Connect with us

Antarabangsa

Tentera Israel bunuh lagi rakyat Palestin

Tentera Israel menembak mati seorang pejuang Palestin di Tebing Barat semalam dalam satu operasi merobohkan sebuah apartmen.

Wartawan TMT

Published

on

Tentera Israel bunuh lagi rakyat Palestin
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Tentera Israel menembak mati seorang pejuang Palestin di Tebing Barat semalam dalam satu operasi merobohkan sebuah apartmen.
  • Kementerian Kesihatan Palestin dalam satu kenyataan, berkata mangsa Khalil Yahya Anis, 20, ditembak di bahagian kepala di Nablus.
  • Seorang pegawai di hospital Al Najah di Nablus berkata kepada AFP bahawa dua lagi rakyat Palestin cedera dalam pertempuran yang tercetus apabila tentera Israel memasuki bandar itu untuk merobohkan rumah seorang individu yang didakwa penyerang.
  • Seorang wartawan AFP turut menyaksikan sekumpulan lelaki muda meninjau kerosakan apartmen itu selepas subuh tadi.
  • Seorang pegawai keselamatan Palestin yang enggan namanya disiarkan mengesahkan Anis adalah seorang pejuang, namun tidak menyatakan dengan kumpulan mana mangsa bernaung.

NABLUS: Tentera Israel menembak mati seorang pejuang Palestin di Tebing Barat semalam dalam satu operasi merobohkan sebuah apartmen.

Kementerian Kesihatan Palestin dalam satu kenyataan, berkata mangsa Khalil Yahya Anis, 20, ditembak di bahagian kepala di Nablus.

Seorang pegawai di hospital Al Najah di Nablus berkata kepada AFP bahawa dua lagi rakyat Palestin cedera dalam pertempuran yang tercetus apabila tentera Israel memasuki bandar itu untuk merobohkan rumah seorang individu yang didakwa penyerang.

Seorang wartawan AFP turut menyaksikan sekumpulan lelaki muda meninjau kerosakan apartmen itu selepas subuh tadi.

Seorang pegawai keselamatan Palestin yang enggan namanya disiarkan mengesahkan Anis adalah seorang pejuang, namun tidak menyatakan dengan kumpulan mana mangsa bernaung.

“Tentera Israel dikatakan dalam serbuan menyatakan suspek melepaskan tembakan ke arah anggota tentera.

“Anggota tentera bertindak balas dengan tembakan,” katanya.

Saksi berkata, tentera zionis merobohkan flat Osama Taweel, seorang ahli kumpulan pejuang Lions’ Den.

Taweel ditangkap oleh Israel pada Februari lalu selepas didakwa menembak mati tentera Israel, Ido Baurch di penempatan Tebing Barat pada November lalu.

Israel ketika ini kerap merobohkan rumah penduduk Palestin yang melakukan serangan terhadap warganya.

Tindakan itu juga dikritik walaupun ada yang mendakwa mengatakan ia adalah hukuman kolektif.

Menurut pengiraan AFP daripada sumber rasmi, sekurang-kurangnya 159 rakyat Palestin, 21 warga Israel, masing-masing seorang Ukraine dan Itali maut dalam keganasan yang dikaitkan dengan konflik Israel-Palestin, sejak awal tahun ini.

Angka itu termasuk pejuang serta orang awam dan di pihak Israel pula tiga anggota minoriti Arab.

Israel menduduki secara haram Tebing Barat sejak 1967. 

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Remaja ketagih vape rebah, berubah ‘biru’ dan hampir mati

Seorang bapa memberi amaran kepada ibu bapa lain tentang bahaya vape yang mengancam nyawa anak perempuan remajanya yang tiba-tiba rebah dan bertukar ‘biru’ ketika di rumah rakannya.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Kyla Blight yang menghisap vape menyamai tindakan menghisap 400 batang rokok seminggu.
  • Seorang bapa memberi amaran kepada ibu bapa lain tentang bahaya vape yang mengancam nyawa anak perempuan remajanya yang tiba-tiba rebah dan bertukar ‘biru’ ketika di rumah rakannya.
  • Daily Mail melaporkan paru-paru remaja itu ‘pecah’ disebabkan rutinnya menghisap vape yang menyamai tindakan menghisap 400 batang rokok seminggu.
  • Pada awal pagi 11 Mei, Mark Blight yang menetap di Egremont, Cumbria, England, membawa anaknya, Kyla Blight, 17, ke hospital selepas menerima panggilan telefon memberitahu anaknya rebah dan berubah ‘biru’ ketika bermalam di rumah rakannya.
  • Selepas jantungnya hampir berhenti berdegup, remaja berusia 17 tahun itu menjalani pembedahan selama lima setengah jam untuk membuang sebahagian paru-parunya.
  • Pakar perubatan menemui lepuh udara kecil dikenali sebagai  pulmonary bleb, berkembang di bahagian atas paru-parunya. Vape berlebihan dipercayai menjadi penyebab lepuh ini pecah dan paru-parunya gagal berfungsi.

Seorang bapa memberi amaran kepada ibu bapa lain tentang bahaya vape yang mengancam nyawa anak perempuan remajanya yang tiba-tiba rebah dan bertukar ‘biru’ ketika di rumah rakannya.

Daily Mail melaporkan paru-paru remaja itu ‘pecah’ disebabkan rutinnya menghisap vape yang menyamai tindakan menghisap 400 batang rokok seminggu.

Pada awal pagi 11 Mei, Mark Blight yang menetap di Egremont, Cumbria, England, membawa anaknya, Kyla Blight, 17, ke hospital selepas menerima panggilan telefon memberitahu anaknya rebah dan berubah ‘biru’ ketika bermalam di rumah rakannya.

Selepas jantungnya hampir berhenti berdegup, remaja berusia 17 tahun itu menjalani pembedahan selama lima setengah jam untuk membuang sebahagian paru-parunya.

Pakar perubatan menemui lepuh udara kecil dikenali sebagai  pulmonary bleb yang berkembang di bahagian atas paru-parunya. 

Vape berlebihan dipercayai menjadi penyebab lepuh itu pecah dan paru-parunya gagal berfungsi.

Kyla yang mula menghisap vape pada usia 15 tahun percaya tabiat itu ‘tidak berbahaya’ dan melakukan 4,000 sedutan vape seminggu menyamai nikotin 400 batang rokok.

Selepas pembedahan, Kyla menghabiskan dua minggu di hospital sebelum dibenarkan pulang ke rumah sepenuhnya.

“Saya bercakap dengan pakar bedah dan dia menyebut tentang lepuh yang boleh terbentuk pada paru-paru. 

“Mereka fikir bahawa vape pakai buanglah yang memecahkan lepuh ini dan menusuk lubang pada paru-paru anda.

“Nampaknya ia perkara yang diketahui sekarang. Dia telah melakukan banyak operasi seperti ini,” kata Blight.

Walaupun vape secara meluas dilihat lebih selamat daripada merokok, kesan jangka panjang vape masih kekal misteri.

Doktor menyatakan kebimbangan adanya gelombang penyakit paru-paru, masalah pergigian dan kanser dalam beberapa dekad yang akan datang pada mereka yang memulakan tabiat itu.

Tahun lalu, pakar pediatrik terkemuka memberi amaran bahawa kanak-kanak dimasukkan ke hospital dengan kesukaran bernafas akibat vape, di tengah-tengah wabak vape golongan belia pada tahap ‘mengganggu.’ – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending