Antarabangsa
(VIDEO) Bakar Quran dalam keadaan mabuk di masjid
Seorang lelaki bertindak membakar beberapa buah Quran di sebuah masjid di Republik Kabardino-Balkaria, Russia.

Seorang lelaki bertindak membakar beberapa buah Quran di sebuah masjid di Republik Kabardino-Balkaria, Russia.
Menurut pelaku, tindakannya itu atas ‘arahan daripada bisikan’ yang dialaminya, demikian lapor Obozrevatel.
Lelaki itu dalam keadaan mabuk, memasuki masjid, melonggokkan beberapa buah Al-Quran lantas mencurahkan petrol, dan menyalakan api.
Tindakan pantas mereka yang berhampiran dengan masjid berjaya menyelamatkan masjid itu daripada musnah lebih teruk.
Pihak polis juga dilapor telah menahan individu yang melakukan perkara tersebut.
Terdahulu, seorang pelarian warga Iraq, Salwan Momika yang menetap di Sweden bertindak membakar al-Quran di luar sebuah masjid di ibu negara Sweden.
Perbuatan biadab itu sengaja dilakukan di luar masjid di Stockholm ketika sambutan Hari Raya Aidiladha, mencetuskan kemarahan umat Islam di seluruh dunia.
Sumber: Obozrevatel
Antarabangsa
AS hantar 15,000 bom, 57,000 peluru meriam kepada rejim penjajah zionis Israel
Sejak 7 Oktober, Amerika Syarikat (AS) menghantar ribuan senjata dan artileri kepada negara sekutunya Israel dalam menentang Hamas.

- Sejak 7 Oktober, Amerika Syarikat (AS) menghantar ribuan senjata dan artileri kepada negara sekutunya Israel dalam menentang Hamas.
- Menurut Wall Street Journal, kemasukan senjata itu termasuk 15,000 bom dan 57,000 peluru meriam, yang dibawa pesawat kargo tentera C-17 sejurus selepas permulaan konflik di Semenanjung Gaza dan berterusan sejak beberapa hari lalu, kata laporan eksklusif itu, memetik sumber pegawai AS.
- Senarai senjata api yang dihantar AS kepada Israel, terdiri daripada lebih 5,400 bom MK84, 5,000 bom MK82 tidak berpandu, 1,000 bom berdiameter kecil GBU-39 dan 3,000 JDAM yang menukar bom tidak berpandu kepada peluru berpandu tepat, katanya.
Gaza: Sejak 7 Oktober, Amerika Syarikat (AS) menghantar ribuan senjata dan artileri kepada negara sekutunya Israel dalam menentang Hamas.
Menurut Wall Street Journal, kemasukan senjata itu termasuk 15,000 bom dan 57,000 peluru meriam, yang dibawa pesawat kargo tentera C-17 sejurus selepas permulaan konflik di Semenanjung Gaza dan berterusan sejak beberapa hari lalu, kata laporan eksklusif itu, memetik sumber pegawai AS.
“AS sebelum ini tidak mendedahkan jumlah senjata dihantar ke Israel mahupun pemindahan 100 BLU-109, 2,000 paun bom bunker-buster,” katanya.
Bom bunker-buster terkenal dengan keupayaannya menembusi jauh ke dalam struktur yang padat sebelum meletup.
Senarai senjata api yang dihantar AS kepada Israel, terdiri daripada lebih 5,400 bom MK84, 5,000 bom MK82 tidak berpandu, 1,000 bom berdiameter kecil GBU-39 dan 3,000 JDAM yang menukar bom tidak berpandu kepada peluru berpandu tepat, katanya.
Tentera Israel meneruskan pengeboman di Semenanjung Gaza awal Jumaat selepas mengisytiharkan penamatan jeda kemanusiaan selama seminggu.
Sekurang-kurangnya 193 rakyat Palestin terbunuh dan 652 cedera dalam serangan udara itu, menurut Kementerian Kesihatan Gaza.
Sejak 7 Oktober, lebih 15,000 rakyat Palestin, kebanyakannya kanak-kanak dan wanita terbunuh dalam serangan kejam Israel, sebagai membalas serangan mengejut Hamas.
Sumber: Harian Metro
-
Terkini3 days ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini3 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini3 days ago
Peguam bidas Justice For Sisters kecam penubuhan pusat pemulihan LGBT di Johor
-
Antarabangsa4 days ago
PBB siasat, rayu bukti dakwaan keganasan seksual oleh Hamas