Connect with us

Antarabangsa

9 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan besar-besaran rejim Israel

Tentera Israel membunuh sembilan rakyat Palestin dalam operasi besar-besaran di Tebing Barat, semalam.

Wartawan TMT

Published

on

9 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan besar-besaran rejim Israel
Foto: Gambar keadaan operasi 'usaha memerangi keganasan secara meluas' oleh tentera Israel di utara bandar Jenin, Palestin.
  • Rejim Israel membunuh sembilan rakyat Palestin dalam operasi besar-besaran di Tebing Barat, semalam yang menggelar operasi berkenaan ‘usaha memerangi keganasan secara meluas’ yang membabitkan serangan udara dan ratusan tentera.
  • Operasi itu dilancar di bawah pemerintahan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu  menyasarkan utara bandar Jenin dan terbesar di Tebing Barat dengan penggunaan kenderaan berperisai, jentolak tentera dan dron.
  • Sejak bermulanya operasi pada awal pagi Isnin, kira-kira 3,000 penduduk meninggalkan tempat tinggal di kem pelarian Jenin, kata Timbalan Gabenor Jenin, Kamal Abu al-Roub kepada AFP.
  • Wartawan AFP memaklumkan pertempuran dan letupan menggegarkan bandar dan kem pelarian bersebelahan, yakni kubu kuat pejuang yang menempatkan kira-kira 18,000 orang, sementara rakyat Palestin membaling batu ke arah tentera.
  • Menurut Kementerian Kesihatan Palestin, sembilan orang terbunuh dan 100 lagi cedera termasuk 20 daripadanya parah dalam insiden itu yang menyaksikan peningkatan berbanding tujuh kematian ketika serangan, dua minggu lalu.

JENIN: Tentera Israel membunuh sembilan rakyat Palestin dalam operasi besar-besaran di Tebing Barat, semalam.

Rejim itu menggelar operasi berkenaan ‘usaha memerangi keganasan secara meluas’ yang membabitkan serangan udara dan ratusan tentera.

Operasi dilancar di bawah pemerintahan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu itu menyasarkan utara bandar Jenin dan terbesar di Tebing Barat setakat ini dengan penggunaan kenderaan berperisai, jentolak tentera dan dron.

Sejak bermulanya operasi pada awal pagi Isnin, kira-kira 3,000 penduduk sudah meninggalkan tempat tinggal di kem pelarian Jenin, kata Timbalan Gabenor Jenin, Kamal Abu al-Roub kepada AFP.

Beliau berkata, persiapan sedang dibuat untuk menempatkan mereka di sekolah dan pusat perlindungan lain di bandar Jenin.

Wartawan AFP memaklumkan pertempuran dan letupan menggegarkan bandar dan kem pelarian bersebelahan, yakni kubu kuat pejuang yang menempatkan kira-kira 18,000 orang, sementara rakyat Palestin membaling batu ke arah tentera.

Pengarah Bulan Sabit Merah Palestin di Jenin, Mahmoud al-Saadi pula berkata, “terdapat pengeboman dari udara dan pencerobohan darat.”

“Beberapa rumah dan tapak telah dibom… asap naik dari mana-mana,” katanya.

Menurut Kementerian Kesihatan Palestin, sembilan orang terbunuh dan 100 lagi cedera termasuk 20 daripadanya parah dalam insiden itu yang menyaksikan peningkatan berbanding tujuh kematian ketika serangan, dua minggu lalu.

Netanyahu dalam kenyataan memaklumkan tentera Israel berada di ‘sarang pengganas di Jenin’ sedang ‘memusnahkan pusat perintah dan merampas senjata yang banyak.’

Kementerian Luar Palestin pula menyifatkan penambahan serangan itu sebagai ‘perang terbuka terhadap penduduk Jenin.’

Sumber: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Penyanyi pro-zionis, Bruno Mars bakal adakan konsert di Malaysia

Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars.
  • Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.
  • Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.
  • “Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disahut peminat zionisnya.
  • Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.
  • Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Berita itu dikongsi penganjur, Live Nation Malaysia, menerusi platform media sosial memaklumkan jualan tiket untuk konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil itu akan dibuka pada Jumaat hadapan.

“Bruno Mars akan datang ke Kuala Lumpur September ini.

“Tidak sabar mahu berkongsi pengalaman persembahan lagu 24K Magic secara langsung,” tulis mereka menerusi platform X.

Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.

“Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disambut peminat zionisnya.

Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.

Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

Pemilik Bluestone Group’s Live Nation Israel, Guy Beser dan Shay Mor Yosef bagaimanapun berjaya membawa bintang itu ke Israel Oktober lalu.

JVP, sebuah organisasi progresif anti-zionis dalam surat terbukanya menyeru Bruno membatalkan konsertnya di negara aparteid tersebut sehingga rakyat Palestin mempunyai kesaksamaan, kebebasan dan keadilan sepenuhnya di tanah asal mereka.

“Kami amat bimbang dengan pengumuman mengenai persembahan anda yang akan datang di Tel Aviv, Israel di Yarkon Park, yang dibina di atas tanah perkampungan Palestin Al-Shaykh Muwannis yang berdepan pembersihan etnik oleh zionis.

“Kami menggesa anda membatalkan persembahan di Israel yang mengamalkan aparteid, sama seperti yang dilakukan semua artis yang beretika di Afrika Selatan semasa aparteid,” tegas JVP.

Bapa Bruno dikatakan berketurunan Yahudi manakala ibunya dari Filipina dan nenek moyangnya pula berketurunan Yahudi Hungary dan Ukraine. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending