Connect with us

Terkini

Umat Islam harus tumpah taat setia kepada Agong dalam pertahan keharmonian, kestabilan negara

Seluruh rakyat bertanggungjawab menumpahkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong serta bersama-sama kepimpinan negara dalam memelihara dan mempertahankan keharmonian dan kestabilan negara.

Wartawan TMT

Published

on

Umat Islam harus tumpah taat setia kepada Agong dalam pertahan keharmonian, kestabilan negara
Foto: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
  • Seluruh rakyat bertanggungjawab menumpahkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong serta bersama-sama kepimpinan negara dalam memelihara dan mempertahankan keharmonian dan kestabilan negara.
  • “Rakyat perlu menjalankan tanggungjawab masing-masing bagi menjaga dan mempertahankan kestabilan negara. Justeru, inilah tanggungjawab dan kewajipan yang saling melengkapi antara satu sama lain dan membuahkan natijah yang menyeluruh kepada semua.
  • “Titah pesanan yang telah disampaikan oleh baginda Tuanku harus menjadi pegangan yang sentiasa tersemat dalam sanubari kita supaya kita rasa bertanggungjawab menjadi warganegara yang baik dan bekerjasama memakmurkan negara tercinta ini,” menurut khutbah yang disediakan khas oleh Jabatan Kebajikan Islam Malaysia (JAKIM) 
  • Khutbah khas tersebut bersempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Isnin ini, yang bertajuk “Dirgahayu Tuanku: Di Bawah Naungan Ilahi” mimbar menjelaskan mentaati pemerintah merupakan satu dari tuntutan agama seperti yang termaktub dalam al-Quran dan hadis Rasulullah SAW.

KUALA LUMPUR – Seluruh rakyat bertanggungjawab menumpahkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong serta bersama-sama kepimpinan negara dalam memelihara dan mempertahankan keharmonian dan kestabilan negara.

Menerusi khutbah khas bersempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Isnin ini, yang bertajuk “Dirgahayu Tuanku: Di Bawah Naungan Ilahi” mimbar menjelaskan mentaati pemerintah merupakan satu dari tuntutan agama seperti yang termaktub dalam al-Quran dan hadis Rasulullah SAW.

“Rakyat perlu menjalankan tanggungjawab masing-masing bagi menjaga dan mempertahankan kestabilan negara. Justeru, inilah tanggungjawab dan kewajipan yang saling melengkapi antara satu sama lain dan membuahkan natijah yang menyeluruh kepada semua.

“Titah pesanan yang telah disampaikan oleh baginda Tuanku harus menjadi pegangan yang sentiasa tersemat dalam sanubari kita supaya kita rasa bertanggungjawab menjadi warganegara yang baik dan bekerjasama memakmurkan negara tercinta ini,” menurut khutbah tersebut.

Teks khutbah khas berkenaan disediakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Khutbah turut menyentuh mengenai pemerintahan Seri Paduka yang rakyat telah menyaksikan dan menikmati bermacam bentuk kebijaksanaan dan keadilan baginda yang mengurus tadbir dan menyelesaikan banyak isu dan konflik yang timbul.

“Baginda telah bertindak sebagai perekat sosial yang mencantumkan semangat keakraban dan kesepaduan antara rakyat berbilang kaum di negara ini. Baginda sangat menekankan semangat muhibah dan semangat saling menghormati antara kaum yang menjadi asas kepada kestabilan negara,” menurut khutbah itu.

Khutbah juga menekankan bahawa peranan Seri Paduka dan Raja-Raja Melayu sangat penting dalam memastikan Islam tetap diletakkan pada kedudukannya yang tertinggi dalam pemerintahan negara sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Negara.

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Gangguan IT global jejaskan operasi penerbangan, bank, media & hospital

Institusi utama seperti syarikat penerbangan, bank, media dan hospital di beberapa negara dilaporkan terjejas akibat gangguan siber besar-besaran, menurut beberapa laporan media melalui platform X.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • “Kegagalan siber global: Platform keselamatan siber CrowdStrike mengalami kejatuhan di seluruh dunia, menyebabkan masalah IT global, gangguan dalam syarikat penerbangan antarabangsa, bank dan saluran media,” menurut agensi berita Sputnik melalui akaun X @SputInt.
  • Agensi Anadolu (AA) pada platform X @anadoluagency melaporkan hospital dan perkhidmatan kesihatan juga telah terjejas oleh kegagalan pelayan, dengan Kementerian Kesihatan Israel mengesahkan gangguan tersebut.
  • Perkhidmatan MAHB tidak terjejas oleh gangguan IT global yang mengakibatkan gangguan perjalanan besar di Eropah, Amerika Syarikat dan lapangan terbang Australia.
  • Syarikat penerbangan tambang rendah tempatan AirAsia berkata walaupun ia mengalami gangguan sistem dalaman, tiada pembatalan penerbangan.

KUALA LUMPUR — Institusi utama seperti syarikat penerbangan, bank, media dan hospital di beberapa negara dilaporkan terjejas akibat gangguan siber besar-besaran, menurut beberapa laporan media melalui platform X.

“Kegagalan siber global: Platform keselamatan siber CrowdStrike mengalami kejatuhan di seluruh dunia, menyebabkan masalah IT global, gangguan dalam syarikat penerbangan antarabangsa, bank dan saluran media,” menurut agensi berita Sputnik melalui akaun X @SputInt.

BBC pada akaun X @BBCBreaking melaporkan bahawa gangguan IT secara besar-besaran telah menyebabkan pesawat tidak boleh berlepas dan menjejaskan bank, penyiar dan perniagaan di seluruh dunia.

Akaun X Bloomberg @business melaporkan bahawa satu siri gangguan teknikal, yang dicetuskan oleh gangguan Microsoft dilaporkan, mengganggu perkhidmatan di seluruh dunia, menjejaskan sektor daripada syarikat penerbangan hingga perbankan.

Agensi Anadolu (AA) pada platform X @anadoluagency melaporkan bahawa hospital dan perkhidmatan kesihatan juga telah terjejas oleh kegagalan pelayan, dengan Kementerian Kesihatan Israel mengesahkan gangguan tersebut.

Di Australia, Al Jazeera di X @AJEnglish melaporkan gangguan IT besar yang menjejaskan bank, telekomunikasi, saluran media dan syarikat penerbangan.

Juga di Australia, Lapangan Terbang Melbourne melalui akaun Xnya @MelAir berkata bahawa ia sedang mengalami isu teknologi global yang memberi kesan kepada prosedur daftar masuk untuk beberapa syarikat penerbangan.

Frontier Airlines melalui @FlyFrontier melaporkan kesan gangguan Microsoft pada sistem mereka, menjejaskan tempahan, daftar masuk, akses kepada pas masuk dan beberapa penerbangan.

Sementara itu, perkhidmatan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) tidak terjejas oleh gangguan IT global yang mengakibatkan gangguan perjalanan besar di Eropah, Amerika Syarikat serta lapangan terbang Australia.

Bagaimanapun, syarikat penerbangan tambang rendah tempatan AirAsia berkata walaupun ia mengalami gangguan sistem dalaman, tiada pembatalan penerbangan.

Difahamkan Malaysia Airlines juga tidak terjejas.

Walaupun nampaknya tiada pembatalan setakat ini, penerbangan ke destinasi yang terjejas akibat gangguan global boleh menjejaskan penerbangan Malaysia Airlines. — BERNAMA/Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending