Connect with us

Antarabangsa

Wanita hadir ke balai bersama beg berisi mayat ibu

Seorang ahli fisioterapi ditahan polis apabila hadir ke balai polis Bengaluru, negeri Karnataka di India, bersama mayat ibunya yang dimasukkan di dalam beg pakaian.

Wartawan TMT

Published

on

Wanita hadir ke balai bersama beg berisi mayat ibu
Foto: Sonali.
  • Seorang ahli fisioterapi ditahan polis apabila hadir ke balai polis Bengaluru, negeri Karnataka di India, bersama mayat ibunya yang dimasukkan di dalam beg pakaian.
  • Mirror UK melaporkan, wanita berkenaan, Sonali Sen, datang ke balai polis pada Isnin lalu, dengan beg pakaian beroda yang mengandungi mayat seorang wanita lain yang dalam keadaan meringkuk.
  • Sonali, 39, mengaku kepada polis bahawa dia menggunakan selendang untuk mencekik ibunya yang berusia 71 tahun, dikenal pasti dalam laporan sebagai Biva Pal, sehingga mangsa mati.
  • Suspek sebelum itu memaksa mangsa menelan pil tidur dan ketika kejadian, anak suspek juga berada di dalam rumah.
  • Semasa pemeriksaan lanjut, polis mendapati suspek turut menyembunyikan bingkai gambar arwah suami ibunya di dalam beg dengan mayat itu.
  • Ketua polis tempatan C K Baba berkata, Sonali memberikan kira-kira 20 pil tidur kepada ibunya pada pagi Isnin.

New Delhi: Seorang ahli fisioterapi ditahan polis apabila hadir ke balai polis Bengaluru, negeri Karnataka di India, bersama mayat ibunya yang dimasukkan di dalam beg pakaian.

Mirror UK melaporkan, wanita berkenaan, Sonali Sen, datang ke balai polis pada Isnin lalu, dengan beg pakaian beroda yang mengandungi mayat seorang wanita lain yang dalam keadaan meringkuk.

Sonali, 39, mengaku kepada polis bahawa dia menggunakan selendang untuk mencekik ibunya yang berusia 71 tahun, dikenal pasti dalam laporan sebagai Biva Pal, sehingga mangsa mati.

Suspek sebelum itu memaksa mangsa menelan pil tidur dan ketika kejadian, anak suspek juga berada di dalam rumah.

Semasa pemeriksaan lanjut, polis mendapati suspek turut menyembunyikan bingkai gambar arwah suami ibunya di dalam beg dengan mayat itu.

Ketua polis tempatan C K Baba berkata, Sonali memberikan kira-kira 20 pil tidur kepada ibunya pada pagi Isnin.

“Selepas mangsa mengadu sakit perut akibat pengambilan pil itu, mangsa itu kemudian dicekik hingga mati oleh suspek yang juga anak perempuannya.

“Kejadian suspek mencekik ibunya dengan selendang itu dipercayai berlaku antara 11 pagi hingga 11.30 pagi selepas suami suspek keluar bekerja.

“Ketika pembunuhan itu, ibu mentuanya dan anaknya turut berada di dalam rumah itu tetapi di dalam bilik berbeza,” katanya.

Menurut polis, terdapat pertengkaran yang kerap antara Biva dan ibu bapa mentua Sonali.

Sonali diketahui ada mengambil ubat tekanan darah tinggi, tetapi difahamkan tidak mempunyai sejarah penyakit mental.

Polis percaya sebagai ibu kepada seorang anak lelaki autistik, Sonali mungkin mengalami tekanan yang teruk, ditambah lagi tinggal bersama ibu bapa mentua dan ibu kandung.

Sonali kini disiasat kerana membunuh.

Sumber: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Harley Davidson dikecam taja acara LGBT kanak-kanak

Pembuat motosikal ikonik Harley-Davidson dikecam kerana tindakannya menaja acara kelompok songsang LGBTQ, Pride untuk kanak-kanak.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pembuat motosikal ikonik Harley-Davidson dikecam kerana tindakannya menaja acara kelompok songsang LGBTQ, Pride untuk kanak-kanak.
  • Firma menjana keuntungan $6 bilion setahun itu, yang terkenal dengan imej macho dan memberontak, dilaporkan berdepan tindak balas membabitkan kempen Kepelbagaian, Ekuiti dan Keterangkuman (DEI) mereka.
  • Pempengaruh dalam talian, Robby Starbuck membuat hantaran video mendedahkan sokongan Harley-Davidson terhadap dasar untuk penjagaan transgender untuk kanak-kanak, teori kritikal bangsa dan mengenepikan orang kulit putih dalam perniagaan.
  • Menurut Robby, Harley-Davidson meletakkan ‘komitmen penuh’ terhadap dasar DEI di pejabat dan kilang pembuatan motosikal kelas beratnya.
  • Ini termasuk pembiayaan acara Pride di Pennsylvania yang diadakan baru-baru ini, dengan acara lukis muka dan putar belon untuk golongan muda serta adanya ‘ruang kemarahan’ (rage room) di mana orang dewasa boleh ‘bertenang,’ (let off steam).

Pembuat motosikal ikonik Harley-Davidson dikecam kerana tindakannya menaja acara kelompok songsang LGBTQ, Pride untuk kanak-kanak.

Firma menjana keuntungan $6 bilion setahun itu, yang terkenal dengan imej macho dan memberontak, dilaporkan berdepan tindak balas membabitkan dasar Kepelbagaian, Ekuiti dan Keterangkuman (DEI) mereka.

Pempengaruh dalam talian, Robby Starbuck membuat hantaran video mendedahkan sokongan Harley-Davidson terhadap dasar untuk penjagaan transgender untuk kanak-kanak, teori kritikal bangsa dan mengenepikan orang kulit putih dalam perniagaan.

Menurut Robby, Harley-Davidson meletakkan ‘komitmen penuh’ terhadap dasar DEI di pejabat dan kilang pembuatan motosikal kelas beratnya, lapor Daily Mail.

Ini termasuk pembiayaan acara Pride di Pennsylvania yang diadakan baru-baru ini, dengan acara lukis muka dan putar belon untuk golongan muda serta adanya ‘ruang kemarahan’ (rage room) di mana orang dewasa boleh ‘bertenang,’ (let off steam).

Pembuat motosikal itu dikatakan bekerjasama dengan kumpulan politik yang mendorong idea haluan kiri, termasuk Wisconsin LGBT Chamber of Commerce, United Way dan Kempen Hak Asasi Manusia.

Dengan apa berlaku, wang Harley-Davidson menurutnya mempromosikan prosedur perubahan jantina ke atas kanak-kanak.

Sekitar 1,800 pekerja turut diberikan latihan bagaimana menjadi ‘sekutu LGBTQ+’.– The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending