Connect with us

Terkini

Tarik minat belajar, universiti perlu fokus kepada ‘micro credential’ – Syed Saddiq

Kementerian Pendidikan Tinggi perlu mempertimbangkan agar universiti beri lebih fokus kepada pengiktirafan mikro atau micro credential kepada pelajar.

Wartawan TMT

Published

on

Tarik minat belajar, universiti perlu fokus kepada 'micro credential' - Syed Saddiq
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kementerian Pendidikan Tinggi perlu mempertimbangkan agar universiti beri lebih fokus kepada pengiktirafan mikro atau micro credential kepada pelajar.
  • Menurut Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abd Rahman, pengiktirafan mikro membolehkan individu memperoleh kemahiran atau pengetahuan tertentu secara cepat dan efisien dalam bidang yang spesifik.
  • Cadangan beliau ini adalah sebagai tambahan kepada lima inisiatif kementerian bagi menarik lebih ramai belia melanjutkan pendidikan ke peringkat pengajian tinggi.
  • “Apabila Kementerian Pendidikan umum akan pendekkan masa belajar dan akan adakan hybrid learning, ini merupakan perkembangan yang baik, satu cadangan tambahan dari saya agar pihak universiti memfokuskan kepada micro credential.
  • Dalam masa yang sama, Syed Saddiq mencadangkan agar Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dimulakan di sekolah menengah bagi melayakkan seseorang pelajar itu mendapat diploma lebih awal.

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Tinggi perlu mempertimbangkan agar universiti beri lebih fokus kepada pengiktirafan mikro atau micro credential kepada pelajar.

Menurut Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abd Rahman, pengiktirafan mikro membolehkan individu memperoleh kemahiran atau pengetahuan tertentu secara cepat dan efisien dalam bidang yang spesifik.

Cadangan beliau ini adalah sebagai tambahan kepada lima inisiatif kementerian bagi menarik lebih ramai belia melanjutkan pendidikan ke peringkat pengajian tinggi.

“Apabila Kementerian Pendidikan umum akan pendekkan masa belajar dan akan adakan hybrid learning, ini merupakan perkembangan yang baik, satu cadangan tambahan dari saya agar pihak universiti memfokuskan kepada micro credential.

“Ini kerana, akan ada anak-anak muda yang perlu bekerja lapan jam sehari misalnya dan tidak dapat ke universiti atau online distance learning tetapi pada waktu malam mereka boleh dedikasikan dua jam untuk micro credential,” jelasnya.

Katanya lagi, micro credential ini sangat berharga khusus dalam kalangan syarikat-syarikat besar.

“Kita perlu pastikan kerajaan subsidikan micro credential, kerana ia sangat membantu. Misalnya ingin menjadi chef – ‘chef with credential’, ingin menjadi wildlife photographer, ‘photographer with credential’,” jelas beliau.

Tegas Syed Saddiq, dalam menarik minat lepasan SPM menyambung pembelajaran ke peringkat pengajian tinggi, sistem pendidikan negara perlu fleksibel dan terkini.

Dalam masa yang sama, Syed Saddiq mencadangkan agar Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dimulakan di sekolah menengah bagi melayakkan seseorang pelajar itu mendapat diploma lebih awal.

“Di negara maju, mereka sudah boleh memilih jurusan TVET seawal usia 15 dan 16 tahun. Sebaik habis TVET mereka dah boleh dapat diploma, berbanding Malaysia hanya mendapat sijil. Selepas tamat Diploma, mereka boleh buat pengkhususan TVET dalam tiga hingga enam bulan dan maksimum setahun, di Malaysia, pengkhususan TVET ada yang sampai tiga tahun,

“Ini kerana kalau kita nak harapkan semua anak muda sambung belajar 5-6 tahun, bukan semua mampu, mereka perlu bekerja untuk menyara keluarga, ada yang tak boleh ambil hutang Pendidikan yang tinggi, kita kena kenal anak-anak muda kita dan bantu mereka. Jadi bagi TVET pendekkan, credential kena tinggi dan rombak,” jelasnya.

Sebelum ini Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin umum beberapa inisiatif tarik minat lepasan SPM sambung belajar termasuk memperkenalkan persekitaran pembelajaran yang fleksibel, memendekkan tempoh pengajian, dan menyediakan lebih banyak pembelajaran berdasarkan industri dan pekerjaan.

Sumber: Astro Awani

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

NATO mulakan latihan nuklear besar-besaran di Eropah Utara

Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.
  • Setiausaha Agung NATO, Mark Rutte dilaporkan berkata latihan ketenteraan itu akan dilakukan terutama di UK, di Laut Utara serta di Belgium dan Belanda.
  • Menurut Rutte, latihan ketenteraan itu harus menunjukkan kepada mana-mana musuh bahawa NATO bersedia bertindak balas terhadap sebarang ancaman.
  • Latihan itu akan berlangsung selama dua minggu dengan lapan pangkalan udara akan terlibat. 
  • Ia akan membabitkan pelbagai pesawat yang mampu membawa senjata nuklear, pengebom, pejuang pengiring dan pesawat mengisi minyak serta pesawat peninjau dan peperangan elektronik akan mengambil bahagian dalam latihan itu.

Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.

Setiausaha Agung NATO, Mark Rutte dilaporkan berkata latihan ketenteraan itu akan dilakukan terutama di UK, di Laut Utara serta di Belgium dan Belanda.

Menurut Rutte, latihan ketenteraan itu harus menunjukkan kepada mana-mana musuh bahawa NATO bersedia bertindak balas terhadap sebarang ancaman.

Latihan ketenteraan itu dirancang dan disediakan selama lebih dari setahun serta tiada senjata tempur akan digunakan dalam latihan itu, kata NATO sebelum ini.

Latihan itu akan berlangsung selama dua minggu dengan lapan pangkalan udara akan terlibat. 

Ia akan membabitkan pelbagai pesawat yang mampu membawa senjata nuklear, pengebom, pejuang pengiring dan pesawat mengisi minyak serta pesawat peninjau dan peperangan elektronik akan mengambil bahagian dalam latihan itu.

Perkhidmatan akhbar NATO mengingatkan bahawa pakatan ketenteraan itu sentiasa mengambil langkah untuk memastikan kebolehpercayaan dan keberkesanan pasukan pencegahan nuklear. 

Walaupun NATO menganggap latihannya itu dirancang, organisasi anti-perang mengkritik kelakuan mereka dalam konteks ketegangan antarabangsa. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending