Connect with us

Terkini

Tiada kontroversi kontrak Acryl Sani ditamatkan awal – Menteri Dalam Negeri

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, menegaskan tiada sebarang isu kontroversi di sebalik penamatan awal kontrak jawatan Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.

Wartawan TMT

Published

on

Tiada kontroversi kontrak Acryl Sani ditamatkan awal – Menteri Dalam Negeri
Foto: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
  • Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, menegaskan tiada sebarang isu kontroversi di sebalik penamatan awal kontrak jawatan Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.
  • Beliau berkata, ia adalah perkara biasa bagi sesiapa yang menjawat jawatan secara kontrak dalam kerajaan.
  • “Semua pegawai polis atau penjawat awam kalau namanya kontrak, dia tahu daripada ‘the moment’ kontrak itu, bila-bila masa boleh ditamatkan, itu jawatan kontrak, boleh penuhi tempoh kontrak, boleh tamat awal.
  • “Sesiapa pun yang menjawat jawatan dalam kerajaan yang namanya jawatan kontrak, dia tahu itu definisi jawatan kontrak. Tiada kontroversi sebab prosesnya adalah tetap sama iaitu kita kena persembahkan dan mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong (Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah),” katanya pada sesi temubual bersama media semalam.

PUTRAJAYA: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, menegaskan tiada sebarang isu kontroversi di sebalik penamatan awal kontrak jawatan Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.

Beliau berkata, ia adalah perkara biasa bagi sesiapa yang menjawat jawatan secara kontrak dalam kerajaan.

“Semua pegawai polis atau penjawat awam kalau namanya kontrak, dia tahu daripada ‘the moment’ kontrak itu, bila-bila masa boleh ditamatkan, itu jawatan kontrak, boleh penuhi tempoh kontrak, boleh tamat awal.

“Sesiapa pun yang menjawat jawatan dalam kerajaan yang namanya jawatan kontrak, dia tahu itu definisi jawatan kontrak. Tiada kontroversi sebab prosesnya adalah tetap sama iaitu kita kena persembahkan dan mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong (Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah),” katanya pada sesi temubual bersama media semalam.

Terdahulu, Saifuddin Nasution dalam satu kenyataan mengumumkan, Tan Sri Razarudin Husain dilantik sebagai Ketua Polis Negara yang baharu, manakala Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay pula dilantik sebagai Timbalannya, berkuat kuasa esok.

Pelantikan Razarudin secara kontrak selama dua tahun adalah bagi menggantikan Acryl Sani yang bersara lebih awal.

Saifuddin Nasution berkata, pelantikan itu mendapat perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dengan nasihat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas perakuan Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP).

Mengulas lanjut, Saifuddin Nasution menyifatkan Acryl Sani adalah seorang yang selesa dan kondusif untuk bekerjasama kerana banyak urusan mengenai keamanan dan ketenteraman awam dilaksanakan secara profesional.

Malah, pada masa sama, beliau turut menjalin hubungan kerjasama yang baik dengan Razarudin.

“Jadi transisi ini pada saya tidak kekok. Kedua-duanya sangat profesional dalam tiga elemen iaitu siasatan, perisikan dan kefahaman yang baik mengenai keamanan serta ketenteraman awam.

“Jadi tiga rukun itu perlu ada bagi setiap pegawai tertinggi polis. Soal kompetensi baik Acyrl Sani atau Razarudin, saya boleh bekerjasama baik dengan mereka,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

‘Edisi Siasat’ disiasat

Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.
  • Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.
  • Kandungan yang tular terbabit berbentuk pengakuan tentang kronologi kisah pembunuhan Zayn Rayyan yang dirancang oleh kedua ibu bapanya.
  • Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, MCMC bagi mengesan individu yang terlibat. 
  • “Ia adalah perkara yang perlu dilakukan, samada pihak MCMC berkemampuan itu saya tidak pasti. Kami akan siasat apa yang telah dikeluarkan dalam konteks ES itu dan ingin saya katakan sekali lagi segala perkara yang melibatkan siasatan ini harus datang dari pihak yang rasmi.
  • “Kita akan menyiasat sepenuhnya. Sesiapa yang kita kenalpasti, saya tidak teragak-agak langsung kerana segala penat jerih rakan-rakan boleh tergugat dengan perkara itu,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman sebentar tadi.

KUALA LUMPUR – Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.

Kandungan yang tular terbabit berbentuk pengakuan tentang kronologi kisah pembunuhan Zayn Rayyan yang dirancang oleh kedua ibu bapanya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, MCMC bagi mengesan individu yang terlibat. 

“Ia adalah perkara yang perlu dilakukan, samada pihak MCMC berkemampuan itu saya tidak pasti. Kami akan siasat apa yang telah dikeluarkan dalam konteks ES itu dan ingin saya katakan sekali lagi segala perkara yang melibatkan siasatan ini harus datang dari pihak yang rasmi.

“Kita akan menyiasat sepenuhnya. Sesiapa yang kita kenalpasti, saya tidak teragak-agak langsung kerana segala penat jerih rakan-rakan boleh tergugat dengan perkara itu,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman sebentar tadi.

Beliau bertegas bahawa perbuatan tidak bertanggungjawab itu boleh mengganggu perbicaraan kes bagi menegakkan keadilan terhadap kanak-kanak malang itu serta memberi implikasi kepada semua pihak termasuk pihak pendakwaan, pembelaan dan juga keluarga mangsa.

Mengulas mengenai kenyataan peguam Fahmi Abd Moin yang mendakwa siasatan di bawah Seksyen 302  Kanun Keseksaan masih dijalankan sehingga pelaku sebenar ditahan, beliau berkata siasatan telah selesai selepas pendakwaan terhadap ibu bapa mangsa di mahkamah semalam.

“Seperti yang saya katakan semalam, bahagian kita dalam menyiasat kes itu telah diakhiri dengan pendakwaan ibu bapa Zayn Rayyan.

“Sekiranya ada pendedahan baharu semasa prosiding perbicaraan dan Timbalan Pendakwa Raya mengarahkan kami menyiasat lebih lanjut, kami akan berbuat demikian,” tambahnya.

Mengenai tindakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor yang kini menjaga adik Zayn Rayyan, beliau berkata ia adalah tanggungjawab undang-undang dan moral untuk berbuat demikian. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending