Connect with us

Terkini

Ahli politik diminta tidak sebarkan berita palsu – Nie Ching

Ahli politik perlu menghindarkan diri daripada menyebarkan berita palsu menjelangnya Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri pada 12 Ogos depan, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Teo Nie Ching.

Wartawan TMT

Published

on

Ahli politik diminta tidak sebarkan berita palsu - Nie Ching
Foto: Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching.
  • Ahli politik perlu menghindarkan diri daripada menyebarkan berita palsu menjelangnya Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri pada 12 Ogos depan, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Teo Nie Ching.
  • Beliau yang juga Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP berkata ini kerana pada kebiasaannya menjelang pilihan raya, banyak berita yang tidak tepat dan tidak benar atau berita palsu akan timbul.
  • “Semua rakan-rakan di luar sana sama ada dalam parti yang sama atau tidak, yang penting kita kena ingat sebagai Ahli Parlimen, wakil rakyat atau ahli politik kita semua adalah rakyat Malaysia, jadi janganlah buat apa-apa yang boleh merosakkan negara tercinta.
  • “Saya harap semua rakyat Malaysia bantu kami untuk perangi berita palsu, janganlah kita biarkan berita palsu membawa kepada kerosakan kekal terhadap perpaduan kita. Meskipun berbeza pendapat tetapi (ia) tidak sepatutnya memberi kesan negatif atau menjejaskan hubungan kita sesama rakyat di negara ini,” katanya ketika menjadi tetamu pada program Selamat Pagi Malaysia yang disiarkan di saluran TV1 hari ini.

KUALA LUMPUR – Ahli politik perlu menghindarkan diri daripada menyebarkan berita palsu menjelangnya Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri pada 12 Ogos depan, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Teo Nie Ching.

Beliau yang juga Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP berkata ini kerana pada kebiasaannya menjelang pilihan raya, banyak berita yang tidak tepat dan tidak benar atau berita palsu akan timbul.

“Jadi sebagai ahli politik, kita kena ada prinsip sikit, jangan jadi ‘orang yang menyebarkan berita palsu, ini juga satu peringatan untuk diri saya sendiri.

“Semua rakan-rakan di luar sana sama ada dalam parti yang sama atau tidak, yang penting kita kena ingat sebagai Ahli Parlimen, wakil rakyat atau ahli politik kita semua adalah rakyat Malaysia, jadi janganlah buat apa-apa yang boleh merosakkan negara tercinta,” katanya ketika menjadi tetamu pada program Selamat Pagi Malaysia yang disiarkan di saluran TV1 hari ini.

Rabu lalu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan PRN di Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan dijalankan serentak dengan 12 Ogos ditetapkan sebagai tarikh pengundian.

Dalam pada itu, Teo berkata rakyat Malaysia juga boleh memainkan peranan untuk sama-sama membantu memerangi penyebaran berita palsu bagi mengekalkan semangat perpaduan di negara ini.

“Saya harap semua rakyat Malaysia bantu kami untuk perangi berita palsu, janganlah kita biarkan berita palsu membawa kepada kerosakan kekal terhadap perpaduan kita. Meskipun berbeza pendapat tetapi (ia) tidak sepatutnya memberi kesan negatif atau menjejaskan hubungan kita sesama rakyat di negara ini,” katanya.

Menurut beliau rakyat Malaysia pelbagai latar belakang bangsa dan agama telah hidup bersama selama hampir 66 tahun sememangnya berbangga dan perlu ada semangat patriotik bukan hanya pada Hari Kebangsaan atau Bulan Kebangsaan sahaja. – BERNAMA

Sumber: Bernama

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

‘Edisi Siasat’ disiasat

Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.
  • Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.
  • Kandungan yang tular terbabit berbentuk pengakuan tentang kronologi kisah pembunuhan Zayn Rayyan yang dirancang oleh kedua ibu bapanya.
  • Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, MCMC bagi mengesan individu yang terlibat. 
  • “Ia adalah perkara yang perlu dilakukan, samada pihak MCMC berkemampuan itu saya tidak pasti. Kami akan siasat apa yang telah dikeluarkan dalam konteks ES itu dan ingin saya katakan sekali lagi segala perkara yang melibatkan siasatan ini harus datang dari pihak yang rasmi.
  • “Kita akan menyiasat sepenuhnya. Sesiapa yang kita kenalpasti, saya tidak teragak-agak langsung kerana segala penat jerih rakan-rakan boleh tergugat dengan perkara itu,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman sebentar tadi.

KUALA LUMPUR – Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.

Kandungan yang tular terbabit berbentuk pengakuan tentang kronologi kisah pembunuhan Zayn Rayyan yang dirancang oleh kedua ibu bapanya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, MCMC bagi mengesan individu yang terlibat. 

“Ia adalah perkara yang perlu dilakukan, samada pihak MCMC berkemampuan itu saya tidak pasti. Kami akan siasat apa yang telah dikeluarkan dalam konteks ES itu dan ingin saya katakan sekali lagi segala perkara yang melibatkan siasatan ini harus datang dari pihak yang rasmi.

“Kita akan menyiasat sepenuhnya. Sesiapa yang kita kenalpasti, saya tidak teragak-agak langsung kerana segala penat jerih rakan-rakan boleh tergugat dengan perkara itu,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman sebentar tadi.

Beliau bertegas bahawa perbuatan tidak bertanggungjawab itu boleh mengganggu perbicaraan kes bagi menegakkan keadilan terhadap kanak-kanak malang itu serta memberi implikasi kepada semua pihak termasuk pihak pendakwaan, pembelaan dan juga keluarga mangsa.

Mengulas mengenai kenyataan peguam Fahmi Abd Moin yang mendakwa siasatan di bawah Seksyen 302  Kanun Keseksaan masih dijalankan sehingga pelaku sebenar ditahan, beliau berkata siasatan telah selesai selepas pendakwaan terhadap ibu bapa mangsa di mahkamah semalam.

“Seperti yang saya katakan semalam, bahagian kita dalam menyiasat kes itu telah diakhiri dengan pendakwaan ibu bapa Zayn Rayyan.

“Sekiranya ada pendedahan baharu semasa prosiding perbicaraan dan Timbalan Pendakwa Raya mengarahkan kami menyiasat lebih lanjut, kami akan berbuat demikian,” tambahnya.

Mengenai tindakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor yang kini menjaga adik Zayn Rayyan, beliau berkata ia adalah tanggungjawab undang-undang dan moral untuk berbuat demikian. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending