Connect with us

Terkini

Tiada keperluan anjur Autistic Pride Day, timbulkan kekeliruan dengan agenda halus LGBTQ – NGO

Tiada keperluan mengadakan Autistic Pride Day di Malaysia pada setiap 18 Jun kerana ia boleh mengelirukan kelompok autisme dan masyarakat dengan Pride Month yang disambut komuniti songsang LGBTQ.

Published

on

Tiada keperluan anjur Autistic Pride Day, timbulkan kekeliruan dengan agenda halus LGBTQ – NGO
Foto: Presiden Pertubuhan Kesedaran Autism KL (Sedar Autism), Siti Fauzliana Abdul Razak (gambar kecil).
  • Tiada keperluan mengadakan Autistic Pride Day di Malaysia pada setiap 18 Jun kerana mengelirukan kelompok autisme dan masyarakat dengan Pride Month yang disambut komuniti songsang LGBTQ.
  • Presiden Pertubuhan Kesedaran Autism KL (Sedar Autism), Siti Fauzliana Abdul Razak berkata, berdasarkan pembacaan beliau, sambutan itu diwujudkan di negara Barat bermodelkan ‘Gay Pride Day’.
  • Autistic Pride Day secara literal bertujuan menyambut kelompok autisme agar mereka berasa bangga, tidak berasa malu ataupun takut dengan kondisi mereka.
  • “Itu yang saya rasa ia sedikit menyusahkan kerana ia menimbulkan kekeliruan sebab kita sendiri dah ada Autism Awareness Month pada bulan April apabila dibuat pula bulan enam (Autistic Pride Day) di mana bulan enam adalah Pride Month untuk golongan LGBT jadi benda itu memang sangat menimbulkan kekeliruan,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times hari ini.
  • Kekeliruan timbul apabila majlis itu diadakan pada 18 Jun iaitu tarikh sama dengan Autistic Pride Day selain posternya turut memaparkan gambar pelangi infiniti yang memang merujuk kepada kelompok songsang LGBTQ.

KUALA LUMPUR — Tiada keperluan mengadakan Autistic Pride Day di Malaysia pada setiap 18 Jun kerana ia boleh mengelirukan kelompok autisme dan masyarakat dengan Pride Month yang disambut komuniti songsang LGBTQ.

Presiden Pertubuhan Kesedaran Autism KL (Sedar Autism), Siti Fauzliana Abdul Razak berkata, berdasarkan pembacaan beliau, sambutan itu diwujudkan di negara Barat bermodelkan ‘Gay Pride Day’.

Katanya, masyarakat perlu dijelaskan perbezaan di antara sambutan itu dengan Pride Month untuk mengelakkan sebarang kekeliruan berlaku.

Beliau berkata secara literal Autistic Pride Day adalah untuk menyambut kelompok autisme agar mereka berasa bangga dengan diri, tidak berasa malu ataupun takut dengan kondisi mereka.

“Saya sendiri ada anak autisme dua orang yang mana pemikiran mereka semuanya suci jadi kita yang mencorakkan mereka kalau timbul kekeliruan yang sebegini bagaimana penerimaan anak-anak yang ada pemikiran suci ini?

“Itu yang saya rasa ia sedikit menyusahkan kerana ia menimbulkan kekeliruan sebab kita sendiri dah ada Autism Awareness Month pada bulan April apabila dibuat pula bulan enam (Autistic Pride Day) di mana bulan enam adalah Pride Month untuk golongan LGBT jadi benda itu memang sangat menimbulkan kekeliruan,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times hari ini.

Foto: Twitter @projectlilymy.

Beliau berkata demikian ketika mengulas satu majlis meraikan golongan autisme diadakan di ibu negara semalam yang dikhuatiri ada kaitan dengan Pride Month.

Ini kerana majlis itu diadakan pada 18 Jun iaitu tarikh sama dengan Autistic Pride Day selain posternya turut memaparkan gambar pelangi infiniti yang memang merujuk kepada kelompok songsang itu.

Mengulas lanjut, Siti Fauzliana berkata sesiapa sahaja buat kali pertama mengetahui Autistic Pride Day diadakan pada bulan Jun pasti akan terdetik memikirkan sama ada ia ada kaitan dengan Pride Month atau sebaliknya.

Katanya, golongan autisme menjadi sasaran kelompok songsang itu kerana ingin menunjukkan atau cubaan menormaliasikan mereka yang ‘lain’ daripada neurotypical sebagai satu kumpulan.

“Mereka ambil kesempatan kepada golongan (autisme) yang suci dan lurus ini yang mana dianggap lain, dalam masyarakat kita kan ada neurotypical dan siapa-siapa yang ada diagnosis kan. 

“Golongan ada diagnosis seperti autisme ini dikira lain iaitu Orang Kelainan Upaya (OKU)…. dan LGBT sememangnya lain daripada norma kita jadi bila diletakkan sebegitu mereka merasakan mereka dari satu kumpulan sama dan mereka cuba menormalisasikan itu,” katanya.

Autisme adalah gangguan perkembangan neuro sepanjang hayat yang biasanya muncul pada awal usia kanak-kanak dan mempengaruhi kemahiran sosial, komunikasi, hubungan dan pengaturan diri seseorang.

Memetik laporan Autistic Empath, Autistic Pride Day disambut pada 18 Jun setiap tahun ketika komuniti songsang LGBTQ meraikan Pride Month sepanjang Jun.

Lambang pelangi berbentuk infiniti pula dipilih sebagai simbol rasmi Autistic Pride Day ini. – The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author