Connect with us

Antarabangsa

Badan amal Britain seru dunia bantu Somalia

Human Appeal menyeru masyarakat dunia untuk turut serta menghulurkan bantuan kemanusian di Somalia, demikian lapor Islam Channel.

Wartawan TMT

Published

on

Badan amal Britain seru dunia bantu Somalia
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Human Appeal menyeru masyarakat dunia untuk turut serta menghulurkan bantuan kemanusian di Somalia.
  • Jutaan rakyat Somalia di ambang kebuluran akibat musim hujan dan konflik.
  • “Banyak lagi yang diperlukan segera pada tahap bersepadu untuk membantu jutaan lelaki, wanita dan kanak-kanak di tengah-tengah situasi mengerikan ini yang seolah-olah telah dilupakan oleh dunia,” – Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Human Appeal, Owais Khan.

Human Appeal menyeru masyarakat dunia untuk turut serta menghulurkan bantuan kemanusian di Somalia, demikian lapor Islam Channel.

Badan amal antarabangsa berpusat di Manchester, Britain itu menjalankan misi bantuan berterusan di Somalia, di mana jutaan rakyatnya di ambang kebuluran akibat musim hujan dan konflik.

Selain itu, kitaran kemarau, kejutan iklim, kenaikan harga makanan serta hutang negara juga menjadi punca tercetusnya krisis kelaparan terburuk dalam tempoh tiga dekad itu.

Somalia juga menghadapi lonjakan penyakit susulan sistem imun rakyatnya yang lemah akibat kekurangan zat makanan, terutamanya pada bayi dan kanak-kanak.

“Satu daripada dua rakyat Somalia menghadapi ketidak jaminan makanan menurut PBB, dan Human Appeal telah menjalankan campur tangan kemanusiaan di Somalia sejak 1991 untuk bertindak balas terhadap kecemasan dan kejutan iklim.

“Banyak lagi yang diperlukan segera pada tahap bersepadu untuk membantu jutaan lelaki, wanita dan kanak-kanak di tengah-tengah situasi mengerikan ini yang seolah-olah telah dilupakan oleh dunia,” kata Owais Khan selaku Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Human Appeal.

90 peratus daerah di Somalia kini dilanda kemarau, memaksa orang ramai meninggalkan rumah mereka untuk mencari makanan, air dan padang rumput untuk ternakan mereka.

Perpindahan mereka sekaligus mendedahkan mereka kepada risiko penyakit, kebersihan yang tidak baik, serta keganasan. – The Merdeka Times

Sumber: Islam Channel

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Louisiana negeri AS pertama wajibkan paparan Sepuluh Perintah Tuhan di kelas awam

Louisiana merupakan negeri pertama Amerika Syarikat (AS) mewajibkan Sepuluh Perintah Tuhan (Ten Commandments) dipaparkan di setiap bilik kelas sekolah awam.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gabenor Republikan, Jeff Landry.

Louisiana merupakan negeri pertama Amerika Syarikat (AS) mewajibkan Sepuluh Perintah Tuhan (Ten Commandments) dipaparkan di setiap bilik kelas sekolah awam.

Undang-undang ditandatangani Gabenor Republikan Jeff Landry pada Rabu itu mewajibkan paparan bersaiz poster tertulis butiran Sepuluh Perintah Tuhan menggunakan “tulisan besar dan mudah dibaca” di semua kelas awam, dari tadika sehingga ke universiti yang dibiayai kerajaan negeri.

Pembangkang mempersoalkan keabsahan undang-undang sedemikian dan berikrar untuk mencabarnya di mahkamah. 

Penyokong pula berkata langkah itu bukan semata-mata bersifat keagamaan, tetapi juga mempunyai kepentingan sejarah. 

Dalam bahasa undang-undang, Sepuluh Perintah Tuhan adalah “dokumen asas bagi kerajaan negeri dan negara kita.”

Poster-poster tersebut akan disertakan bersama empat perenggan “penjelasan konteks” menerangkan bagaimana Sepuluh Perintah Tuhan menjadi “bahagian penting dalam pendidikan awam Amerika selama hampir tiga abad,” yang mesti lengkap dipasang di bilik darjah menjelang awal 2025.

Di bawah undang-undang ini, dana negeri tidak akan digunakan bagi melaksanakan mandat tersebut tetapi poster-poster terbabit akan dibiayai melalui sumbangan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending