Terkini
(VIDEO) Ada kumpulan advokasi tawar khidmat pengguguran ‘selamat’ – Pengguna Twitter
Seorang pengguna Twitter menyatakan kumpulan advokasi Persatuan Hak Kesihatan Wanita (RRAAM) menawarkan khidmat pengguguran ‘selamat’ yang mengikuti undang-undang.
- Seorang pengguna Twitter menyatakan kumpulan advokasi, Persatuan Hak Kesihatan Wanita (RRAAM) menawarkan khidmat pengguguran ‘selamat’ yang mengikuti undang-undang.
- Menerusi ciapannya di akaun Twitter pada Jumaat lalu, perkhidmatan itu dikatakan disediakan bagi mengelakkan pengedaran dan pembelian pil gugur kandungan berlaku secara berleluasa di atas talian.
- “Abortion is LEGAL in Malaysia. Abortion pills are NOT ALLOWED to be distributed in Malaysia (Pengguguran sah di sisi undang-undang Malaysia. Pil gugur tidak dibenarkan edar di Malaysia),” katanya.
- Dengan ‘lesen kebenaran’ pengguguran janin itu, pengguna Twitter ini dilihat seperti mempromosi proses pengguguran yang dikatakan lebih selamat dan sah di sisi undang-undang iaitu berada di bawah pemantauan kumpulan advokasi terbabit.
- Menurutnya, kumpulan advokasi itu menyediakan khidmat medical abortion (pengguguran perubatan) di mana pengguna akan diberi panduan cara membeli pil gugur yang diiktiraf dan mereka akan dibantu pengamal perubatan menerusi atas talian bagi memandu proses pengguguran supaya tidak berlakunya komplikasi.
- Cubaan The Merdeka Times untuk mendapatkan komen RRAAM berhubung isu itu sejak semalam belum mendapat sebarang maklum balas.
KUALA LUMPUR: Seorang pengguna Twitter menyatakan kumpulan advokasi Persatuan Hak Kesihatan Wanita (RRAAM) menawarkan khidmat pengguguran ‘selamat’ yang mengikuti undang-undang.
Menerusi ciapannya di akaun Twitter @srikandiemma_ pada Jumaat lalu, perkhidmatan itu dikatakan disediakan bagi mengelakkan pengedaran dan pembelian pil gugur kandungan berlaku secara berleluasa di atas talian.
“Abortion is LEGAL in Malaysia (Pengguguran sah di sisi undang-undang Malaysia).
“Abortion pills are NOT ALLOWED to be distributed in Malaysia (Pil gugur tidak dibenarkan edar di Malaysia),” kata pengguna Twitter itu ketika mengulas isu lambakan kegiatan jualan pil gugur atas talian.
Beliau menyifatkan undang-undang pengguguran janin di Malaysia lebih progresif berbanding Barat di bawah Kanun Keseksaan Seksyen 312 yang membenarkan pengguguran janin dilakukan pengamal perubatan berdaftar dan ia berpendapat penerusan kehamilan akan melibatkan risiko kepada nyawa, atau kecederaan kepada kesihatan fizikal atau mental perempuan hamil tersebut.
Disebabkan ‘lesen kebenaran’ pengguguran janin itu, pengguna Twitter ini dilihat seperti mempromosi proses pengguguran yang dikatakan lebih selamat dan sah di sisi undang-undang iaitu dengan di bawah pemantauan kumpulan advokasi terbabit.
“Jika anda menghadapi unwanted pregnancy (kehamilan tidak dirancang), jangan beli pil gugur online.
Boleh hubungi RRAA Malaysia dan minta khidmat nasihat dari barisan para kaunselor bertauliah untuk safe abortion,” katanya.
Menurutnya, kumpulan advokasi itu menyediakan khidmat medical abortion (pengguguran perubatan) di mana pengguna akan diberi panduan cara membeli pil gugur yang diiktiraf dan mereka akan dibantu pengamal perubatan menerusi atas talian bagi memandu proses pengguguran supaya tidak berlakunya komplikasi.
Malah, katanya, setiap proses pengguguran turut dikenakan caj bayaran mengikut peringkat kandungan janin itu.
Rata-rata pembaca ciapan itu turut memberi respon sokongan dan galakan pada kenyataannya supaya bijak memilih kaedah pengguguran yang ‘selamat’.
Pengguna Twitter itu akhiri ciapannya dengan satu kenyataan berani berbunyi, “This thread isn’t promoting abortion but at least. Issa a choice (Bebenang ini bukanlah promosi pengguguran. Tetapi sekurangnya ia adalah pilihan).”
Cubaan The Merdeka Times untuk mendapatkan komen RRAAM berhubung isu itu sejak semalam belum mendapat sebarang maklum balas. – THE MERDEKA TIMES
Sumber: Twitter MINA JUAL RENDANG
Terkini
Pentadbiran Islam di Malaysia tidak tindas, paksa mana-mana pihak tukar agama
Pentadbiran Islam di Malaysia tidak pernah menindas mana-mana kelompok, malah tiada individu di negara ini yang dipaksa atau diugut supaya menukar agamanya, kata Rektor Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs), Profesor Dr Muhamad Rozaimi Ramle.
- Pentadbiran Islam di Malaysia tidak pernah menindas mana-mana kelompok, malah tiada individu di negara ini yang dipaksa atau diugut supaya menukar agamanya, kata Rektor Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs), Profesor Dr Muhamad Rozaimi Ramle.
- Muhamad Rozaimi menegaskan rumah-rumah ibadat kelompok bukan Islam juga tidak pernah diganggu di negara Islam ini.
- Sebaliknya, beliau merasakan usaha dakwah lebih sukar dilaksanakan di Malaysia walaupun ia negara Islam.
- “…Walaupun sebutan saya ini akan menyebabkan sedikit terguris kepada pentadbiran agama tapi saya kena sebut, kadang-kadang nak berdakwah agama Islam dalam negara ini lebih sukar daripada nak menyebarkan agama bukan Islam.
- “Kerana agama bukan Islam, Kristian, Hindu, Buddha tidak pernah disyaratkan nak berceramah di tempat mereka, di tempat ibadat mereka mesti mengambil tauliah tetapi di negeri-negeri Islam ini perlu mengambil tauliah.
- “14 negeri 14 tauliahlah kena ambil walaupun negara ini adalah negara umat Islam ataupun negara Islam,” katanya menerusi program Analisis bersama Finaz Yunus bertajuk ‘Fasiskah Bumiputera di Malaysia?’ yang bersiaran di platform media sosial The Merdeka Times di sini pada Isnin malam.
- Beliau berkata demikian ketika mengulas pertanyaan sama ada ciri-ciri fasis kelihatan dalam pentadbiran agama Islam di negara ini dan mengapa saat ini masih ramai yang beranggapan menegakkan syariat Islam adalah fasisme.
KUALA LUMPUR — Pentadbiran Islam di Malaysia tidak pernah menindas mana-mana kelompok, malah tiada individu di negara ini yang dipaksa atau diugut supaya menukar agamanya, kata Rektor Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs), Profesor Dr Muhamad Rozaimi Ramle.
Muhamad Rozaimi menegaskan rumah-rumah ibadat kelompok bukan Islam juga tidak pernah diganggu di negara Islam ini.
Sebaliknya, beliau merasakan usaha dakwah lebih sukar dilaksanakan di Malaysia walaupun ia negara Islam.
“…Walaupun sebutan saya ini akan menyebabkan sedikit terguris kepada pentadbiran agama tapi saya kena sebut, kadang-kadang nak berdakwah agama Islam dalam negara ini lebih sukar daripada nak menyebarkan agama bukan Islam.
“Kerana agama bukan Islam, Kristian, Hindu, Buddha tidak pernah disyaratkan nak berceramah di tempat mereka, di tempat ibadat mereka mesti mengambil tauliah tetapi di negeri-negeri Islam ini perlu mengambil tauliah.
“14 negeri 14 tauliahlah kena ambil walaupun negara ini adalah negara umat Islam ataupun negara Islam,” katanya menerusi program Analisis bersama Finaz Yunus bertajuk ‘Fasiskah Bumiputera di Malaysia?’ yang bersiaran di platform media sosial The Merdeka Times di sini pada Isnin malam.
Beliau berkata demikian ketika mengulas pertanyaan sama ada ciri-ciri fasis kelihatan dalam pentadbiran agama Islam di negara ini dan mengapa saat ini masih ramai yang beranggapan menegakkan syariat Islam adalah fasisme.
Program terbitan Merdeka Studio itu turut menampilkan Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim dan peguam, Tai Zee How atau lebih dikenali sebagai ‘Apek Cina’ sebagai panel utama.
Mengulas lanjut, Muhamad Rozaimi menjelaskan kenyataannya itu bukan untuk mempertikaikan perkara terbabit, tetapi dalam hal sedemikian kemudahan dan kebebasan diberikan kepada kelompok bukan Islam.
“Saya bukan nak pertikai cuma kemudahan itu diberi kebebasan itu diberi… tauliah itu sebenarnya diperlukan untuk mengawal daripada ajaran-ajaran sesat itu daripada disebarkan dengan tidak berdisiplin,” katanya. — The Merdeka Times
Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/
-
Terkini4 days ago
Kes GISBH, bukan di bawah bidang kuasa JAKIM – PKPU
-
Terkini4 days ago
Kajian GISBH sudah dibentang kepada JAKIM, tapi tiada tindakan – Dr Maza
-
Terkini4 days ago
GISB: Anwar arah pihak berkuasa, majlis agama segera siasat, ambil tindakan
-
Antarabangsa4 days ago
The Bibi Files: Netanyahu gagal sekat tayangan dokumentari salah lakunya