Connect with us

Terkini

Akta SPRM 23 (1) cacat, tidak dedah kesalahan Muhyiddin – Peguam

Pertuduhan salah guna kedudukan dihadapi bekas Perdana Menteri kelapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu diketepikan kerana cacat dan tiada pendedahan sebarang kesalahan dalam undang-undang itu.

Wartawan TMT

Published

on

Akta SPRM 23 (1) cacat, tidak dedah kesalahan Muhyiddin – Peguam
Foto: Bekas Perdana Menteri kelapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin (kiri) tiba bagi menghadiri pendengaran permohonannya untuk membatalkan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk suapan berjumlah RM232.5 juta bagi Parti Pribumi Bersatu Malaysia di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
  • Pertuduhan salah guna kedudukan dihadapi bekas Perdana Menteri kelapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu diketepikan kerana cacat dan tiada pendedahan sebarang kesalahan dalam undang-undang itu.
  • Peguam yang mewakili Muhyiddin, Datuk Hisyam Teh Poh Teik berkata, tiada pendedahan kesalahan sekali gus wujud satu penyalahgunaan proses.
  • “Adalah jelas bahawa konsep proses keadilan dilanggar oleh pihak pendakwaan kerana terlalu tergesa-gesa, di mana peraturan asas keadilan tidak dipatuhi.
  • “Empat pertuduhan mengikut seksyen itu tidak mendedahkan kesalahan yang diketahui dalam undang-undang dan akibatnya harus diketepikan.
  • “Mesti jelas dan tepat dalam draf pertuduhan itu, pemohon (Muhyiddin) diprejudis,” katanya ketika prosiding di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Muhammad Jamil Hussin, hari ini.

Kuala Lumpur: Pertuduhan salah guna kedudukan dihadapi bekas Perdana Menteri kelapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu diketepikan kerana cacat dan tiada pendedahan sebarang kesalahan dalam undang-undang itu.

Peguam yang mewakili Muhyiddin, Datuk Hisyam Teh Poh Teik berkata, tiada pendedahan kesalahan sekali gus wujud satu penyalahgunaan proses.

“Adalah jelas bahawa konsep proses keadilan dilanggar oleh pihak pendakwaan kerana terlalu tergesa-gesa, di mana peraturan asas keadilan tidak dipatuhi.

“Empat pertuduhan mengikut seksyen itu tidak mendedahkan kesalahan yang diketahui dalam undang-undang dan akibatnya harus diketepikan.

“Mesti jelas dan tepat dalam draf pertuduhan itu, pemohon (Muhyiddin) diprejudis,” katanya ketika prosiding di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Muhammad Jamil Hussin, hari ini.

Dalam hujahan, Hisyam berkata, tertuduh dibiarkan untuk meneka dan membuat spekulasi bagaimana didakwa menyalahgunakan kedudukan jika ada, selain ada membuat sebarang keputusan, mengambil apa-apa tindakan dan berhubung perkara apa.

“Pemohon tidak dapat memberi arahan tepat kepada pasukan peguam yang mengakibatkan penyediaan pembelaan menjadi cacat,” katanya.

Terdahulu, berdasarkan afidavit sokongan yang difailkan bersama notis usul, Muhyiddin mendakwa empat pertuduhan menggunakan kedudukan yang didakwa ke atasnya adalah cacat dan tidak sah di sisi undang-undang kerana bercanggah Seksyen 152 Kanun Acara Jenayah.

Sementara itu, pihak pendakwaan menegaskan pertuduhan rasuah RM232.5 juta dihadapi Muhyiddin tidak bersifat diskriminasi berikutan keperluan undang-undang mengikut Seksyen 152, 153 dan 154 Kanun Tatacara Jenayah sudah dipatuhi.

Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin berkata, tiada sebarang kecacatan kepada pertuduhan di bawah Seksyen 23(1) Akta SPRM adalah satu kesalahan yang dikenali oleh undang-undang.

“Setiap inti pati pertuduhan atau elemen pertuduhan ada dinyatakan di dalam setiap pertuduhan di bawah Seksyen 23(1) itu.

“Keadaan pertuduhan-pertuduhan di dalam kes kita amat berbeza dengan kes yang dirujuk oleh Muhyiddin iaitu kes yang diputuskan oleh mahkamah ini seperti kes Ahmad Hatta Kamaruzzaman lawan pendakwa raya,” katanya.

Menurutnya, tiada pelanggaran hak terhadap Muhyiddin di bawah Perkara 8(1) Perlembagaan Persekutuan.

“Pemohon (Muhyiddin) berhak untuk menyediakan segala pembelaannya dalam kes ini. Seperti mana yang dihujahkan di atas cara atau bagaimana pemohon menggunakan kedudukannya boleh dibuktikan melalui keterangan sewaktu perbicaraan penuh kelak dan tidak perlu dinyatakan dalam pertuduhan.

“Perkara utama perlu dipertimbangkan adalah elemen atau inti pati di bawah Seksyen 23(1) Akta SPRM dimasukkan dalam pertuduhan yang menjadi perkara dalam permohonan sudah dipenuhi dan dipatuhi bukan cara di mana sesuatu elemen dicapai,” katanya.

Sementara itu, dalam hujahan sama, Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib berkata, Seksyen 23(1) Akta SPRM menyatakan ia satu kesalahan apabila mana-mana pegawai badan awam menggunakan jawatan atau kedudukannya untuk suapan dan bukan menyalahgunakan kuasa untuk suapan.

“Ini bukanlah suatu yang remeh kerana Muhyiddin mempunyai beban untuk menunjukkan kepada mahkamah ini kuasa yang wujud untuk membatalkan pertuduhan ke atasnya di bawah Seksyen 23(1) Akta SPRM.

“Pihak Muhyiddin dengan itu perlu menunjukkan bahawa penyalahgunaan kuasa adalah suatu kesalahan yang dikenali undang-undang. Jika ini gagal dilakukan oleh Muhyiddin, ia menjadikan permohonan di hadapan mahkamah sekarang ini satu penyalahgunaan proses mahkamah,” katanya.

Media melaporkan Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) dan Presiden Bersatu memfailkan notis usul untuk membatalkan tuduhan itu pada 18 April lalu, dengan menamakan pendakwa raya sebagai responden.

Bekas Perdana Menteri itu memohon supaya dilepas dan dibebaskan daripada keempat-empat pertuduhan yang dikenakan terhadapnya pada 10 Mac lalu, dan memohon prosiding di Mahkamah Sesyen ditangguhkan.

Melalui afidavit sokongan difailkan bersama notis usul itu, Muhyiddin mendakwa empat tuduhan adalah cacat dan tidak sah di sisi undang-undang kerana bercanggah Seksyen 152 Kanun Acara Jenayah.

Muhyiddin, 75, ketika menjadi Perdana Menteri kelapan didakwa menggunakan kedudukan beliau untuk suapan berjumlah RM232.5 juta daripada tiga syarikat iaitu Bukhary Equity Sdn Bhd, Nepturis Sdn Bhd dan Mamfor Sdn Bhd serta Datuk Azman Yusoff bagi Bersatu.

Beliau dituduh melakukan perbuatan itu di Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Putrajaya antara 1 Mac 2020 dan 20 Ogos 2021.

Sumber: Harian Metro

Author

Kolumnis

Islam tetapkan dasar hak pekerja lebih awal dari Barat

TARIKH 1 Mei adalah hari ditetapkan dunia Barat bagi memperingati perjuangan para buruh dalam menuntut hak-hak mereka sebagai pekerja semasa era Revolusi Perindustrian kira-kira 140 tahun lalu.

Research And Development MRM

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.

TARIKH 1 Mei adalah hari ditetapkan dunia Barat bagi memperingati perjuangan para buruh dalam menuntut hak-hak mereka sebagai pekerja semasa era Revolusi Perindustrian kira-kira 140 tahun lalu.

Sejak saat itu, tarikh tersebut didedikasikan sebagai ‘Hari Pekerja’ bagi meraikan semua yang bergelar pekerja di seluruh dunia.  

Namun, fahaman itu adalah fahaman simplistik yang mengaitkan Hari Pekerja hanyalah hari untuk berehat dan bersantai sempena cuti umum. 

Sedangkan, terdapat peristiwa hitam di sebalik ‘keseronokan’ cuti Hari Pekerja di mana untuk mencapai ke detik itu, telah banyak nyawa terkorban dalam menuntut hak-hak pekerja. 

Barat perlu bermati-matian tetap dasar hak pekerja 

Kemuncak kepada perjuangan buruh itu sudah tentulah dikaitkan dengan Rusuhan Haymarket di Chicago, Amerika Syarikat pada 4 Mei 1886 yang menjadi akar kepada sejarah Hari Pekerja. 

Foto: Peristiwa rusuhan Haymarket di Chicago pada 4 Mei 1886

Rusuhan itu berpunca daripada kezaliman pemilik kilang industri yang menindas tenaga buruh supaya mereka bekerja lebih masa dengan kadar upah rendah semata-mata untuk memaksimumkan keuntungan peribadi. 

Ada buruh dipaksa bekerja 16 jam sehari. Malah, ada yang terpaksa bekerja selama 19 jam sehari tanpa diberikan sebarang cuti. Dan upah diterima tidak setimpal dengan kadar jam yang mereka kerjakan. 

Disebabkan tiada sebarang kawalan daripada kerajaan, kilang-kilang industri ini bebas untuk memperlakukan apa-apa sahaja terhadap tenaga buruh mereka walaupun ditindas seperti ‘hamba’. 

Malah di samping dunia Barat pada ketika itu, tidak mempunyai asas dan dasar yang boleh mengangkat hak-hak asasi kemanusiaan. 

Maka para buruh perlu berjuang bermati-matian dan berdemonstrasi bagi menuntut dan menetapkan hak buat mereka. 

Iaitu hak bekerja lapan jam sehari, hak bercuti rehat seminggu sekali serta hak dibayar upah setimpal. 

Perjuangan inilah yang akhirnya membawa kepada sambutan Hari Buruh Antarabangsa atau Labour Day pada 1 Mei setiap tahun dan hak-hak inilah yang menjadi teras kepada tenaga sumber manusia di zaman moden. 

Justeru itu, sehingga kini ramai memandang ke arah dunia Barat sebagai peneraju dalam menetapkan dasar hak-hak pekerja dan paling terkedepan dalam mencari solusi isu hak pekerja. 

Muslim usah inferior, Islam sudah lama ada hak pekerja anti penindasan 

Sedangkan menariknya, Islam telah lama mengakui dan membawa dasar hak-hak pekerja anti-penindasan yang diperjuangkan Barat sejak 1400 tahun dahulu tanpa perlu berlakunya pertumpahan darah. 

Dalam ajaran Islam, pekerja dianggap seperti saudara dan pembantu yang layak dilayan dengan manusiawi, cermat dan perlu dijaga hak dan kebajikannya sepanjang tempoh mereka berkhidmat.  

“Mereka adalah saudara dan pembantu kalian, Allah telah menjadikan mereka di bawah (kekuasaan) tangan-tangan kalian. Barangsiapa yang keadaan saudaranya berada di bawah kekuasaannya, hendaklah ia memberi makan dari apa yang ia makan, memberi pakaian dari apa yang ia pakai, dan janganlah kalian memberinya pekerjaan yang tidak sanggup mereka kerjakan. Jika kalian membebaninya pekerjaan, maka bantulah mereka!” (Sahih Bukhari, No. 30) 

Berbeza dengan dunia Barat di mana pekerja perlu bermati-matian untuk menuntut hak-hak mereka daripada majikan, sebaliknya para sahabat Nabi SAW, yang juga majikan, dengan mudahnya mengimplementasikan dasar itu dan memberikan hak-hak pekerja kepada hamba-hamba mereka. 

Contohnya dari kehidupan para sahabat seperti kisah Salman RA dan Abu Dzar RA menunjukkan bagaimana mereka tidak membebani pekerja dengan tugas yang berat dan menjaga kebajikan pekerjanya. 

Abu Qilabah meriwayatkan: Seorang lelaki masuk ke rumah Salman RA, sedang dia menguli tepung. Lelaki itu berkata, “Apakah ini?”. Salman berkata, “Kami mengutus hamba itu untuk suatu urusan dan kami tidak suka jika dia mempunyai dua tugas sekaligus.” (Ḥilyat al-Awliyā’, No. 657)

Dalam hadis lain yang diriwayatkan Ibnu Syuaib RA berkata: “Aku pernah menemui Abu Dzar di daerah Rabbah, aku melihat Abu Dzar memakai jubah dan hambanya juga memakai jubah yang sama juga.” (Sahih Bukhari, No. 30) 

Meskipun Islam telah memperkenalkan nilai anti-penindasan dan hak-hak pekerja terlebih dahulu dari Barat, sayangnya, nilai dan hak tersebut jarang diperkatakan secara luas seperti Barat. 

Barangkali disebabkan Muslim sendiri berasa ‘inferior’ dengan nilai Islam dan terlalu memandang tinggi terhadap nilai Barat sedangkan nilai Islam hakikatnya sudah jauh mendahului nilai Barat. 

Contohnya, hak dibayar upah setimpal yang diperjuangkan Barat. Islam memerintahkan majikan bukan sahaja perlu membayar pekerjanya dengan upah setimpal, namun penggajiannya perlu cepat dan disegerakan. 

Rasulullah SAW bersabda: “Berikanlah upah pekerja (buruh) sebelum kering peluhnya.” (Sunan Ibn Majah, No. 2443) 

Imam Al-Munawi dalam kitabnya, Faidh Al-Qadir berkata: “Haram hukumnya menunda gaji pekerja jika tiada kekangan untuk disegerakan. Perintah untuk menyerahkan gaji sebelum mengering peluh para pekerja adalah satu kiasan atas wajibnya menyegerakan setelah pekerjaan mereka selesai, walau para pekerja memintanya meskipun belum sampai berpeluh, atau berpeluh dan telah kering.” 

Walaupun demikian penggajian boleh juga mengikut persetujuan sama ada harian, mingguan atau bulanan. Jika ianya telah dipersetujui, maka hendaklah ditunaikan mengikut persetujuan. 

“Umat Islam wajib mematuhi persyaratan yang telah mereka sepakati.” (Jami’ at-Tirmidhi, No. 1352) 

Kesimpulan 

Bayangkan sejak 1400 tahun lalu, dari sistem kontrak antara majikan dan pekerja, sistem penggajian sehinggalah hal ehwal kebajikan dan implementasinya telah dititik beratkan dalam dunia Islam. 

Malah terdapat satu amaran keras terhadap majikan yang menzalimi dan menindas pekerjanya. Dalam satu hadis, Rasulullah SAW meriwayatkan bahawa Allah SWT berfirman: 

“Terdapat tiga golongan yang akan menjadi musuhKu pada hari kiamat…(salah satunya ialah) orang yang mempekerjakan orang lain, namun setelah orang tersebut memenuhi tugasnya, upahnya tidak dibayarkan.” (Sahih Bukhari, No. 2227) 

Sesungguhnya, nilai-nilai dan hak-hak pekerja dalam Islam adalah solusi yang cukup adil dan saksama kerana ia diberi oleh Tuhan yang Maha Mengetahui, yang tahu apa yang terbaik dan terburuk untuk setiap makhlukNya. – The Merdeka Times 

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending