Connect with us

Terkini

Tarikh pendaftaran SPM 2023 calon persendirian dilanjut hingga 30 Jun

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melanjutkan tarikh pendaftaran peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2023 bagi calon persendirian sehingga 30 Jun 2023.

Wartawan TMT

Published

on

Tarikh pendaftaran SPM 2023 calon persendirian dilanjut hingga 30 Jun
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melanjutkan tarikh pendaftaran peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2023 bagi calon persendirian sehingga 30 Jun 2023.
  • KPM memberi perhatian terhadap isu keciciran dan sebagai usaha memenuhi hasrat Perdana Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim agar memberi peluang kedua kepada calon SPM 2022 yang tidak menghadiri peperiksaan yang lepas, KPM mengambil keputusan untuk melanjutkan tarikh pendaftaran sehingga 30 Jun 2023 (Jumaat), jam 6.00 petang.
  • Calon lepasan SPM 2022 akan dikecualikan daripada fi bayaran lewat daftar. 

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melanjutkan tarikh pendaftaran peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2023 bagi calon persendirian sehingga 30 Jun 2023.

KPM dalam satu kenyataannya di sini hari ini berkata, tarikh pendaftaran SPM Tahun 2023 sepatutnya tamat pada 2 Jun lalu.

KPM memberi perhatian terhadap isu keciciran dan sebagai usaha memenuhi hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar memberi peluang kedua kepada calon SPM 2022 yang tidak menghadiri peperiksaan yang lepas, KPM mengambil keputusan untuk melanjutkan tarikh pendaftaran sehingga 30 Jun 2023 (Jumaat), jam 6.00 petang.

Foto: Kenyataan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kenyataan itu berkata calon yang ingin membuat pendaftaran boleh berbuat demikian secara atas talian di pautan sppat.moe.gov.my

Calon lepasan SPM 2022 akan dikecualikan daripada fi bayaran lewat daftar. Manakala calon persendirian yang lain masih tertakluk kepada syarat-syarat pendaftaran yang sedia ada, kata kenyataan KPM.

KPM berharap agar calon-calon lepasan SPM 2022 menggunakan peluang ini untuk memperbaiki keputusan SPM maisig-masing. – The Merdeka Times

Sumber: FB KPM 

Author

Terkini

Kredit e-Madani dilarang pindah atau tebus tunai, akaun boleh disekat

Kerajaan menegaskan nilai kredit eMADANI tidak boleh digunakan bagi pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kerajaan menegaskan nilai kredit eMadani tidak boleh digunakan bagi pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai.
  • Sebaliknya, Kementerian Kewangan (MOF) berkata, ia hanya boleh digunakan untuk pembelian secara fizikal melalui e-dompet yang terlibat iaitu MAE, Setel, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet atau QR DuitNow di 1.8 juta peruncit atau perniagaan di seluruh negara.
  • “Ini bagi mengelakkan penerima manfaat eMADANI daripada menjadi mangsa penipuan‘scam’ dan sekali gus hilang kredit eMADANI mereka.
  • “Pihak Kerajaan akan mengambil langkah tegas termasuk menyekat akaun yang terlibat dan melucutkan hak kredit penerima eMADANI jika terdapat laporan bagi mana-mana kes yang melibatkan pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

PUTRAJAYA – Kerajaan menegaskan nilai kredit eMADANI tidak boleh digunakan bagi pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai.

Sebaliknya, Kementerian Kewangan (MOF) berkata, ia hanya boleh digunakan untuk pembelian secara fizikal melalui e-dompet yang terlibat iaitu MAE, Setel, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet atau QR DuitNow di 1.8 juta peruncit atau perniagaan di seluruh negara.

Menurut MOF, pihaknya tidak akan bertanggungjawab jika terdapat sebarang kehilangan kredit akibat daripada pemindahan peer-to-peer atau penebusan tunai itu, justeru orang ramai dinasihatkan sentiasa berwaspada dengan tawaran perkhidmatan berkenaan oleh pihak tidak bertanggungjawab di platform media sosial.

“Ini bagi mengelakkan penerima manfaat eMADANI daripada menjadi mangsa penipuan ‘scam’ dan sekali gus hilang kredit eMADANI mereka.

“Pihak Kerajaan akan mengambil langkah tegas termasuk menyekat akaun yang terlibat dan melucutkan hak kredit penerima eMADANI jika terdapat laporan bagi mana-mana kes yang melibatkan pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas MOF, program eMADANI diluncurkan bertujuan untuk menggalakkan ekonomi digital dan memupuk budaya pembayaran tanpa tunai.

Pendaftaran program eMADANI dibuka sehingga 20 Februari 2024 dan akan memanfaatkan seramai 10 juta rakyat dewasa yang layak, meliputi golongan B40 dan M40.

Advertisement

Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM1 bilion bagi program berkenaan seperti diumumkan pada majlis peluncuran kerangka Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat pada 27 Julai lalu.

Sumber : Utusan

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending