Connect with us

Antarabangsa

Terkena jubin lantai retak di taman permainan, kanak-kanak terima 24 jahitan

Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun setengah terjatuh berhampiran sebuah taman permainan dan dahinya luka akibat terkena retakan tajam pada jubin lantai.

Wartawan TMT

Published

on

Terkena jubin lantai retak di taman permainan, kanak-kanak terima 24 jahitan
Foto: Kanak-kanak lelaki berusia dua tahun setengah ketika menerima rawatan di Hospital.
  • Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun setengah terjatuh berhampiran sebuah taman permainan dan dahinya luka akibat terkena retakan tajam pada jubin lantai.
  • Menurut laporan China Press, kejadian berlaku pada 31 Mei lalu di pejalan kaki berhampiran taman permainan di Sengkang, Singapura.
  • Doktor membuat 24 jahitan sepanjang luka dua sentimeter itu.
  • Setelah rawatan, kanak-kanak itu terpaksa tinggal di wad selama dua malam untuk pemerhatian. Guo berkata rawatan anaknya memakan kos SGD 8,400 (RM28,560).

Singapura – Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun setengah terjatuh berhampiran sebuah taman permainan dan dahinya luka akibat terkena retakan tajam pada jubin lantai.

Menurut laporan China Press, kejadian berlaku pada 31 Mei lalu di pejalan kaki berhampiran taman permainan di Sengkang, Singapura.

Ibu kanak-kanak itu, Guo memberitahu media pada waktu itu pembantu rumah membawa anaknya bermain di taman permainan.

Anaknya terjatuh dan dahinya terkena serpihan jubin yang tajam sehingga kelihatan tulang.

Pembantu rumah membawa kanak-kanak itu pulang dan Guo membawa anaknya ke hospital untuk menerima rawatan.

Doktor membuat 24 jahitan sepanjang luka dua sentimeter itu.

Setelah rawatan, kanak-kanak itu terpaksa tinggal di wad selama dua malam untuk pemerhatian.

Guo berkata rawatan anaknya memakan kos SGD8,400 (RM28,560).

Guo tidak faham mengapa jubin lantai yang pecah itu tidak dibaiki dan dia bercadang untuk menuntut perbelanjaan perubatan daripada pihak berkuasa.

Dia juga berharap pihak berkuasa akan membaiki jubin lantai yang retak itu secepat mungkin untuk mengelakkan perkara seperti itu berulang.

Sumber: China Press

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Remaja ketagih vape rebah, berubah ‘biru’ dan hampir mati

Seorang bapa memberi amaran kepada ibu bapa lain tentang bahaya vape yang mengancam nyawa anak perempuan remajanya yang tiba-tiba rebah dan bertukar ‘biru’ ketika di rumah rakannya.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Kyla Blight yang menghisap vape menyamai tindakan menghisap 400 batang rokok seminggu.
  • Seorang bapa memberi amaran kepada ibu bapa lain tentang bahaya vape yang mengancam nyawa anak perempuan remajanya yang tiba-tiba rebah dan bertukar ‘biru’ ketika di rumah rakannya.
  • Daily Mail melaporkan paru-paru remaja itu ‘pecah’ disebabkan rutinnya menghisap vape yang menyamai tindakan menghisap 400 batang rokok seminggu.
  • Pada awal pagi 11 Mei, Mark Blight yang menetap di Egremont, Cumbria, England, membawa anaknya, Kyla Blight, 17, ke hospital selepas menerima panggilan telefon memberitahu anaknya rebah dan berubah ‘biru’ ketika bermalam di rumah rakannya.
  • Selepas jantungnya hampir berhenti berdegup, remaja berusia 17 tahun itu menjalani pembedahan selama lima setengah jam untuk membuang sebahagian paru-parunya.
  • Pakar perubatan menemui lepuh udara kecil dikenali sebagai  pulmonary bleb, berkembang di bahagian atas paru-parunya. Vape berlebihan dipercayai menjadi penyebab lepuh ini pecah dan paru-parunya gagal berfungsi.

Seorang bapa memberi amaran kepada ibu bapa lain tentang bahaya vape yang mengancam nyawa anak perempuan remajanya yang tiba-tiba rebah dan bertukar ‘biru’ ketika di rumah rakannya.

Daily Mail melaporkan paru-paru remaja itu ‘pecah’ disebabkan rutinnya menghisap vape yang menyamai tindakan menghisap 400 batang rokok seminggu.

Pada awal pagi 11 Mei, Mark Blight yang menetap di Egremont, Cumbria, England, membawa anaknya, Kyla Blight, 17, ke hospital selepas menerima panggilan telefon memberitahu anaknya rebah dan berubah ‘biru’ ketika bermalam di rumah rakannya.

Selepas jantungnya hampir berhenti berdegup, remaja berusia 17 tahun itu menjalani pembedahan selama lima setengah jam untuk membuang sebahagian paru-parunya.

Pakar perubatan menemui lepuh udara kecil dikenali sebagai  pulmonary bleb yang berkembang di bahagian atas paru-parunya. 

Vape berlebihan dipercayai menjadi penyebab lepuh itu pecah dan paru-parunya gagal berfungsi.

Kyla yang mula menghisap vape pada usia 15 tahun percaya tabiat itu ‘tidak berbahaya’ dan melakukan 4,000 sedutan vape seminggu menyamai nikotin 400 batang rokok.

Selepas pembedahan, Kyla menghabiskan dua minggu di hospital sebelum dibenarkan pulang ke rumah sepenuhnya.

“Saya bercakap dengan pakar bedah dan dia menyebut tentang lepuh yang boleh terbentuk pada paru-paru. 

“Mereka fikir bahawa vape pakai buanglah yang memecahkan lepuh ini dan menusuk lubang pada paru-paru anda.

“Nampaknya ia perkara yang diketahui sekarang. Dia telah melakukan banyak operasi seperti ini,” kata Blight.

Walaupun vape secara meluas dilihat lebih selamat daripada merokok, kesan jangka panjang vape masih kekal misteri.

Doktor menyatakan kebimbangan adanya gelombang penyakit paru-paru, masalah pergigian dan kanser dalam beberapa dekad yang akan datang pada mereka yang memulakan tabiat itu.

Tahun lalu, pakar pediatrik terkemuka memberi amaran bahawa kanak-kanak dimasukkan ke hospital dengan kesukaran bernafas akibat vape, di tengah-tengah wabak vape golongan belia pada tahap ‘mengganggu.’ – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending