Connect with us

Terkini

SUHAKAM perlu jelas tujuan dana asing EU diberi – Peguam

Penerimaan dana asing daripada Kesatuan Eropah (EU) oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) perlu diperhalusi kerana dikhuatiri ada tujuan lain selain untuk pendidikan dan kesedaran.

Anis Tarmizi

Published

on

Foto: Peguam, Aidil Khalid.
  • Penerimaan dana asing daripada Kesatuan Eropah (EU) oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) perlu diperhalusi kerana dikhuatiri ada tujuan lain selain untuk pendidikan dan kesedaran.
  • Peguam, Aidil Khalid berkata peruntukan di bawah Seksyen 11 (2) Akta SUHAKAM menyatakan badan itu tidak boleh menerima apa-apa dana asing kecuali bagi tujuan pendidikan dan kesedaran. 
  • “Adakah pendidikan dan kesedaran ini untuk betul-betul mengangkat hak asasi manusia yang berasaskan perlembagaan kita atau juga acuan tempatan, ataupun akan menyusup masuk ideologi-ideologi atau fahaman-fahaman yang asing atau bertentangan dengan prinsip negara kita,” katanya kepada The Merdeka Times ketika ditemui selepas sidang media gabungan NGO Islam berkenaan isu SUHAKAM di rumah Institut Masa Depan Malaysia (MASA), semalam.
  • The Merdeka Times sebelum ini melaporkan kemelut melanda SUHAKAM yang didakwa berpunca daripada penerimaan dana asing, termasuk dari EU.

KUALA LUMPUR – Penerimaan dana asing daripada Kesatuan Eropah (EU) oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) perlu diperhalusi kerana dikhuatiri ada tujuan lain selain untuk pendidikan dan kesedaran.

Peguam, Aidil Khalid berkata peruntukan di bawah Seksyen 11 (2) Akta SUHAKAM menyatakan badan itu tidak boleh menerima apa-apa dana asing kecuali bagi tujuan pendidikan dan kesedaran. 

“Adakah pendidikan dan kesedaran ini untuk betul-betul mengangkat hak asasi manusia yang berasaskan perlembagaan kita atau juga acuan tempatan, ataupun akan menyusup masuk ideologi-ideologi atau fahaman-fahaman yang asing atau bertentangan dengan prinsip negara kita,” katanya ketika ditemui The Merdeka Times selepas sidang media gabungan NGO Islam berkenaan isu SUHAKAM di rumah Institut Masa Depan Malaysia (MASA), semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas isu penerimaan dana asing oleh SUHAKAM yang menjadi polemik ramai ketika ini.

Beliau berkata, ketika ini, terdapat kerisauan mengenai pendidikan dan kesedaran bersifat asing dan tidak membawa ke arah hak asasi manusia seperti dalam perlembagaan negara mengikut acuan tempatan.

“Pesuruhjaya-pesuruhjaya SUHAKAM yang dilantik itu perlu memainkan peranan,” katanya. 

Beliau berkata pesuruhjaya SUHAKAM terbabit perlu tahu tujuan apa dana asing itu diberikan.

Advertisement

Katanya, kerajaan perlu mengambil tindakan segera jika ia didapati menyalahi Akta SUHAKAM. 

The Merdeka Times sebelum ini melaporkan kemelut melanda SUHAKAM yang didakwa berpunca daripada penerimaan dana asing, termasuk dari EU. – The Merdeka Times

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Tentera rejim zionis rogol kanak-kanak lelaki Palestin di Penjara Israel – Bekas pegawai kanan AS

Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul mendedahkan insiden tentera Israel merogol tahanan kanak-kanak lelaki di penjara Moscovia, Baitulmaqdis.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul.

KUALA LUMPUR – Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul mendedahkan insiden tentera Israel merogol tahanan kanak-kanak lelaki di penjara Moscovia, Baitulmaqdis.

Perkara itu disebutnya dalam temu ramah dengan Christiane Amanpour di CNN hari ini ketika diajukan kenyataan mengenai sifat kemanusiaan di Gaza kini pada tahap yang tidak sepatutnya boleh diterima. 

“Kamu menyebut tentang keganasan seksual, saya (merupakan) sebahagian dari proses pemeriksaan hak asasi manusia, menapis persenjataan diberikan kepada Israel.

“Organisasi kebajikan dengan nama Pertahanan Antarabangsa Kanak-kanak Palestin (DCIP) menarik perhatian kami, berkenaan satu serangan seksual atau sebenarnya satu (kes) rogol kanak-kanak lelaki berumur 13 tahun yang berlaku di penjara Israel di Moscovia di Jerusalem (Baitulmaqdis).

“Kami menyiasat dakwaan ini, kami dapati ia boleh dipercayai dan kami mempertanggungjawabkan perkara itu ke atas kerajaan Israel,” katanya.

Paul turut menceritakan tindakan tentera zionis Israel pada keesokan harinya menyerbu organisasi yang menyimpan maklumat kanak-kanak Palestin dalam tahanan rejim Israel itu.

Advertisement

“Kamu tahu apa yang berlaku keesokan harinya?, IDF (tentera rejim zionis Israel) memasuki pejabat pegawai DCIP, rampas komputer mereka, dan isytiharkan mereka sebagai sebuah entiti pengganas,” katanya kepada Amanpour.

Paul berkata kekejaman tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa pun, samada kekejaman pencabulan seksual atau apa sahaja pencabulan melampau hak asasi manusia.

Statistik DCIP menunjukkan, setakat hari ini, 156 kanak-kanak ditahan atas sebab “keselamatan”, 23 kanak-kanak ditahan atas sebab undang-undang dengan catatan kemas kini terakhir pada September lalu.

Manakala jumlah kematian kanak-kanak pada 2023 disebabkan peluru hidup dilaporkan DCIP adalah 92 mangsa dengan kemas kini terakhir pada bulan ini. – The Merdeka Times

Sumber: Youtube – CNN, Defence for Children International Palestine

 

View this post on Instagram

 

Advertisement

A post shared by THE MERDEKA TIMES (TMT) (@themerdekatimes)

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending