Connect with us

Antarabangsa

Suspek serangan pisau di Perancis didakwa atas cubaan membunuh

Pelarian Syria yang ditahan dalam kejadian menikam enam orang termasuk empat kanak-kanak di bandar ini didakwa atas tuduhan ‘cubaan membunuh’, kata seorang pendakwa raya, Sabtu lepas.

Wartawan TMT

Published

on

Suspek serangan pisau di Perancis didakwa atas cubaan membunuh
Foto: Pendakwa Raya Perancis, Line Bonnet-Mathi pada sidang media di Annecy, Perancis.
  • Pelarian Syria ditahan dalam kejadian menikam enam orang termasuk empat kanak-kanak di bandar ini didakwa atas tuduhan cubaan membunuh, kata seorang pendakwa raya.
  • Line Bonnet-Mathi berkata sepanjang 48 jam, Abdalmasih H dalam tahanan polis serta ketika dibawa ke mahkamah, dia enggan bercakap.
  • Katanya, suspek juga tidak mahu bercakap ketika disoal majistret yang mengetuai siasatan.
  • Pada Khamis lalu, beliau berkata, mangsa serangan di taman permainan di bandar tepi tasik indah yang popular dengan pelancong tidak lagi berada dalam keadaan mengancam nyawa.

ANNECY, Perancis: Pelarian Syria yang ditahan dalam kejadian menikam enam orang termasuk empat kanak-kanak di bandar ini didakwa atas tuduhan ‘cubaan membunuh’, kata seorang pendakwa raya, Sabtu lepas.

Line Bonnet-Mathi berkata sepanjang 48 jam, Abdalmasih H dalam tahanan polis serta ketika dibawa ke mahkamah, dia enggan bercakap.

Katanya, suspek juga tidak mahu bercakap ketika disoal majistret yang mengetuai siasatan.

Selepas dua penilaian psikiatri, Abdalmasih H dianggap ‘serasi dengan tahanan polis’.

Tambahnya, doktor turut menentukannya tidak mengalami sebarang isu khayal.

Bagaimanapun, Bonnet-Mathi berkata, masih terlalu awal untuk mendiagnosis atau menolak patologi psikologi lain pada tahap ketika ini.

Pada Khamis lalu, beliau berkata, mangsa serangan di taman permainan di bandar tepi tasik indah yang popular dengan pelancong tidak lagi berada dalam keadaan mengancam nyawa.

Advertisement

Kanak-kanak berusia antara 22 bulan dan tiga tahun itu pada mulanya dimasukkan ke hospital dalam keadaan serius manakala seorang dewasa turut parah dan seorang lagi cedera ringan.

Sumber: Berita harian

Author

Antarabangsa

AS hantar 15,000 bom, 57,000 peluru meriam kepada rejim penjajah zionis Israel

Sejak 7 Oktober, Amerika Syarikat (AS) menghantar ribuan senjata dan artileri kepada negara sekutunya Israel dalam menentang Hamas.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Sejak 7 Oktober, Amerika Syarikat (AS) menghantar ribuan senjata dan artileri kepada negara sekutunya Israel dalam menentang Hamas.
  • Menurut Wall Street Journal, kemasukan senjata itu termasuk 15,000 bom dan 57,000 peluru meriam, yang dibawa pesawat kargo tentera C-17 sejurus selepas permulaan konflik di Semenanjung Gaza dan berterusan sejak beberapa hari lalu, kata laporan eksklusif itu, memetik sumber pegawai AS.
  • Senarai senjata api yang dihantar AS kepada Israel, terdiri daripada lebih 5,400 bom MK84, 5,000 bom MK82 tidak berpandu, 1,000 bom berdiameter kecil GBU-39 dan 3,000 JDAM yang menukar bom tidak berpandu kepada peluru berpandu tepat, katanya.

Gaza: Sejak 7 Oktober, Amerika Syarikat (AS) menghantar ribuan senjata dan artileri kepada negara sekutunya Israel dalam menentang Hamas.

Menurut Wall Street Journal, kemasukan senjata itu termasuk 15,000 bom dan 57,000 peluru meriam, yang dibawa pesawat kargo tentera C-17 sejurus selepas permulaan konflik di Semenanjung Gaza dan berterusan sejak beberapa hari lalu, kata laporan eksklusif itu, memetik sumber pegawai AS.

“AS sebelum ini tidak mendedahkan jumlah senjata dihantar ke Israel mahupun pemindahan 100 BLU-109, 2,000 paun bom bunker-buster,” katanya.

Bom bunker-buster terkenal dengan keupayaannya menembusi jauh ke dalam struktur yang padat sebelum meletup.

Senarai senjata api yang dihantar AS kepada Israel, terdiri daripada lebih 5,400 bom MK84, 5,000 bom MK82 tidak berpandu, 1,000 bom berdiameter kecil GBU-39 dan 3,000 JDAM yang menukar bom tidak berpandu kepada peluru berpandu tepat, katanya.

Tentera Israel meneruskan pengeboman di Semenanjung Gaza awal Jumaat selepas mengisytiharkan penamatan jeda kemanusiaan selama seminggu.

Sekurang-kurangnya 193 rakyat Palestin terbunuh dan 652 cedera dalam serangan udara itu, menurut Kementerian Kesihatan Gaza.

Advertisement

Sejak 7 Oktober, lebih 15,000 rakyat Palestin, kebanyakannya kanak-kanak dan wanita terbunuh dalam serangan kejam Israel, sebagai membalas serangan mengejut Hamas.

Sumber: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending