Connect with us

Terkini

Video jiran berlainan bangsa rapat seperti adik beradik dipuji netizen

Semangat muhibbah antara seorang lelaki Melayu dengan jirannya yang berbangsa India menarik perhatian netizen di media sosial.

Wartawan TMT

Published

on

Video jiran berlainan bangsa rapat seperti adik beradik dipuji netizen
Foto: Tangkap layar dari video Tiktok @shadesbyyogesh.
  • Semangat muhibbah antara seorang lelaki Melayu dengan jirannya berbangsa India menarik perhatian netizen di media sosial.
  • Seorang pengguna Tik Tok @shadesbyyogesh memuat naik video yang menunjukkan hubungan rapat antara seorang lelaki dan jirannya yang berbangsa India seperti adik-beradik.
  • Video tular itu mendapat respons positif netizen yang kemudiannya berkongsi pengalaman masing-masing bersama jiran.

Semangat muhibbah antara seorang lelaki Melayu dengan jirannya yang berbangsa India menarik perhatian netizen di media sosial.

Seorang pengguna Tik Tok @shadesbyyogesh memuat naik video yang menunjukkan hubungan rapat antara seorang lelaki Melayu dan jirannya berbangsa India seperti adik-beradik.

Dalam video itu kelihatan seorang perempuan India sedang membuat persediaan untuk majlis pertunangannya di rumah jiran berbangsa Melayu.

Ketika mereka berdua mengintai bakal pengantin lelaki, bakal pengantin perempuan itu bertanya kepada jirannya, “handsome tak”.

Jirannya pula bergurau, bakal pasangannya seiras pelakon filem India, Rajinikanth.

Video itu juga menunjukkan tiada benteng di koridor di antara kedua-dua rumah itu.

Video tular itu mendapat respons positif netizen dan berkongsi pengalaman masing-masing bersama jiran.

“Jiran Indian saya dengan saya macam adik beradik dah. Rumah dia tak ada beras, dengan selamba dia masuk rumah bawa mangkuk. hahaha. saya pun gitu.”

“Sama macam jiran saya. Raya je mesti bagi banyak kuih, ketupat dan lain-lain,” kata netizen.

Sumber: Tik Tok @shadesbyyogesh

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Penyanyi pro-zionis, Bruno Mars bakal adakan konsert di Malaysia

Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars.
  • Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.
  • Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.
  • “Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disahut peminat zionisnya.
  • Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.
  • Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Berita itu dikongsi penganjur, Live Nation Malaysia, menerusi platform media sosial memaklumkan jualan tiket untuk konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil itu akan dibuka pada Jumaat hadapan.

“Bruno Mars akan datang ke Kuala Lumpur September ini.

“Tidak sabar mahu berkongsi pengalaman persembahan lagu 24K Magic secara langsung,” tulis mereka menerusi platform X.

Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.

“Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disambut peminat zionisnya.

Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.

Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

Pemilik Bluestone Group’s Live Nation Israel, Guy Beser dan Shay Mor Yosef bagaimanapun berjaya membawa bintang itu ke Israel Oktober lalu.

JVP, sebuah organisasi progresif anti-zionis dalam surat terbukanya menyeru Bruno membatalkan konsertnya di negara aparteid tersebut sehingga rakyat Palestin mempunyai kesaksamaan, kebebasan dan keadilan sepenuhnya di tanah asal mereka.

“Kami amat bimbang dengan pengumuman mengenai persembahan anda yang akan datang di Tel Aviv, Israel di Yarkon Park, yang dibina di atas tanah perkampungan Palestin Al-Shaykh Muwannis yang berdepan pembersihan etnik oleh zionis.

“Kami menggesa anda membatalkan persembahan di Israel yang mengamalkan aparteid, sama seperti yang dilakukan semua artis yang beretika di Afrika Selatan semasa aparteid,” tegas JVP.

Bapa Bruno dikatakan berketurunan Yahudi manakala ibunya dari Filipina dan nenek moyangnya pula berketurunan Yahudi Hungary dan Ukraine. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending