Connect with us

Antarabangsa

Universiti di China naikkan yuran pengajian hingga 54 peratus

Universiti di China menaikkan yuran pengajian secara drastik tahun ini, dengan beberapa membuat kenaikan pertama mereka dalam tempoh dua dekad, berikutan terjejas oleh bajet negara yang dikurangkan untuk pendidikan tinggi dan kewangan kerajaan tempatan yang ketat.

Wartawan TMT

Published

on

Universiti di China naikkan yuran pengajian hingga 54 peratus
Foto: Gambar Universiti Sains dan Teknologi China Timur, China.
  • Universiti di China menaikkan yuran pengajian secara drastik tahun ini, dengan beberapa membuat kenaikan pertama mereka dalam tempoh dua dekad, berikutan terjejas oleh bajet negara dikurangkan untuk pendidikan tinggi dan kewangan kerajaan tempatan yang ketat.
  • Yuran lebih tinggi dikenakan di tengah-tengah masalah kewangan dalam kalangan kerajaan tempatan selepas tiga tahun dasar COVID-19 yang mengganggu, krisis hartanah dan ekonomi yang lembap.
  • Universiti di China yang hampir kesemuanya institusi pengajian tinggi awam, sangat bergantung pada pembiayaan negara.

BEIJING: Universiti di China menaikkan yuran pengajian secara drastik tahun ini, dengan beberapa membuat kenaikan pertama mereka dalam tempoh dua dekad, berikutan terjejas oleh bajet negara yang dikurangkan untuk pendidikan tinggi dan kewangan kerajaan tempatan yang ketat.

Yuran lebih tinggi dikenakan di tengah-tengah masalah kewangan dalam kalangan kerajaan tempatan selepas tiga tahun dasar COVID-19 yang mengganggu, krisis hartanah dan ekonomi yang lembap.

Universiti di China yang hampir kesemuanya institusi pengajian tinggi awam, sangat bergantung pada pembiayaan negara.

Universiti Sains dan Teknologi China Timur yang berpangkalan di Shanghai menaikkan yuran pengajian sebanyak 54 peratus kepada 7,700 yuan (AS$1,082 bersamaan RM4,974) setiap tahun untuk pelajar baharu dalam jurusan sains, kejuruteraan dan pendidikan jasmani, dan sebanyak 30 peratus dalam seni liberal, menurut kenyataan yang dikeluarkan pada Ahad .

Pengajian untuk sains dan kejuruteraan meningkat sebanyak 40 peratus di Universiti Shanghai Dianji, manakala pelajar jurusan pengurusan, ekonomi dan kesusasteraan perlu membayar 30 peratus lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya, menurut notis pada Isnin.

Pada April, hab kewangan Shanghai memutuskan selepas pendengaran awam untuk menaikkan yurun pengajian yang tidak berubah selama lebih 20 tahun untuk tahun akademik bermula musim luruh ini.

Wilayah Sichuan di barat daya China dan timur laut Jilin yang berpenduduk padat juga menaikkan yurun pengajian untuk jurusan berbeza, dengan peningkatan maksimum sebanyak 41 peratus di Sichuan, menurut kenyataan kerajaan tempatan.

Anggaran perbelanjaan bajet Kementerian Pendidikan untuk pendidikan tinggi pada 2023 turun 3.7 peratus kepada 102.6 bilion yuan (RM66.41 bilion) daripada tahun sebelumnya, menurut laporan belanjawan daripada kementerian.

Pasukan penyelidik diketuai pakar pendidikan kanan bulan lalu juga menggesa peningkatan yuran yang meluas kepada pelajar antarabangsa, menurut kajian yang diketuai profesor Institut Teknologi Beijing, Liu Jin.

Kajian itu mencadangkan peningkatan yuran pengajian untuk pelajar antarabangsa kepada 110,000 yuan (RM71,199) setahun daripada kira-kira 20,000 yuan (RM12,945)

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

14 negara gesa tindakan terhadap krisis makanan kritikal di Sudan

Jordan, UAE, Maghribi, Mauritania, Chad, Comoros, Guinea-Bissau, Seychelles, Senegal, Benin, Kenya, Sierra Leone Uganda, Mozambique dan Nigeria pada Selasa bersama-sama menyuarakan situasi keterjaminan makanan membimbangkan dan risiko berlakunya kebuluran di Sudan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • 14 negara termasuk Jordan, UAE, Maghribi dan Mauritania pada Selasa bersama-sama menyuarakan situasi jaminan makanan membimbangkan dan risiko berlakunya kebuluran di Sudan.
  • Kenyataan itu dikeluarkan sebagai respons kepada laporan Klasifikasi Fasa Keselamatan Makanan Bersepadu (IPC) pada 27 Jun yang menyatakan kebimbangan terhadap tahap ketakjaminan makanan paling teruk di Sudan yang pernah dicatatkan, diperburukkan lagi dengan konflik dalaman empat belas bulan negara itu.
  • Menurut laporan itu, Sudan kini berdepan krisis yang belum pernah berlaku sebelum ini dengan 25.6 juta orang mengalami tahap ketakjaminan makanan yang tinggi, dan 14 kawasan berisiko kebuluran, lapor agensi berita Jordan, Petra.
  • Mereka turut menekankan kesan teruk yang bakal menimpa orang awam yang bakal memberi kesan kepada ribuan kanak-kanak yang mengalami kekurangan zat makanan (malnutrisi) akut yang kritikal.

Jordan, UAE, Maghribi, Mauritania, Chad, Comoros, Guinea-Bissau, Seychelles, Senegal, Benin, Kenya, Sierra Leone Uganda, Mozambique dan Nigeria pada Selasa bersama-sama menyuarakan situasi keterjaminan makanan membimbangkan dan risiko berlakunya kebuluran di Sudan.

Kenyataan itu dikeluarkan sebagai respons kepada laporan Klasifikasi Fasa Keselamatan Makanan Bersepadu (IPC) pada 27 Jun yang menyatakan kebimbangan terhadap tahap ketidak jaminan makanan paling teruk di Sudan yang pernah dicatatkan, diburukkan lagi dengan konflik dalaman empat belas bulan negara itu.

Menurut laporan tersebut, Sudan kini berdepan krisis yang belum pernah berlaku sebelum ini dengan 25.6 juta orang mengalami tahap ketidak jaminan makanan yang tinggi, dan 14 kawasan berisiko kebuluran, lapor agensi berita Jordan, Petra.

Negara-negara tersebut menyatakan kegusaran terhadap penemuan laporan IPC, memetik “kemerosotan teruk” keterjaminan makanan. 

Mereka menekankan kesan teruk yang bakal menimpa orang awam, termasuk ribuan kanak-kanak yang mengalami kekurangan zat makanan (malnutrisi) akut yang kritikal.

Kenyataan itu menggariskan cabaran kemanusiaan yang disebabkan peningkatan ketidak jaminan makanan, dengan menekankan potensi berlakunya perpindahan, aliran pelarian, dan corak penghijrahan di Sudan dan sekitar negara jiran.

Mereka juga mengulangi gesaan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kepada pihak yang berperang supaya membenarkan dan memudahkan penyampaian bantuan kemanusiaan yang cepat, selamat dan berterusan kepada orang awam yang memerlukan termasuk dihapuskan birokrasi dan halangan lain-lain.

Pengeluaran visa dan permit perjalanan yang diperlukan pekerja kemanusiaan dan bekalan penting, juga harus dipermudahkan, selaras dengan resolusi 2736 yang diterima pakai pada 13 Jun 2024.

Negara-negara tersebut juga menggesa pihak yang bertelagah di Sudan supaya segera menghentikan keganasan, menegakkan undang-undang kemanusiaan antarabangsa, dan mematuhi resolusi Majlis Keselamatan PBB yang berkaitan.

Mereka juga menyeru semua pihak luar mengelak daripada memberikan sokongan ketenteraan atau material kepada kumpulan berkonflik, sebaliknya menyokong tindakan yang mengurangkan ketegangan kepada usaha perdamaian. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending