Connect with us

Antarabangsa

10 juta jemaah dijangka tiba pada musim umrah baharu

Lebih 10 juta jemaah Islam dijangka hadir pada musim umrah baharu di Arab Saudi, lapor media tempatan.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

10 juta jemaah dijangka tiba pada musim umrah baharu
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Lebih 10 juta jemaah Islam dijangka hadir pada musim umrah baharu di Arab Saudi, lapor media tempatan.
  • Perkara itu didedahkan dalam laporan TV Al Arabiya yang memetik sumber tidak dinamakan berkata, kerajaan Arab Saudi sedang bersiap sedia untuk musim umrah baharu.
  • Laporan itu menambah kira-kira 300 syarikat yang menyediakan perkhidmatan umrah telah memohon dan memperoleh lesen berkaitan ibadah umat Islam itu.

Lebih 10 juta jemaah Islam dijangka hadir pada musim umrah baharu di Arab Saudi, lapor media tempatan.

Perkara itu didedahkan dalam laporan TV Al Arabiya yang memetik sumber tidak dinamakan berkata, kerajaan Arab Saudi sedang bersiap sedia untuk musim umrah baharu.

Laporan itu menambah kira-kira 300 syarikat yang menyediakan perkhidmatan umrah telah memohon dan memperoleh lesen berkaitan ibadah umat Islam itu.

Kementerian Haji dan Umrah Saudi pada minggu lalu berkata, pihaknya mula mengeluarkan visa elektronik untuk musim umrah baharu selepas berakhirnya ibadah haji tahunan.

Setiap tahun, umat Islam dari seluruh dunia akan berpusu-pusu ke Makkah untuk menunaikan haji dan umrah.

Ibadah umrah dipanggil haji kecil kerana ianya tidak wajib seperti ibadah haji, lapor Gulf News.

Walaupun kedua-dua ibadah itu berkongsi upacara kebiasaan, namun umrah boleh dilakukan dalam beberapa jam dan melibatkan hanya beberapa upacara.

Sumber: Gulf News

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *