Connect with us

Antarabangsa

Tentera rejim Israel bunuh empat rakyat Palestin di Jenin

Tentera Israel membunuh lima rakyat Palestin, termasuk seorang pejuang dalam serbuan dan tembakan dari helikopter di Tebing Barat yang ditakluki.

Wartawan TMT

Published

on

Tentera rejim Israel bunuh empat rakyat Palestin di Jenin
Foto: Gambar kepulan asap selepas tembakan roket tentera Israel di Jenin.
  • Tentera Israel membunuh lima rakyat Palestin, termasuk seorang pejuang dalam serbuan dan tembakan dari helikopter di Tebing Barat yang ditakluki.
  • Bunyi tembakan kedengaran di seluruh Jenin ketika rakyat Palestin yang cedera dikejarkan ke Hospital Ibnu Sina menaiki ambulans.
  • Kementerian Kesihatan Palestin dalam kenyataan berkata, lima orang terbunuh, manakala 62 yang lain cedera dalam keganasan berkenaan.
  • Seorang yang terbunuh ialah seorang remaja, Ahmed Saqer, 15, manakala dua yang terbunuh ialah Khaled Assassa, 21, dan Qassam Abu Saria, 29.

JENIN: Tentera Israel membunuh lima rakyat Palestin, termasuk seorang pejuang dalam serbuan dan tembakan dari helikopter di Tebing Barat yang ditakluki.

Bunyi tembakan kedengaran di seluruh Jenin ketika rakyat Palestin yang cedera dikejarkan ke Hospital Ibnu Sina menaiki ambulans.

Kementerian Kesihatan Palestin dalam kenyataan berkata, lima orang terbunuh, manakala 62 yang lain cedera dalam keganasan berkenaan.

Seorang yang terbunuh ialah seorang remaja, Ahmed Saqer, 15, manakala dua yang terbunuh ialah Khaled Assassa, 21, dan Qassam Abu Saria, 29.

Jihad Islam Palestin dalam kenyataan mendakwa Abu Saria ialah pejuang kumpulan itu.

Timbalan Gabenor Jenin, Kamal Abu al-Rub menyatakan tentera Israel melancarkan serbuan kira-kira jam 4:00 pagi waktu tempatan.

“Tentera menyerbu kem pelarian di Jenin dan kawasan bandar selepas waktu subuh dan berlaku tembakan yang dahsyat,” katanya.

Seorang wartawan AFP mengesahkan pertempuran masih berterusan sehingga 2:25 petang waktu tempatan. 

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati ke Israel

Kumpulan bersenjata Lubnan, Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati menyasarkan 15 kedudukan tentera rejim zionis di utara Israel.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kumpulan bersenjata Lubnan, Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati menyasarkan 15 kedudukan tentera rejim zionis di utara Israel.
  • Serangan itu merupakan serangan terbesar kumpulan itu sejak tercetusnya keganasan antara kedua-dua pihak pada 8 Oktober tahun lalu, sumber Hizbullah memberitahu Al Jazeera Arabic pada Khamis.
  • Media Israel melaporkan serangan roket Hizbullah mencederakan sekurang-kurangnya dua orang dan menyebabkan 15 kebakaran.

Kumpulan bersenjata Lubnan, Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati menyasarkan 15 kedudukan tentera rejim zionis di utara Israel.

Menurut sumber Hizbullah kepada Al Jazeera Arabic semalam, serangan tersebut merupakan serangan terbesar kumpulan itu sejak tercetusnya keganasan antara kedua-dua pihak pada 8 Oktober tahun lalu.

Media Israel melaporkan serangan roket Hizbullah mencederakan sekurang-kurangnya dua orang selain mengakibatkan 15 kebakaran.

Tentera Israel dalam hantaran di platform X berkata “banyak” serangan yang dilepaskan dapat dipintas namun ada diantaranya penyebab tercetusnya kebakaran.

Dalam satu kenyataan rasmi, Hizbullah berkata operasi itu “untuk menyokong ketabahan rakyat Palestin, keberanian dan penentangan penuh bermaruah mereka di Gaza selain tindak balas terhadap pembunuhan dilakukan Zionis di Jouaiyya.”– The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending