Connect with us

Antarabangsa

Bakar al-Quran, Sweden bergelut selamatkan reputasi

Menteri Luar Sweden, Tobias Billstrom mengakui tindakan ekstremis membakar kitab suci al-Quran di luar sebuah masjid di Stockholm boleh mengubah imej negaranya menjadi lebih buruk.

Wartawan TMT

Published

on

Bakar al-Quran, Sweden bergelut selamatkan reputasi
Foto: Menteri Luar Sweden, Tobias Billstrom.
  • Menteri Luar Sweden, Tobias Billstrom mengakui tindakan ekstremis membakar kitab suci al-Quran di luar sebuah masjid di Stockholm boleh mengubah imej negaranya menjadi lebih buruk.
  • Billstrom berkata, negara Sweden sedang bergelut untuk menyelamatkan reputasi.
  • “Imej baik Sweden akan berubah dalam jangka masa panjang jika ia terus digambarkan sebagai Islamofobia.
  • “Sukar untuk meramalkan akibat yang akan berlaku dalam proses kelulusan keahlian NATO Sweden. Pertahanan juga penting,” kata menteri luar negara itu.
  • Kementerian Luar Sweden pada Ahad mengecam pembakaran al-Quran di hadapan sebuah masjid pada 28 Jun, hari pertama perayaan Aidiladha umat Islam di Stockholm.

STOCKHOLM – Menteri Luar Sweden, Tobias Billstrom mengakui tindakan ekstremis membakar kitab suci al-Quran di luar sebuah masjid di Stockholm boleh mengubah imej negaranya menjadi lebih buruk.

Billstrom berkata, negara Sweden sedang bergelut untuk menyelamatkan reputasi.

“Imej baik Sweden akan berubah dalam jangka masa panjang jika ia terus digambarkan sebagai Islamofobia.

“Sukar untuk meramalkan akibat yang akan berlaku dalam proses kelulusan keahlian NATO Sweden. Pertahanan juga penting,” kata menteri luar negara itu.

Kementerian Luar Sweden pada Ahad mengecam pembakaran al-Quran di hadapan sebuah masjid pada 28 Jun, hari pertama perayaan Aidiladha umat Islam di Stockholm.

Menerusi kenyataan itu, Kerajaan Sweden berkata, tindakan Islamofobia individu dalam demonstrasi di negara itu boleh menyinggung perasaan umat Islam dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan yang tidak mencerminkan pandangan kerajaan Sweden.

“Perkauman, xenofobia dan sikap tidak bertoleransi yang berkaitan dengannya tidak mempunyai tempat di Sweden atau Eropah,” kata kementerian itu sambil menyifatkan pembakaran al-Quran dan kitab suci lain sebagai provokasi yang jelas.

Advertisement

Insiden itu berlaku di luar Masjid Pusat Stockholm dan mendapat kecaman meluas dari seluruh dunia, termasuk pihak berkuasa Iran.

“Di Sweden, kebebasan bersuara mendapat perlindungan yang kuat. Tetapi secara semula jadi ini tidak bermakna bahawa kerajaan menyokong setiap pendapat yang dinyatakan.

“Perhimpunan awam juga boleh menjadi polarisasi dan menyinggung perasaan,” kata kementerian itu.

Beliu menambah bahawa tindakan membakar al-Quran baru baru ini mempunyai akibat yang serius untuk keselamatan dan keselamatan dalaman Sweden. – Agensi

Sumber: Ismaweb

Author

Antarabangsa

AS hantar 15,000 bom, 57,000 peluru meriam kepada rejim penjajah zionis Israel

Sejak 7 Oktober, Amerika Syarikat (AS) menghantar ribuan senjata dan artileri kepada negara sekutunya Israel dalam menentang Hamas.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Sejak 7 Oktober, Amerika Syarikat (AS) menghantar ribuan senjata dan artileri kepada negara sekutunya Israel dalam menentang Hamas.
  • Menurut Wall Street Journal, kemasukan senjata itu termasuk 15,000 bom dan 57,000 peluru meriam, yang dibawa pesawat kargo tentera C-17 sejurus selepas permulaan konflik di Semenanjung Gaza dan berterusan sejak beberapa hari lalu, kata laporan eksklusif itu, memetik sumber pegawai AS.
  • Senarai senjata api yang dihantar AS kepada Israel, terdiri daripada lebih 5,400 bom MK84, 5,000 bom MK82 tidak berpandu, 1,000 bom berdiameter kecil GBU-39 dan 3,000 JDAM yang menukar bom tidak berpandu kepada peluru berpandu tepat, katanya.

Gaza: Sejak 7 Oktober, Amerika Syarikat (AS) menghantar ribuan senjata dan artileri kepada negara sekutunya Israel dalam menentang Hamas.

Menurut Wall Street Journal, kemasukan senjata itu termasuk 15,000 bom dan 57,000 peluru meriam, yang dibawa pesawat kargo tentera C-17 sejurus selepas permulaan konflik di Semenanjung Gaza dan berterusan sejak beberapa hari lalu, kata laporan eksklusif itu, memetik sumber pegawai AS.

“AS sebelum ini tidak mendedahkan jumlah senjata dihantar ke Israel mahupun pemindahan 100 BLU-109, 2,000 paun bom bunker-buster,” katanya.

Bom bunker-buster terkenal dengan keupayaannya menembusi jauh ke dalam struktur yang padat sebelum meletup.

Senarai senjata api yang dihantar AS kepada Israel, terdiri daripada lebih 5,400 bom MK84, 5,000 bom MK82 tidak berpandu, 1,000 bom berdiameter kecil GBU-39 dan 3,000 JDAM yang menukar bom tidak berpandu kepada peluru berpandu tepat, katanya.

Tentera Israel meneruskan pengeboman di Semenanjung Gaza awal Jumaat selepas mengisytiharkan penamatan jeda kemanusiaan selama seminggu.

Sekurang-kurangnya 193 rakyat Palestin terbunuh dan 652 cedera dalam serangan udara itu, menurut Kementerian Kesihatan Gaza.

Advertisement

Sejak 7 Oktober, lebih 15,000 rakyat Palestin, kebanyakannya kanak-kanak dan wanita terbunuh dalam serangan kejam Israel, sebagai membalas serangan mengejut Hamas.

Sumber: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending