis peluncuran kerangka Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat pada 27 Julai lalu.
Sumber : Utusan
-
Terkini3 days ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini3 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini3 days ago
Peguam bidas Justice For Sisters kecam penubuhan pusat pemulihan LGBT di Johor
-
Antarabangsa4 days ago
PBB siasat, rayu bukti dakwaan keganasan seksual oleh Hamas